!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

20.7.14

Melayu, Puasa dan Pelupa


Pelupa

Patut le hidup aku lepas habis semester ni macam kosong je. Rupa-rupa blog aku ni dah lama dah tak hapdate! jilaker.

Menginjak ke bulan Romadhon, bulan ni memang amat dinantikan oleh sekalian orang. Sebab sebab bulan ni Shaithon takde. Yang ada Nafsu serakah je. Sebagai contoh kes rogol anak sendiri, rogol anak sedara, rogol nenek sedara sebelah apak dan sodom anak jiran.

Just what the fish Meleis? Just what The fish?? dari awal semester sampai dah nak habis finale exam aku disajikan dengan berita berita macam ni. Memang patut le apa yang aku baca mudah sangat lupa. 

haram betei.

***

Bila mana bulan Romadhon ni menjelma, engkau orang dah boleh tengok dah geng mana yang excited. Sebagai contoh mulia;

Yang geng 'alim suka gembira menanti bulan Romadhon. Kalau boleh nak selebrate dengan sebotol barbikan. (lels)

Yang geng peniaga dah boleh bayangkan keuntungan niaga kat pasar romadhon,

Yang geng kaki ponteng puasa dah sibuk sibuk cari nombor pembekal makanan. Halal ke haram lain kira, janji perut tak kosong

Yang geng student, komferm makan meggi (macam gua der)

Tu tak masuk lagi group piyet. Yang tu aku malas nak sentuh, kang tak pasal-pasal blog aku kena serang dengan geng-geng ni.

Melayu & Puasa


Bila mana bulan puasa menjelma, maka ramailah umat Melayu kita nak berniaga.


Yang pandai memasak, rajin turun padang menjual masakan. bagus. alhamdulilah!
Yang tak pandai masak, buat-buat rajin turun padang jual masakan. Masak entah pape, rasa entah pape, harga lagi entah pape.

Aku bengang betei dengan sesetengah meleis yang 'bajet' pandai masak ni. Konon-konon mengamalkan pepatah "9/10 punca rezeki tu datangnya dari hasil niaga". Niaga menda kalau engkau bagi orang makan lauk engkau yang merapu bagai tu. Silap haribulan 9/10 orang yang makan masakan engkau masuk hospital.

Yes. Ofkos, 9/10 punca rezeki tu datangnya dari hasil niaga. Tapi, tahukah anda, skill meniaga dan kejujuran perlu ada untuk mendapatkan hasil yang boleh orang puas hati dengan perniagaan engkau orang. Meh sini aku bagi contoh, meh sini. Orang meleis ni kalau tak bagi contoh, bangang dia susah nak explain.

Sebagai contoh, si Samad Althafunisa (bukan nama sebenar). Dia ni bajet hangat-hangat tahi ayam. Semua benda dia nak buat mula mula je semangat. Masuk dua tiga hari dah hambar dan malas-malas ayam. Hari pertama bulan Romadhon beliau merancang nak niaga kat pasar Romadhon. Katanya 9/10 punca rejeki datang dari niaga ( alasan tipikal meleis nak niaga). 

Bilamana dah meniaga, untung Samad Althafunisa ni sikit, rugi je banyak, sebab sebab nasi ayam dia tak laku (tipikal meleis, niaga benda yang boleh jumpa kat memana). Jadi, semangat (moral) niaga dah turun. Trademark 9/10 punca rejeki dah ke laut tak ingat dah. Untuk cycle balik modal nak elak kerugian, maka beliau gunakan nasi ayam hari pertama puasa Romadhon itu untuk di niagakan pada hari kedua bulan romadhon. Ayam semua simpan kat peti ais. Nanti nak niaga boleh lah panaskan balik gitu jewww...

Maka disini lah ketahian itu terpalit pada sang peniaga yang benar-benar nak niaga. Disebabkan bangang Samad Althafunisa ni lah ramai orang dok post video-video nasi ayam berulat, popia berulat, tebu basi dan lain lain yang tak munasabah. Geli la sial. Yang ikhlas niaga terkena tempias. Orang dah mula was-was nak beli.

Kasihan.

Sebab tu la aku cakap, kalau nak niaga setakat berpegang 9/10 punca rezeki datang dari niaga ni baik engkau orang kaji dulu apebenda yang dimaksudkan 9/10 tu. Bukan setakat pandai meniaga je. Kena pandai masak, bajet harga, bajet bila benda tu nak basi , bajet berapa banyak nak jual. ini semua common senses. Boleh fikir sendiri.

Ni tak. Jual makanan kat pasar romadhon tu macam jual spender. Benda banyak, tapi kualiti takde. Mungkin inilah situasi yang dihadapi oleh Raja bapok Meleis yakni, Azwan Ali. (Jilaker, terpaksa besetuju dengan raja bapok ni walaupun pahit. Ini realiti der)


23.3.14

Blogging Dan Sebulan Di Universiti

nah.

Baru sekarang nak hapdatee. Dulu kemain lagi tiap tiap hari hapdate.

Sekarang ni aku dalam semester. Minggu pertama memang cukup sibuk disebabkan urusan jadual yang bertimpa (clash), i-learn aku jahanam sama sekali, jerebu, kemarau berpanjangan dan lain lain lagi yang munasabah selagi begelar mahasiswa.

Bila kau cuti khas sakit, memang payah. sebab bila naik semula, kau akan dalam kelompok yang kau tak kenali langsung. Dalam kes aku, memang aku tak bernasib baik.

Semua budak kelas aku Perempuan.

Celaka. Masuk kelas aku terpaksa duduk tang belakang sekali.

Sekarang ni dah sebulan aku kat sini. Kira Ok lah sebab aku boleh survive lagi hoho..

Sebab aku jarang blogging sekarang adalah aku orang yang sibuk.

sibuk tidur.

Mana ada motor nak bawak. jadi aku terpaksa jalan kaki.

Naik bas? kau pergi tengok bas tu berapa ramai perempuan naik? Semua himpit macam tin sardin.

28.2.14

Beza Filem Melayu Dan Filem Cina

Artikel ni mungkin berkaitan dengan siri beza anak melayu dan anak cina.

aku tak tahu nak letak gambar apa.

Filem Melayu
  • Rempit
  • Mat Kereta
  • Bohsia/Pelacuran
  • Hantu
  • Lawak Bodoh
  • Gangster

Filem Cina
  • Seni mempertahankan diri
  • Sejarah bangsa 
  • Adat-adat kaum
  • Semangat kekitaan/patriotik
  • Kekeluargaan
  • Konflik Famili (antara Anak-ayah/ Anak-Emak)


Kalau Arwah P. Ramlee masih hidup, beliau pasti menangis jika melihat filem-filem melayu yang macam sampah ni berlambak lambak kat wujud kat malaysia.

Pengarah Filem Melayu ni ikut musim kalau nak buat filem. Sepertimana budak-budak darjah satu yang sibuk dengan musim kereta Tamiya, Pengarah filem Melayu juga tak ketinggalan dengan kesibukkan membuat filem berdasarkan musim.

29.1.14

Temuduga Yayasan

Hai

Hari ni merupakan hari yang paling zalim sekali bagi diri saya.

Saya dapat temuduga YPJ. Pukul 11.30 malam baru mak saya bagitau saya ada temuduga esok pada 29 hb Jan 2014. Mak saya bagitau YPJ call phone saya, tapi pada masa tu saya tiada di rumah, kerana saya berjogging riadah di padang. Jadi terpaksalah beliau jawab panggilan tu. Lepas jawab, beliau terlupa nak bagitau saya yang saya ada temuduga.

Saya tidak menyalahkan mak saya dalam konteks ni. serius tak salahkan beliau. Tiada langsung perasaan untuk menunding jari.

 Tapi tolonglah pihak berwajib. Bagitaulah seminggu yang awal yang gua terpilih untuk di-interview. Kan senang. Nak call pun susah.

Sekarang ni gua tengah terkial-kial mencari lampiran asal surat beranak, I/C, sijil-sijil berkaitan dan segala mak nenek yang diperlukan oleh interviewer.

