!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->
Showing posts with label Macam Haram. Show all posts
Showing posts with label Macam Haram. Show all posts

4.8.14

Menang Friendly, Riuh Sekampung

Manchester United la
hei babe

Semalam. Kau tahu semalam ada game international friendly antara pasukan Real Madrid dan pasukan ehem-ehem. Yang dikatakan gah sebab stadium penuh 100k dengan lautan orang yang membanjiri seluruh tempat.

Ya. Semalam. Maklumlah.

Pengurus baru,
Player baru,
Semangat baru.

Dan yang paling baru, takde tempat untuk melayakkan diri ke Piala juara-juara Eropah. Yang tu rare. Yang tu Rare.

Cuba kau teka pasukan monyet mana yang main semalam?

28.2.14

Kenduri Orang Melayu: The Untold Story

berkerut muka aku

Hari ni pukul 9.15 pm lepas solat isya, jiran saya ada membuat kenduri sempena anaknya menikah pada malam hari ni. Majlis nikah dibuat pada hari jumaat sebab hari jumaat Negeri Johor cuti. Hari sabtu pula nak buat kenduri kahwin bersanding. Memang satu kepastian orang Melayu buat majlis akad nikah pada waktu malam dan esok pulak majlis sanding.

Aku rasa Majlis akad nikah cuma berlangsung 15-20 minit saja. Lepas tu boleh setel dah pengantin lelaki bawak  masuk pengantin perempuan ke dalam bilik. 

31.1.14

Lagu Melayu Paling Mengarut Siri 1

Lagu coklat kek, lagu melayu butthurt, lagu melayu paling bangang, lagu bodoh, lagu takde motif
Nokhorrom!

Chocolate cake,
Chocolate cake..

Bla.. bla..blaa
yada..yada..yada...

Seriously, WTF?
Melayu dah takde motif lain ke nak buat lagu?

Yang gua paling butthurt, time lagu ni berkumandang, femili gua turut menyanyi bersama seolah-olah bersetuju dan suka riang dengan lagu ni.

p/s: Lepas ni ada sesiapa nak buat lagu peanut butter blueberry chocolate milk tak? Gua nak satu buat sarapan malam.


26.1.14

Wak Doyok Kena Troll


KAHKAHKAH!

Trolling terbaik untuk abad ke-21 ni. First time aku dengar wak doyok ni pun pasal sokernet. Celaka betul.

Siapa Wak Doyok ni?

"Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.

Wak Doyok, bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an." [Sumber: mforum]

Wak doyok ni bawak pesyen penjajah. Kalau engkorang google nama dia, semua pesyen dia ala-ala barat kapir. Tak percaya cuba tengok misai dia. Gua bukan dengki, tapi dah bila buat misai serupa yahudi memang kena troll la dengan orang Malaysia ni. Maskulin kejadahnya? ikonik pesyen konon.

pui!

p/s: Tak panas ke pakai baju berlapis-lapis? 

13.1.14

Mentaliti Budak U #4: Berdoa Di Facebook


"Salam kawan-kawan, hari esok Nina (bukan nama sebenar) akan menduduki final exam untuk semester 3 ni. Doakan Nina ea.."

"Ya Allah, sesungguhnya aku dah berusaha bersungguh sungguh, kau makbulkan hajatku ya Allah. Amin~"

***

Semua ayat-ayat ni gua copy and paste dari pesbuk gua.
Seriously, whats wrong with these people nowaday Facebook is your new god now?

Yang lagi power sikit, tambah dalil dan hadis yang dicopy paste dari sheikh google. Entah betul atau tak.. Main tampal je kat wall.



2.9.13

Mentaliti Budak U #3: Tanya Khabar


*Ringtone*Ringtone*Ringtone* -Bunyi runut mesej (SMS) handphone Corby 2-S aku.

Untuk makluman korang, Handphone ni touchscreen. Tapi bukan dari bangsa android, yakni bangsa terpilih. jadi di sini, aku takda apps Wechat, Line, Whatsapps serta jadah haram lain yang pelik-pelik. Sampai sekarang aku pakai natang ni.

"Assalamualaikum. Ko sihat???  :) "- mesej dari rakan yang bermaustatin di daerah yang femes dengan kopi railways di negeri paling selatan. Kelihatan ada smiley menunjukkan dia bertanya dengan keikhlasan. Gembira bukan kepalang aku.

Lantas, aku menaip

"Wasalam, aku sejak kebelakangan ni kurang sikit sihat dia". Lalu aku menekan butang send. Orang bertanya kita kenalah jujur sikit.

*6 minit kemudian

"Oh, yekeww..ciannyew ko"-Beliau membalas.