Tu belum lagi nak buat mock-interviewer. Baca sejarah rakyat dan kaji selidik setempat. Kejadahnya sekarang dah pukul 12.40 pagi. 

Jadi, sebagai kesimpulan

Kau pergi tido je la setan!!

Esok, pandai-pandailah gua gebang dengan diorang.

22.1.14

Cara-Cara Ber-Selfie? Dafuq?

cara-cara selfie, selfie, duckface, surat khabar malaysia, dafuq selfie!

Cara Ber-selfie? Dafuq is that?

Oh please la surat khabar Harian Metro. Benda ni gua dapat dari pesbuk member gua. Cukup-cukup lah trend sekarang ni dah membiak budak-budak pavi seperti Bani Evan's, Bani Obey, Bani Hudson dan bermacam-macam Bani yang nama Inggeris tapi pemilik dia muka Melayu kulit cokelat. 

Cukup-cukuplah keluarnya Bobo dari muka perut bumi ni..
Cukup-cukuplah dengan munculnya syasya solero dari selatan..
cukup-cukuplah dengan video budak kapel seminggu... 

Batak Like. Semua batak like.
Budak zaman sekarang lebih pentingkan Like di pesbuk berbanding dengan maruah. 

Zaman sekarang surat khabar macam takde nilai. Info tak banyak bagus, yang bagus adalah cerita yang merapu dan tak masuk akal. Wartawan sekarang gua syak fail  subjek "Media/Journalist Ethics".

6.1.14

Dulu Skinhead, Sekarang Playboy Itu Suami Aku


Time gua hidup waktu muda-muda dulu, gua dah didedahkan oleh rakan-rakan tentang apa itu skinhead, punk, Nazi dan bermacam-macam lagi aliran kumpulan yang macam bangang. Yang paling best, gua kenal benda-benda ni time sekolah agama rakyat dulu. Powerr tak zaman gua? Sebab musabab kat sekolah agama adalah, disiplin tak ketat sangat. Lagi satu pengawas sekolah agama yang pakai samping merah tak pernah pun buat kerja. Membana je tau. Zine serta knowledge memang berlambak budak-budak ni bawak. Content buku semua 100% dalam Bahasa Inggeris. Walhal, bahasa Inggeris pun carca-marba. benda-benda radikal ni menular masa sekolah rendah agama. Kalau sekolah kebangsaan memang takde la nak bawak menatang haram semua ni. Silap kantoi dengan cikgu, boleh kena sebat mandatori depan perhimpunan. Malu woi awek-awek tengok. Sebat tang bontot pulak tu. Gua ingat lagi, time tu Cikgu Sabri sebat bontot sorang brader ni pasal dia bawak sehelai kertas knowledge. Konon-konon nak tunjuk lambang kemegahan skinhead. Padan muka kau. 

ok. First gua nak cakap, gua tak join skinhead dengan punk gila ni. Bagi gua buang masa. Sebab time tu gua tak minat sangat musik-musik keras dan metal bingit telinga. Gua dengar lagu nasyid je. Tengok suci tak gua? Gua hanya dengar cerita dari geng-geng gua yang join membanakan diri dengan menyertai aktiviti tak bermoral ni. Yang ni semua gua dengar cerita. Dan kat sini gua ingin abadikan memori pisang gua dalam bentuk tulisan. Gua tulis berdasarkan pengalaman mendengar cerita dari member gua. Sahih atau tak, itu pergi jahanam.

Member gua semua serupa lahanat time tu. Masa tu, internet takde lagi, jadi kami semua bergantung kepada member-member yang ada abang kandung yang terpengaruh dengan pengaruh skinhead dan punk. Segala knowledge dan zine diphotostat dan diedarkan kepada sesiapa yang berminat. Tapi ada syarat beb.

Korang kena berbaiah. Apa bangang senario kat sini kena berbaiah? Dalam skinhead ada baiah ke?

 WOI! tempat gua ada woi! tempat korang takde tu korang punya pasal. Kat tempat gua, kena berbaiah siap bersumpah kalau join aktiviti skinhead ni, korang tak boleh bagi tahu kat mak bapak engkau orang. Kalau engkau orang bagitahu atau kantoi, mampus kau geng-geng skinhead kerjakan.

Lepas dapat buku knowledge dengan zine, diorang kena baca sejarah skinhead, motto serta matlamat perjuangan skinhead. Siap ada rules and regulation. Ingat key point penting je. Yang gua pelik, diorang memang hafal apa yang ada tulis dalam knowledge tu. Tapi bila time sekolah kebangsaan, suruh hafal makna kondensasi pun bebal tak lepas. bodo.

Lepas engkau orang dah setel semua hafazan tu, engkau orang dimestikan cari pakaian yang berentitikan skinhead. Kasut boot. Ada jenis boot dia. Yang tu gua tak ambil port sangat. Rambut tu kalau boleh botak. Lagu-lagu seperti ACAB dan kumpulan lain-lain mesti ingat. Mencarut jangan lupa dalam bahasa Inggeris. Hari minggu sabtu ahad, lepak kat shopping mall cari budak punk. Katanya budak punk ni anti skinhead. Buat sakit mata je. Baik tibai sampai lunyai. haha.

Yang tu zaman dulu lah. Tahun 2000-2008. Lepas tu kumpulan skinhead ni dah senyap dah. Mungkin insaf kot. Atau sudah bosan dengan skinhead. Tapi yang penting, diorang kembali ke jalan yang bener. Sorang member gua insaf lepas dengar ceramah ustaz kat satu mesjid time raya haji dulu. Balik je rumah, terus dibakar knowledge dan zine, kaset-kaset lagu skinhead, dan baju-baju tu terus ke mulut tong sampah. Hina skinhead ni taraf dia sampai mulut tong sampah je layak dihumban. Baru-baru ni, gua tengok member gua ni rajin ke Kelantan. Katanya mengaji pondok dan mengikuti usrah-usrah. Bagus!

***

Playboy itu Suami aku
Dengarnya cerita ni dirompak dari sebuah novel terkenal. Gua syak novelist yang karang novel ni boleh tahan high dia. Oh, peliz la, Sape nak suami pleyboi? Tak ganas langsung. Yang gua pelik, ada jugak follower-follower tegar. Sikit-sikit pengaruh skinhead terhakis dan gejala gay ni mendadak meningkat.

Apa kaitan gay dengan Playboy itu suami aku dan juga skinhead dalam penceritaan ni?
Gua nak nyatakan kat sini gua benci betei dengan cerita tu. Sumpah benci sampai mampus. Maghrib je cerita tu start. Takde masa lain ke nak tayang? Muka laki yang berlakon dalam filem tu semua muka stok anak ikan gay.

Disebabkan banyaknya genre cerita-cerita macam ni, maka wujudlah insan-insan yang pangkal nama hujung melekat nama Vienna, Aaronz, Obey serta pelbagai lagi nama kalau letak sekali dengan nama Melayu, bunyi dia macam melampias nafsu. 

Apa kaitan Playboy itu Suami Aku dengan Skinhead dalam Penceritaan Ini?????!!
Gua buat cerita 2 dalam 1. Sebab dua-dua ada persamaan.

Gua benci 2 perkara ni.

31.12.13

Perihal Kolej Perindu 2013

Sebelum gua cuti khas disebabkan penyakit gua yang melarat, gua sempat lah bermastautin di Kolej Perindu Uitm Shah Alam. Besar! memang besar kolej. Tandas dia besar. DM dia pun besar. Duit belanja pun besar!

Masa daftar pihak pengurusan bagi bilik secara random. Boleh je minta 1 bilik dengan sahabat handai. Kena pandai kawtim Tapi gua ambil alternatif, dan kerana sifat "malas nak tunggu Melayu" gua yang berkobar-kobar, gua gamble daftar masuk secara random. Sahabat handai gua yang lain lambat sampai. Gua yang sampai dulu berpeluh tunggu kat bawah khemah.

Kat kolej Perindu ni bilik dia besar! 1 bilik muat 8 orang. Kalau 8 orang ahli bilik tu semua ahli kariah surau, maka korang bernasib baik dapat bangun subuh pagi-pagi. Subuh Gerenti tak miss. kalau semua ahli 8 bilik engkau menyetan, dengan engkau-engkau sekali lah setan jadinya. Nasib aku tahun 2013 ini macam celake sikit. Dapat budak bilik yang perangai setan havoc, tapi mesra. Subuh pun mereka jaga walaupun setan mereka tu kadang-kadang muncul lepas solat subuh. Semua dari Dungun, budak bisnes stadi. 

Gua seorang je budak dari FSG. 
Dan gua seorang je dari Uitm Perlis dalam bilik tu. 

Dalam post ni, takde melibatkan kemalangan jiwa seperti mati dalam locker okey.

****

Kat sini, gua bukan nak membebel pasal budak bilik gua. Yang tu bab lain nanti gua cerita perihal budak-budak bilik gua dalam satu segmen khas. Kali ni gua nak cerita pasal Kolej Perindu. Gua bukan nak cerita pasal hantu yang bermastautin selama berabad di situ. Engkau orang rajin pergi la google cari kat blog budak-budak lain. Mereka golongan Lagha suka benda-benda tak berfaedah ni. Aku bukan macam tu. 

Oh ya, gua memang nak cerita pasal Kolej Perindu. Tapi bukan pasal infrastruktur serta fasiliti moden yang telah sedia ada. Engkau orang boleh google sendiri di web rasmi mereka. Kejadah apa gua nak cerita pasal fasiliti moden tu, gua duduk pun tak sampai 1 semester. Yang kerap gua guna jamban no 3 dan 4 kat aras 4 tu. Sebab yang tu je ada lock. Yang lain jahanam. Takde lock langsung. Tak secure bila melabur.

 Balik pada cerita asal. Gua nak cerita perihal mesin water filter atau dalam Bahasa Melayu, mesin penapisan air.

Kolej Perindu pakai water filter jenama Delcol.
Gua memang anti sejak azali lagi dengan jenama delcol ni acap kali mendengarnya. Engkau orang tahu tak Delcol water filter ni pembawa malang kepada tekak?

Gua memang ada pengalaman dengan mesin delcol ni. Sewaktu di asrama, delcol merupakan pembekal utama air dikala waktu dahaga. Oleh kerana gua memang kuat jogging masa tu, gua sering ketirisan air. Dahaga baq hang. Memang saban hari, gua telan air tapisan delcol ni untuk memenuhi nafsu haus gua. 

Lama kelamaan, gua rasa sakit tekak. Setelah 1 bulan telan air tapisan delcol ini, gua mula rasa tekak gua macam kena geletek. 

Setan! 

Tuhan je tahu macam mana perit dia gatal tekak. Rasa macam nak toreh dengan pisau rembo. Kau bayangkan. Nak pergi kelas, gua tapau air ni dalam botol mineral. Time rehat gua isi semula. Balik pun gua isi balik dalam botol mineral untuk santapan abang dorm gua yang pemalas. Time lepas jogging gua minum juga. Memang melampau la kan?

Akhirnya gua batuk berdekah-dekah, macam orang tua. Sakit bukan kepalang gua batuk serupa batuk TB. Kahak gua berdarah. Gua terpaksa jumpa doktor, mintak ubat sakit tekak. Strepsil pun gua telan juga. Tu pun tak jalan. Doktor nasihatkan gua jangan banyak minum air tapisan Delcol tu. Sebab apa?

Sebab apa?!!

Sebab Mesin tapis air Delcol tu filter dia dah berabad tak servis. Paling malas pun diorang bersih ala kadar. Filter lama yang dah digunakan tak mahu ganti baru. Lepas cuci-cuci terus pasang balik. Gua cabar lu orang la, pagi-pagi buta hari hujung minggu, dari engkau orang duduk melepak main dota, lebih baik pergi check, bukak delcol water filter tu ada amende. Silap haribulan, ada cacing kecik dalam tu tengah menggelupor malu tengok korang. ceit!

Di sini, gua merasakan bahawa pihak pengurusan kolej Uitm seharusnya menamatkan kontrak delcol ni dan digantikan dengan water filter yang baru. Jadi, disini, gua cadangkan pakai sistem tapisan RO water. 

Bak kata lain, mesin yang mintak 20 sen untuk 1 liter penuh. Yang ni lagi bagus dari free delcol yang entah pape ntah tu. buat stok maki bergenerasi je. Kalau bebal tak faham lagi, gua ambil persamaan sebagai contoh, macam mesin air di stadium uitm tu. Dekat dengan trek padang (gua pun bebal-bebal lupa tak ingat nama tempat stadium tu). Mesin macam itu lah yang kami nak! Bukan sebujur kotak delcol yang punyai 2 pili biru dan merah, tetapi dalam perutnya penuh dengan cacing.

Kami, sebagai student memang tak banyak duit. 

Ya benar. Tapi duit syiling memang nokorom banyak. Tak tahu nak buat apa. Balik bilik, kadang-kadang, budak-budak bilik gua main campak je duit syiling tu. Buat berat kocek katanya. Gua sorang je terhegeh-hegeh jadi pencacai syiling ngutip duit syiling. Gua ingat pesan mak. Mak gua selalu pesan;

"Jangan sepah duit syiling! Duit syiling tu la yang tolong kamu nanti!"

Ya benar! memang banyak menolong. Duit yang mereka sepah-sepahkan tu gua kumpul buat lepas beli jajan kat koperasi. 

Jadi. Jikalau AJK/JPK kolej Perindu dan kolej-kolej lain (tidak kira anda dari tahun 2013 mahupun tahun 2034) yang sudi terbaca blog patik yang pacal lagi hina ni, mulakan tanggungjawab anda sebagai AJK/JPK kolej. Ambil tulisan ini sebagai wadah perjuangan engkau orang. Perjuangkan hak kami! Takkan nak goyang kaki je? kata jaga kebajikan? ke engkau orang mohon jadi AJK sebab nak dapat tempat je? ke macam mana?

Gua rasa gua dah bagi cadangan ni masa hari perjumpaan kolej perindu. Siap menjerit lagi sebab masa tu brader sound sistem tak bawak mic lebih untuk para hadirin melontarkan idea bernas. Tapi entahlah. Mungkin cadangan tu tak sampai ke pihak atasan, mungkin sebab atas sangat tu yang tak sampai.

Janji tinggal janji.
Janji jadi debu. 
Berdebu!

Jadi, di sini, gua nak masukkan sikit keyword Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang power lagi retro rambutnya, VC Uitm Se-malaya. Mana tahu, beliau bosan-bosan kat pejabat, lantas dapat idea nak cari keyword nama dia, maka terjumpalah blog pacal ini dengan kuasa-Nya. Inshaa allah dipermudahkan. Wahai Dato! Sila lupuskan Water filter Delcol dan gantikan dengan water filter yang lebih bermanfaat!

Sekian.

30.12.13

Mengaku di University Confession Satu Alternatif?


Jilaker! tajuk panjang nak mampos. Sekarang ini yang gua perhatikan sambil hirup milo 3 in 1 adalah tumbuhnya Pages-pages confession yang bertemakan IPTA. Ya betul, seperti yang telah disenaraikan dalam blog aku. Jika mengikut peratusan, Yang menghantar confession, 99% adalah dari kalangan Mahasiswa, dan 1% adalah dari kalangan orang luar yang gatal nak confess. Mahasiswa? Ya mahasiswa. Yang orang kampung labelkan sebagai orang yang berilmu dan berwawasan. Khelllas kau! Padahal dok bengap hantar confession kat pesbuk.

Seperti yang sedia maklum, Confession ataupun dalam Bahasa Melayu Baku, iaitu Pengakuan/Mengaku adalah perkara yang amat sukar dilakukan oleh rakyat marhaen di Malaysia. Mungkin disebabkan sikap Orang Melayu yang memang bebal susah nak mengaku salah telah sedikit sebanyak mempengaruhi kaum-kaum majoriti yang lain untuk turut mengaku. Engkau orang tak percaya? 

"Waktu dulu-dulu masa gua kecil dulu, masa bebed pun tak potong sebab liat,  gua rembat duit mak bapak buat beli kereta Tamiya. Lepas tu, bila mak gua tanya, gua dengan muka riak tak mengaku salah, dituduhnya adik gua yang baru sahaja mencecah umur setahun 3 bulan mencuri, walhal yang melakukan perkara mungkar itu adalah gua. Yang itu dulu-dulu. Ya itu gua. Belum mumayiz lagi waktu tu. Otak letak di lutut, kemahuan adalah segalanya."- Hikayat Mumayiz

Mungkin, yang tengah baca ini lagi hebat dari saya, gua? Menggelapkan duit ibu bapa. Atau yang paling terer dan ganas, songlap duit rakyat beli cincin, dan mengatakan duit itu ditabungkan sejak dari kecil. Yang tu jerung. Gua ni piranha kecik je.

Balik kepada pangkal cerita, kau tak tahu, remaja sekarang hidup dalam zaman canggih. Nak mengorat awek pun pakai pesbuk sahaja kalau nak berkenalan. Itu pun pakai profail palsu. Lepas kau tabur ayat dan janji manis auta bangla, komferm kau dapat ID wechat atau lain-lain yang sama fungsi dengannya. Tak payah berjumpa, semua boleh tatap muka dengan telefon bimbit. Kau nak awek kau senyum 2sen? kau nak awek kau buat gwiyomi, hatta jikalau kau nak tengok tetek awek kau pun beliau sanggup beri untuk santapan mata. Bak kata orang, semua ada di hujung jari. Bang nak cakap sikit, ini bukan blog lucah nak bagi cerita lucah, ini realiti yang harus dihadapi oleh generasi kita, dan akan datang. Mana tahu, 20 tahun akan datang mungkin, akan ada Pamela Andersen versi Malaysia? Mahu guwe bilang WOW gitu!

Nak dijadikan modal tajuk cerita, jujur gua cakap, engkau orang yang tulis dan hantar confession di page-page confession memang hidup dalam bayang. Ya memang! Hanya gagah dalam dunia maya, namun kecur di alam nyata. Boleh disama erti dengan spesis keyboard warrior. Jadi berani, kawan. Jadi berani. Bukan hanya pandai menaip butir-butir kata berbau dengki di confession page tetapi bacul di alam nyata.

Jadi, apa yang gua ingin sampaikan di sini, membuat pengakuan di Confession page masing-masing bukanlah satu alternatif yang bagus. Bahkan, boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain. Tiada sikap toleransi langsung!

 Confession pages itu bukan tuhan, kau faham tak? Ianya adalah sebuah media perhubungan untuk kau melontarkan perasaan cinta munyet,busuk hati, dengki, khianat dan segala macam benda yang tak masuk akal. Tahukah anda, kau hanya perlu meluahkan rasa cinta, tidak puas hati hatta rasa nyeri di ari-ari kau hanya pada sang Pencipta sahaja. Dia Maha mendengar. Yang beragama Islam, pergilah mengadu dan berdoa disertakan tawakal kepada-Nya, yang Kristian, dah disediakan kotak pengakuan dalam setiap gereja. Yang buddha dan Hindu, pergilah mengadu pada dewa masing-masing dan yang atheist boleh pergi jahanam.

Sampai sini sajalah gua dapat menulis. Nak tambah-tambah lagi karang payah. Nanti dituduhnya jeles, hasad dengki, niat berbau politik serta pelbagai alasan yang tak munasabah. Memang benda ni memang bagi aku modal buat cerita kat blog. Ya, modal mengutuk! 



21.12.13

Faham Perasaan Lelaki? Bagaimana?

pak arab ni lelaki jugak okey!

Ekceli, aku bukan jenis jiwang sangat. Tapi kadang-kadang tu ada la feel dia sikit. Penangan dengar lagu CINTA oleh D'Bagindas la tu. Haram jadah betei.

Aku ada la jugak terjumpa 1 post kat pesbuk. Ntah dari page mana ntah ak ambil. Ada yang betul. Ada yang tak betul. Kat bawah ni engkorang tengok la sendiri list-list.

16 cara nak Fahami Perasaan Lelaki (noob guide):

1) Lelaki ni simple.. tak suka fikir benda yang rumit lagi meremehkan.
Betul! Aku lagi suka benda yang simple lagi effektif. Senang buat kerja.

2) Lelaki lebih bersikap logik & jarang bertindak ikut emosi.
Yang ni ada betul. Sebab tu ramai perempuan kalau gaduh minta clash awal2. Celaka apa gaduh pasal artis pun nak minta putus. Baghal!

3) Lelaki memang mata rambang. Tapi bila dia dah sayang.. dia ikhlas.
Tak semua lelaki mata rambang okey! Gua syak post dari pesbuk ni dirangka oleh perempuan.

4) Sekali korang curang, sampai bila-bila dia ingat.
Ye ke? Aku tengok member aku, awek dia main kayu tiga, dia rileks je buat bodoh.

5) Lelaki mudah memaafkn pasangan yang dia sayang.
Bergantung pada seseorang individu bernama lelaki la.

6) Jangan nangis dpn lelaki... lebur hati diorang tengok korang nangis 
This is Bullshit.

7) kalau lelaki korang dah perkenalkan korang kat mak ayah diorang.. tandanya serius 
Yes! This is very serious! jangan bawak main-main

8) Jangan buat perangai gedik depan lelaki
Tak semua lelaki tahan dengan perangai gedik perempuan. Siap haribulan ada yang kena maki sebab gedik sangat.

9) Jual mahal sikit. Baru lelaki rasa tercabar nak kat korang.
Yang ni aku setuju. Korang yang perempuan jangan murah sangat. Biar jual mahal sikit. Lelaki suka cabaran tahu tak? Best tau. Macam main game RPG. Unlock the Next Level!

10) Kalau korang terasa hati kat lelaki, baik terus terang.. mereka takkan tahu selagi korang x cakap yang korg marah.
Lelaki ni suka straight to the pont. Malas nak kona sana kona sini.

11) Lelaki akan lebih sayang kalau korang banyak bagi kata2 semangat kat mereka berbanding kata kata simpati.

We need support. Not sympathy!

12) selalu bagi sokongn moral bila mereka suka melakukan sesuatu yg mereka suka.
Ha! you got the key point. Kalau lelaki suka main bola, jangan korang bantai cakap bola tu tak bagus. Alamatnya jadi janda la korang sebelum kawin. Bagi sokongan moral sikit. Lelaki perlukan sokongan baru lebih berani.

13) Jangan cari gaduh untk benda yang remeh 
Kalau setakat tak jawab sms or tak angkat phone, tu bangang abadi kalau nak gaduh. Bersangka baik lah. Mungkin mereka tengah mandi, mungkin tengah solat. Mungkin juga tengah tolong femili.

14) Ada juga golongan lelaki yang tak faham lagi perempuan tu macam mana.
Yang ni korang (perempuan) kenalah explain betul-betul. 

15) jangan desak lelaki untuk buat sesuatu. dia akan buat tapi tak sunguh sungguh.
Macam tak ikhlas kan? tapi diorang peduli apa.

16) Lelaki kalau dah angau, korang dah tak bole buat apa.
GGWP

Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku ada potong sikit dan edit sebab ada yang tak sesuai dan ada yang bullshit, dengan mencipta fakta yang bangang. Aku ada juga selit pendapat aku kat setiap point kat atas ni. Terpulang la korang nak percaya atau tak, tapi sebagai lelaki, aku lagi mengerti.   

19.12.13

Cuti Khas UiTM Shah Alam

Cuti Khas Uitm, Bagaimana mohon cuti khas Uitm 2013
Cuti Khas heuheu

Sekarang aku dah pun dapat kebenaran untuk bercuti khas. Rasa amat rugi di situ. ya
Rugi sangat.

Tapi nak buat camne. Dah takde rezeki bro. Kalau teruskan boleh mendatangkan kemudaratan kepada result Final Exam aku. So, aku nekad untuk mohon cuti khas untuk semester ini je (Sep 2013- Jan 2014)

APA ITU CUTI KHAS?
Cuti khas adalah untuk para pelajar bercuti selama 1 atau 2 semester tanpa dikenakan GT atau gugur taraf. 

BAGAIMANA MEMOHON CUTI KHAS UITM SHAH ALAM?

Senang je. Yang borang korang download dari internet tu semua MENGARUT. Kalau korang bercadang nak mohon cuti khas, just pergi ke HEA fakulti masing-masing dan ambil borang di situ. Korang dikehendaki ambil 2 salinan borang dan wajib isi dua-dua borang tu.

Kalau tak boleh datang, korang boleh minta HEA hantar ke emel. Pastikan telefon diorang dulu.

APA YANG PERLU DI ISI?

Macam biasa. Tak kan tak reti isi borang? yedak? Cuma lepas isi butir peribadi tu, dia ada minta sebab dan bukti kenapa mohon cuti khas. 

BUKTI? MAKSUDNYA??

i) Surat Dari Doktor
Alahai. Kalau ada sakit kronik, bolehlah minta surat sokongan dari doktor yang bertauliah. Minta dia buat surat sokongan yang menyatakan korang sakit. Doktor tiada kuasa untuk beri korang cuti khas. Tapi dia boleh tulis kat surat tu yang korang ada penyakit kronik yang korang hadapi.

ii) Surat Dari Pusat Kaunseling.
Bagi yang tiada sakit kronik, boleh je memohon surat sokongan dari unit kaunseling Uitm. Kena buat appointment dulu tau. Time korang jumpa kaunseling tu, bolehlah ceritakan masalah korang, kenapa nak mohon cuti khas. Biasa yang mohon surat dari kaunseling ni adalah:


  • Pelajar yang ada terikat kontrak dengan tempat kerja, dan pada masa sama dapat tawaran belajar di Uitm.
  • Pelajar yang nak kahwin. Seriusly. Benda ni memang ada. Diorang nak tangguh belajar dulu sebab nak     kahwin. Untung la.
  • Pelajar yang kematian ibu/bapa atau kedua-duanya. Pelajar ni biasa nak tangguh belajar dulu sebab nak uruskan adik-adik belajar. Bagus siapa yang ada abang/kakak macam ni :D


iii) Surat Rasmi Sendiri.
Korang sepatutnya mulakan inisiatif sendiri dengan mengarang surat cuti khas. Dalam surat tu, tulis lah mengapa korang perlu diberi cuti khas. Kerani dalam HEA tu cakap dengan aku, surat rasmi ni adalah untuk menjelaskan perkara yang lebih lanjut supaya Dekan Fakulti boleh luluskan cuti khas korang. Pastikan surat rasmi korang tu ada cop sokongan dari PA masing-masing. Lepas dapat cop tu, pastikan korang buat salinan fotokopi surat rasmi tu. 

Borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar ke HEA untuk cop pengesahan. Kemudian hantar ke pejabat Dekan.

Yup. Aku highlight besau-besau sebab aku dari FSG. Kalau fakulti lain tak tau la.

Maksimum untuk memohon cuti khas adalah 2 semester. Tapi kalau nak lebih mereka boleh bagi. Cuma kena minta penjelasan lebih lanjut la kat HEA ya? tak silap tu bukan cuti khas dah. tu dipanggil Penangguhan Belajar. Kalau korang guna 2 semester tu untuk cuti khas, lepas tu dah tak boleh dah mohon, sebab korang dah gunakan 2 semester tu. Kecuali ada sebab.

Kalau korang cuti khas semester ni, Duit Yuran belajar akan dianjak ke sesi yang korang naik. Diorang tak makan duit yuran tu. Tapi korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 55.00 (Kadar terkini tahun 2013) untuk memastikan korang tak digantung dari Uitm. Yang ni bagi yang SUDAH bayar yuran. 

Kalau korang cuti khas semester 3 sebagai contoh, korang akan naik sebagai semester 3 pada sesi berikutnya. Segala markah seperti Carry mark, markah kerja-kerja lab, markah assignment walhal markah test korang yang boleh dikatakan highest mencecah langit tu akan di reset balik kepada kosong. Nasib-nasib.

Kepada rakan-rakan yang mngenali saya, saya doakan korang semua berjaya untuk Final Exam 2013 yang akan berlangsung pada 31hb Disember 2013. Semoga Berjaya~

2.9.13

Mentaliti Budak U #3: Tanya Khabar


*Ringtone*Ringtone*Ringtone* -Bunyi runut mesej (SMS) handphone Corby 2-S aku.

Untuk makluman korang, Handphone ni touchscreen. Tapi bukan dari bangsa android, yakni bangsa terpilih. jadi di sini, aku takda apps Wechat, Line, Whatsapps serta jadah haram lain yang pelik-pelik. Sampai sekarang aku pakai natang ni.

"Assalamualaikum. Ko sihat???  :) "- mesej dari rakan yang bermaustatin di daerah yang femes dengan kopi railways di negeri paling selatan. Kelihatan ada smiley menunjukkan dia bertanya dengan keikhlasan. Gembira bukan kepalang aku.

Lantas, aku menaip

"Wasalam, aku sejak kebelakangan ni kurang sikit sihat dia". Lalu aku menekan butang send. Orang bertanya kita kenalah jujur sikit.

*6 minit kemudian

"Oh, yekeww..ciannyew ko"-Beliau membalas.

Celaka apa ada huruf w banyak kat belakang ayat dia. Ni mesti baru lepas main mesej dengan awek beliau. Aku bengang. Namun, aku berjaya mengawal perasan butthurt tu dengan jayanya.

Lantas, untuk kali ni, aku balas

"Biasa la bro, aku tak sihat sekarang ni. Tuhan tarik balik nikmat.  Bulan september ni aku ada medical check-up di Hospital pakar. Yada-yada-yada...". Aku dengan panjang lebar explain bagai nak rak. Penjelasan yang amatlah padat dengan info. Niat di hati nak bagi mamat ni faham betei-betei. Agar ada self-awareness dalam diri.

*klup (bunyi hndphone) Butang Send ditekan.

*15 minit kemudian

"la yekeww...ciannyeww". Pendek dan bermakna. Rasa nak maki je berbakul-bakul. Menyirap gua dengan hurup W kat setiap blakang ayat dia tuh..


Moral Of The Story: Takkan la modal tu je balas. Sekurang-kurang bagilah kata-kata semangat. Pui!

30.8.13

Mentaliti Budak U #2: Penyesalan Lepas Peperiksaan


Salam 1 Malaysia. Ya. Sebab atas bumi ni, ada 1 je Malaysia. Jelly? Hari ni gua nak memekak pasal perangai budak-budak yang se-diploma aku. Tak kira lah, dari kos apa. Semua satu fesyen. Benda alah yang aku nak pangsaikan dalam blog ni, adalah mentaliti budak-budak Universiti selepas habis je Finale-Exam yang korang rasa the Ultimatum test. Ultimatum la sangat. Puih.

Tiap-tiap semester masa final exam, mesti ada sekor-dua musibat bagi banyak sangat alasan sebab apa diorang tak perform jawab soalan exam. Musibat-musibat ni la yang buat orang lain especially aku ni, terasa down spirit. Kadang-kadang rasa nak bakar je 1 dewan exam tu. Hambar betei. Mesti korang da biasa dengar perbualan-perbualan seorang yang loser dari segi mentaliti.

The First Fallen

"aduh aku tak boleh jawab langsung la soalan tu. Sial la.."
"subjek tu susah dow"

"soalan takde dalam note' Lecturer tak ajar!"
"kerja banyak sangat, tak sempat nak study"
"Soalan ramalan tak masuk."

Benda macam ni la buat aku macam stress dan tak boleh nak concentrate dalam exam. Walaupun beza 2 paper adalah 1 hari, kadang-kadang, diorang cakap YANG PAPER sebelum ni susah nak mampos macam tu masih boleh flashback balik masa tengah jawab paper lain. Jilaker betei.

Btw, ni bukan SPM ada soalan ramalan dan soalan spot. Jadah haram Universiti ada soalan ramalan? Memang patut la SPM korang power gila, ada yang sampai 9A+ straight. Tapi bila masuk Universiti, result korang berkecai. Masa SPM selalu sangat bergantung pada soalan ramalan. Korang ingat kat universiti ni, lecturer dia tu macam pawang ke? Diorang pun tak hingin nak bagi soalan spot kat korang. Lecturer kat universiti semua satu pesen. Tak kira la universiti mana pun. Yang penting diorang mengajar korang. Korang hadam atau tak, tu korang punya pasal. Janji gaji jalan. Korang je sengsara huhu.

The Answer-Seeker

Ada yang lagi setan, lepas paper habis, tiba-tiba tanya jawapan. Walaupun soalan tu tak tuju kat aku, tapi kadang-kadang bila terdengar diorang tanya jawapan, rasa nak bagi je pelempang 44 selisih.

"weh, ko jawab soalan 1,3 dan 4 lagi senang"
"jawapan no 3(a) apa dia ea? Boleh gtau tak?"
"Weh, ak syak ko mesti ada conteng kat paper exam ko, meh sini aku nak compare"

Sumpah. Budak-budak jenis macam ni memang mintak kaki kajang. Dah la baru lepas keluar dewan exam, 'sakaratulmaut' lepas exam pun tak reda lagi. tiba-tiba dia tanya jawapan. Jibei. Rileks la dulu. Yakin je jawapan kau tu betul. sekurang-kurangnya boleh jawab soalan dan penuh kertas jawapan. Ada rejeki lulus la..


The Later Blamer

Bila dapat result exam keluar, dan keputusan yang dapat teruk, mula la nak salahkan benda atau orang sekeliling.. 


"aku tak boleh study la kat bilik"
"kos ko senang boleh dohh"
"ko punya pasal la ni ajak aku mendota time study week"
"kalo ko tak request candy crush kat fb pada aku mesti tak jadi macam ni"
"lecturer tu ajar ntah pape. aku tak faham apa pun dia ajar"
"kita sama2 bodoh. tapikan, nape result ko lagi power dari aku"


Sepanjang sem tu, dialah juara main dota, main game sampai pagi buta. Isya ke mana, subuh entah ke mana. buka FB berjam-jam setiap hari main Candy crush, assigment copy paste. Buat semua tu ada masa pulakkan, padahal tu aktiviti sampingan je, bukan tujuan utama kita masuk U..


Ayat Counter 

"takkan nak study je 24 jam. Takde life langsung". 

Tak payah la korang nak buat ayat bodoh tu. Dah muak dah.. Abes tu, dah korang masuk U memamg la kena study, kalo tak nak study jangan la masuk U. Tapi, Realitinya dia pun sekali tak study langsung, masuk dewan kuliah pun mengantuk je. Cis! Jebat Durhaka!

Moral Of the Story: Belajar la dengan niat. Niat nak belajar untuk 1 semester. Jangan lupa niat untuk belajar tiap-tiap hari walaupun dah niat untuk 1 semester. Solat jangan lupa. Belajar kena ikhlas. Jangan asyik nak godek lecturer je. Hambar taktik tu.


29.8.13

Mentaliti Budak U #1: Pertanyaan Minta Maki

Mentaliti student uitm

Sedang gua minum kopi-O cap 434 dihadapan televisyen 42-inci kepunyaan keluarga gua, gua dikejutkan dengan satu panggilan dari kawan yang dah lama tak dengor kabornye bak kata orang Perak.. Al-maklumlah cuti bebenor lamanya. Mungkin rindu, mungkin sahaja hari ni besday dia, tu yang call, atau mungkin juga ada agenda illuminati.

"Assalamualaikum kawan, lama tak dengar khabar berita? Amacam sihat?"- Tanya beliau dengan nada prihatin.

"Aku sihat je bro, Waalaikumsalam. Lama tak dengar berita engko hoho.." aku berbalas pertanyaan.

Sok-sek-yada-yada pasai khabar baik ni lama bebenor. Introduction macam ni penting supaya tak awkward as F. Aku tak gitau pun kat si polan ni pasal yang aku dah kena penyakit ET ni. Malas la nak gitau. Bukan sombong, bongkak mahupun takabur, tapi aku malas nak explain jadah haram semua fakta tu. Semak kepala. Explain panjang lebar bukan dia faham pun...

Sampai satu kemuncak perbualan. Dia bertanyakan aku pasal PTPTN. Disebabkan aku da setel da permohonan PTPTN kat web online tu. Senang je aku explain kat dia. Tapi tak tau la dia alert atau saja buat-buat bongok masa aku membebel explain pasal PTPTN tuh.

"Jadi bro, kau kalau nak mohon PTPTN, kena cek dulu web online PTPTN. Masuk no KP dan password dan klik login. Sebab kau da pernah buat pinjaman PTPTN masa diploma dulu kan? Pastikan dalam profail online kau tu, dah tamat pembiayaan. Bukan sedang dalam pembiayaan. Kalau masih dalam pembiayaan, pastikan kau call PTPTN dan minta dia tukar status jadah tu dengan segera. Jadi, ko kena tunggu la dalam 2-3 hari baru dia tukar status. Nanti dia bagitahu tentang status tu. Erti kata lain dia call kau la nanti"- Gua explain dengan detail sekali. Betapa hebatnya gua explain seperti pidato perigkat piala rektor.

"Oh ye ke? Baru aku tahu. Trimas bro! Lagi satu, macam mana nak beli no PIN PTPTN ea?"-sambung beliau sambil ketawa kecil. Hampeh. Kalau perempuan boleh la aku terima nak giggle-giggle jadah ni. Ni yang call aku ni spesis laki tulen. Berjambang misai serta perut ke hadapan. Geli sial!

"Celaka. Benda simple ni pun tak tau. Baik pergi meninggal..." Bisik hati tikus ku. Tapi gua tabah. Gua layan jugak disebabkan kawan sediploma dulu.

"Beli je no PTPTN tu kat BSN. Kalau ada kad BSN, boleh je beli kat ATM BSN tu. Harga Rm5.00"- Sambung gua sambil menghirup kopi yang masih panas dan pekat.

"OK bro. Trimas. Aku pun ada kerja ni. Nanti apa-apa aku roger kau ea?"- Balas beliau dengan nada nak berambus. Aku dah faham dah dengan nada jenis macam ni.

"Boleh-boleh! Bila-bila masa"- sambungku dengan nada caring.

Esoknya beliau call lagi.

"Wei, kau ada no telefon PTPTN?"

Jilaker
jilake punya member

***
Moral of Story: Lain kali nak tanya apa-apa, buat la kaji selidik dulu. Benda-benda simple dan kacang kuda ni kalau tanya memang minta pelempang halilintar 5 puaka bersaudara tahu tak?

22.8.13

Clearance Sebelum Konvo Uitm

Bab ni aku macam malas gila nak buat. Dah la duduk di negeri paling Selatan. Nak pergi ke negeri paling Utara. 845km woi. Duduk dalam bas 12 jam++ menanti, kematu punggung tahu tak? Nasib baik dah biasa naik bas. Sampai termuntah-muntah naik bas tahu tak? tiap-tiap semester naik bas yang sama. No Plat sekali dengan driver die pun bole cam muka. puii.. Aku benci betei dengan driver bas cepat sedia. Muka driver masam je. Lepas tu tanya jawab macam celaka. Memang minta maki berbakul. Tapi nak buat macam mana. Tu je la transport yang ada...

***

Clearance wajib dibuat oleh student UiTM. Sebab nak menandakan korang takde apa-apa hutang dengan pihak Uitm sebelum graduate. Kalau ada hutang, korang tak boleh nak konvo. Erti kata lain korang tak boleh la nak berlagak naik atas pentas ambil sijil diploma/degree korang. 

Borang clearance bole ambil di HEA kampus masing-masing. Tanya la kerani tu kat meja dia. Nanti ambil. Prosedur dia senang je. Kena ambil cop setiap bahagian yang ditetapkan. Perlu di ingat, setiap kampus lain tau. Aku nak cerita pasal clearance Uitm Perlis. Kampus Uitm lain boleh je baca, tapi mungkin tak sama dengan kampus Perlis.

Masa aku clearance senang. Sebab aku buat awal. Selepas keputusan Sem 6 keluar, aku terus buat clearance. Jangan buat sebelum mini-transkrip korang tak lengkap. Nanti nama korang dipotong dan diyakini oleh senat uitm bahawa anda tamat pengajian tanpa sem 6. haa... takut la tu..

Dalam borang Clearance Uitm, ada 7 tempat yang korang kena ambil cop dan tanda tangan. Heh. Tak banyak, tapi memenatkan. Pastikan korang bawa duit lebih. Mana la tau ada saman tertunggak seperti saman buku lewat pulang, saman kolej.. etc..etc...

clearance Uitm Perlis 2013
borang clearance Uitm Perlis

Kat dalam borang clearance Uitm Perlis ada 2 salinan. 1 salinan nanti pihak HEA ambil, 1 salinan lagi korang simpan buat asam perkasam untuk rujukan akan datang. Dalam borang ni, korang diminta untuk meminta cop serta tandatangan pegawai/pensyarah/staff yang bertugas. Ada 7 tempat iaitu:

A. Ketua Pusat Pengajian (KPP) - Di bangunan HEA
B. Asrama (kolej kediaman) - Lelaki: Kompleks Cengal  Perempuan: Kompleks Dahlia
C. Pegawai Ko Kurikulum - Pejabat dia atas HEP tingkat 2 
D. Perpustakaan - Kounter Urusan dalam library tu
E. Makmal/Bengkel Kejuruteraan/Sains Geo- Ikut Fakulti. Kalau program korang takde lab tak payah ngade-ngade nak buat
F. Penolong bendahari- pejabat bendahari tingkat atas sekali
G. Timbalan Rektor HEA- Bole ambil di kaunter HEA

Pastikan korang ambile cop Ketua Pusat Pengajian (KPP) dahulu. Sebab diorang ni selalu sibuk memanjang. Yang lain tu bila-bila boleh buat. Sebab yang lain ada kaunter dia. Ada orang tunggu buat kerja

Aku buat semua natang ni dalam sehari. Sebab masa tu takde orang sangat nak buat. hehe... Like A boss!

p/s: Mitos kad matriks dipatah dua adalah tak benar sama sekali selepas buat clearance. Di ulangi TIDAK BENAR! Kepala bapak la dah belajar 3 tahun lepas tu suka hati ja nak patahkan kad matriks. Woi tu kenangan la woi. Diorang sebenarnya tebuk saja kad matrik korang. Tebuk menandakan korang da setel clearance FTW!

17.8.13

My Experience: Minggu MDS Diploma

Ah, 
Biasa la kan. Orang duduk kat selatan ni kalau tanya je soalan,belakang tu mesti ada bunyi ea. Tapi gua rileks je. Jadah apa ni aku nak bukak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal  MDS time aku berkecimpung masa diploma dulu.

MDS atau Minggu Destini Siswa ni wajib korang datang (untuk student Diploma dan Ijazah dari STPM/Matriks/ASASI/AUSMAT/etc). Student dari penerapan diploma ke degree tak payah. Biasa 1 minggu je buat MDS ni. Yang kontrol korang masa MDS adalah Pegawai/lecturer/ pihak kolej serta dibantu oleh budak-budak MPP, PALAPES serta ada la sikit-sikit sukarelawan student uitm yang nak markah kemahiran insaniah lebih sikit.

Hari pertama, sebelum MDS. Diorang bagi kunci. Masa kat Uitm Arau, Kunci ni bagi kat gate UiTM depan sekali. Senang. Roomate random la. Ni kat uitm Arau je. Uitm lain lantak la. lepas tu, Korang kena serahkan borang2 yang diperlukan seperti borang pendaftaran, borang medical checkup doktor dan lain-lain. Lepas dah setel kemas barang dalam locker semua, pihak MDS bagi beberapa jam untuk korang luangkan masa korang dengan femili buat kali terakhir. Masa ni la aku dengan famili pergi padang besar. berbelanja pun besar haha..

Lepas luangkan masa. Dan famili aku ucapkan selamat tinggal, sedih gila. Dahla dari negeri paling selatan. Sambung belajar kat negeri paling Utara. Aku fikir "ape nasib aku duduk kat tempat jauh-jauh macam ni". Masa tu gua nak nanges. Serius weyh. nak nanges. Sebab famili semua jauh. Segala benda semua kena buat sendiri. huh. 3 tahun pulak tuh.

Hari pertama dah kena ragging dan psycho. Ragging kat sini bukan dari segi sentuhan fizikal okey! Raging kat sini diorang akan tengking dan acah-acah nak bagi penampar maut kat korang, padahal tak pun. psycho jek lebih ceit. Diorang akan marah bila:

Jalan terhegeh-hegeh diorang marah
Makan lambat sikit diorang marah
Mandi lama sangat diorang marah
berak pun ada masa. Lambat sikit diorang marah

"bapak r! gua tak sempat nak feeling berak"- ujarku. 

Masa yang best untuk korang feeling-feeling berak adalah di tengah malam. Sebab aktiviti MDS paling lewat habis pun pukul 1.00 pagi. Lepas 1.00 pagi diorang tak ganggu korang dah. Tapi diorang berjaga-jaga kat aras bawah. Takut korang smoking ke. kena rogol ngan roommate ke. mane la tau..

Malam pertama lepas solat Isya' berjemaah kat Pusat Islam (PI), kami semua berkumpul di blok kolej masing-masing. Masa ni diorang buat spot-check. 

"Malam ni malam first! Sape-sape yang bawak barangan larangan lagi haram seperti ROKOK serta seumpamanya, dadah, soket kepala 4 dalam 1, pisau/pedang/senjata dan seumpama yang ditakrifkan sebagai barang larangan, adalah dimohon supaya menyerahkan semua barangan tersebut dengan sukarela. Kalau kami buat spotchek, lepastu terkantoi. Malam ni, semua orang yang ada dalam bilik tersebut dihalau keluar serta merta. Walaupun orang itu tidak terlibat."- kata brader MDS

Malam tu semua kelam kabut kematu cari barang-barang terlarang yang dinyatakan untuk diserahkan ke brader MDS. Rampasan banyak adalah rokok dari jenis winston, dunhill, suria dan seangkatan. Paling tegar, rokok kretek sekarton. Jilaker nak buat niaga ke ape bawak sampai sekarton? Tapi biasa la normal. Lelaki. Aku? aku tak bawak apa-apa yang bahaya. Aku baik. Innocent jek. Pijak gajah tak mati. Lols.

Lepas semua jadah spot-check sekali dengan sesi psycho serta bidas membidas dan cerita pasal dalil-dalil merokok tu haram, kami tidur. Sebab kena bangun pukul 5.00 pagi. Mandi ramai-ramai. HAHA.. Kena beratur la sial. Macam citer P Ramlee je. Ramai je skip mandi. Aku mandi okey! 

Lepas siap. 
Beratur dalam barisan. berkawad
ke Pusat Islam (PI) untuk Solat Subuh. 
Lepas tu ada tazkirah sikit.

hari Ke-2. Kami disusun ikut program. Tapi laki dengan laki la. perempuan dengan perempuan. Seminggu MDS tu, mana kami kenal batch perempuan. Masa ni la baru korang tahu korang tak keseorangan. Ada je member-member dari pelbagai negeri. Best! Ni nama dia sesi perkenalan. 

Hari ke-3, ke-4, ke-5 takde banyak sangat perubahan. Kebanyakan masa kami diluangkan dalam dewan jek. Dengar ceramah serta taklimat. Berlatih nyanyi lagu uitm, kenal visi, misi logo. kadang-kadang aktiviti yang aku rasa entah pape ntah. ada juga sesi perkenalan dengan brader-sista MDS serta MPP. So, korang duduk la kat dewan sampai bontot korang pedih tahan duduk atas simen lama bebenor. 

Setiap hari tentatif sama. Bangun pagi buta. mandi dan Solat berjemaah 5 waktu. Duduk dalam dewan dengar taklimat. Cuma untuk hari ke-6, kami dibawa berjalan satu Uitm Perlis. Akak dengan abang Fasi MDS yang tunjukkan bangunan-bangunan penting. Dulu masa 2010, Uitm Perlis tak susun lagi blok ikut fakulti. So, kelas kami semua berterabur macam tahi lembu. Tapi sekarang dah lain dah. Diorang dah susun balik kelas ikut gugusan fakulti. Uitm Perlis ni tak besar mana la. Yang buat besar dia punya ladang je. Selama 3 tahun, aku gi kelas ulang alik jalan kaki je.

Malam hari ke-6 lepas solat maghrib ada sesi ceramah mengalir mata. Macam biasa la. Buka musik seruling mendayu-dayu sambil brader baca puisi sedih sambil menangis. Masa tu 1 PI menangis. Aku pun ada la keluar sikit-sikit air mata. Nak keluar banyak nanti tak elok. Sebab nanti keluar hingus meleleh-leleh. eii~ Masa malam ni la brader-sista MDS minta maaf bagai. Salah silap diorang bla bla bla... ye la ye la aku maafkan. Aku cuma pikir nak tido je. Ngantuk gile wei. 

Hari ke-7, hari penamat. Kami duduk dewan. Berkenalan dengan Rektor serta Timbalan Rektor Uitm Perlis. Masa tu ada Live Show MDS. Ada video Live stream seluruh Uitm kat Malaysia. nampak VC uitm. Datuk Prof Sahol Hamid. Kitorang nyanyi lagu Uitm serentak ikut satu Malaysia. Sedih dan bangga pun ada. haha... Lepas tu dah tamat dah MDS. Masa ni aku tengok sibuk je orang terkinja-kinja camwhore dengan brader-sista MDS. haha.. tapi aku cool je. Lantak la. Yang penting aku nak beli penyapu nak sapu lantai bilik aku. Kotor sial lantai bilik penuh dengan debu. Apa bangang punya motif aku ni.

nota kaki: Lepas habis 3 tahun, jangan lupa tunaikan kewajipan kau sebagai pelajar Uitm dengan membuat clearance. 

Masa Itu Kayu Pengukur


Wahai Masa,
Kaulah yang paling dicari,
Tika orang menyesali.

Wahai masa,
Kaulah yang paling dimaki,
Tika terlewat walau seminit.

Wahai masa,
Kaulah yang paling dihargai,
Tika orang mengimbau kembali,
Kenangan yang tak mungkin kemari.

Berapa hargamu wahai masa?
Se-dirham? Se-dinar? se-dolar?
susah untuk ku mengerti,
Kerna masa itu Infiniti

Kau Hayatilah Surah pendek ni-


"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran"- Surah al-Asr 
****
QZ92 2013

Ini 1st time aku buat puisi ni. Aku bukan terpengaruh pun. Tapi lepas ak lepak selalu dan baca blog zine satu malam macam timbul pulak nak buat puisi. ceit.  Orang nak buat puisi dia pun sibuk nak buat puisi. Haru betul.

13.8.13

Pinjaman

Time diploma dulu, aku pinjam PTPTN. Ibu bapa ku bukan kaya seperti si Tony Fernandes maupun seperti Lim Go Tong. Kekayaan mereka cukuplah untuk tampung perbelanjaan bulanan kami sekeluarga. Aku bersyukur, sebab ayah seorang polis, manakala ibu pula seorang domestic Engineer. Canggih tak?

Masa Diploma, yup.PTPTN. Pada mula aku rasa tak bersetuju untuk pinjam PTPTN. Tapi memandangkan ekonomi rumah kami yang tak seberapa, aku 'terpaksa' pinjam duit dari PTPTN. huh..

"Sudahlah dicampak ke Uitm Perlis, jauh sungguh"- Ujarku ketika menetap di negeri paling selatan. Aku akur serta tidak membantah. Walaupun aku belajar bagai nak menggila sekalipun, tiada potongan diskaun atau pertukaran pinjaman ke biasiswa dikenakan, kerana syarat PTPTN mengatakan, hanya IJAZAH sahaja yang layak memohon untuk petukaran dari pinjaman ke Biasiswa. 

SPM. Aku bukan seorang yang pandai. hanyalah Average Joe. Aku tak mendapat tempat di mana-mana matrikulasi mahupun Asasi. Tajaan JPA jauh api dari panggang. Satu satu tawaran yang aku dapat adalah Uitm Perlis. Terima kasih Uitm.

Sekarang, aku dah habis Diploma. Setiap semester, aku dapat Dean List atau anugerah Dekan. Pointer aku tak pernah bawah 3.50, malah makin meningkat-tingkat saban semester. Aku bersyukur. Aku tulis di sini bukan nak meriak dan bukan nak menunjuk. Aku cuma mahu beritahu, SPM bukan penamat segala kareer anda. SPM adalah suatu permulaan, bukan pengakhiran hakiki. Aku mula pun dari cebisan-cebisan kekecewaan Pasca-SPM. Sekali lagi aku bersyukur kerana aku mula dari bawah. Kawan-kawanku yang cerdik lagi bijaksana semua masuk matrikulasi dan Asasi. Tapi, result mereka tak kemana dan tak sehebat SPM. Malah, dapat kos yang pelik-pelik. Erti kata lain, Kos Lelong!

Aku mahu meneruskan pengajian ku ke peringkat yang tinggi sikit. Ijazah.

Aku dapat tawaran ke Uitm dalam bidang Kimia Gunaan. Sudah kimia menjadi sebatian jiwaku. Aku menjadi sangat obses dengan kimia. Aku tak peduli lagi dengan penyakitku. Yang aku peduli sekarang adalah meneruskan pengajian. 

Tapi, oleh sebab aku tak bekerja kerana saranan doktor menyasarkan bahawa aku perlu berehat, aku muflis seketika. Tiada wang dijana. Tiada pengalaman diambil. Aku kaku selama 6 bulan dirumah. Aku buntu. Sekarang, aku menghadapi masalah kewangan. Wang simpananku didalam peti kebal bank tidak dapat menampung sara hidup sepanjang pengajianku. Wang simpananku hanya cukup untuk bayar yuran Uitm serta yuran kolej saja. Maka aku terpaksa mencari alternatif lain.

Samaada PTPTN, Yayasan Pelajaran Johor atau JPA. Di mana rezeki ku? Mudah-mudahan, aku mendapat yang terbaik. Rezeki ada dimana-mana... Aku prefer JPA. Mugkin sebab faktor kewangan yang LEBIH memihak kepada diri aku ni.


Tapi buat masa sekarang, aku kena mohon PTPTN. Aiseh... Terpaksa lah den pinjam PTPTN lagi  :( hmmm

p/s: kalaulah pinjaman ptptn untuk diploma dapat ditukar ke biasiswa, alangkah seronoknya..

Menulis

Aku mahu menulis dan menaip
Dalam Bahasa Melayu.

Dulu, aku suka tulis guna Bahasa Inggeris. Tapi, grammar aku terkutuk. Lemah serta longlai gaya bahasa. Aku mampu menulis menggunakan broken English sahaja. setan!
Tapi perjalananku masih jauh. Aku yakin aku akan menguasai sedikit demi sedikit ilmu tersebut

Ya. Aku seorang pemuda. Berbangsa Melayu. Aku cintakan Bahasa Melayu. Pada masa sama, aku suka Bahasa Inggeris. Ah~ Musykil aku

Kini
Aku menaip dalam bahasa Ibunda. Pedulikan kata-kata mereka. Aku akan cuba menulis dalam bahasa Inggeris juga.

Atau Selang-seli
mungkin?

Aku seorang pemuda.
Yang menghidapi penyakit Essential Tremors (ET)
Penyakit keturunan katakan;

Bukan salahku, kerna tidak menjaga tubuh badan,
Juga bukan salah keturunanku serta genetik ku.
Ini adalah ketentuan Illahi.

Dia yang merancang. Aku yakin!
Rancangan-Nya pasti ada sebab musabab.
Aku mengganggap ini semua dugaan-Nya
Syukur,
Penyakit ini tidak terkena pada adik-adikku,
Dan aku berdoa agar mereka
sihat sejahtera
dari kaca-mataku.

Semoga Allah permudahkan segala urusanku serta keluargaku
Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...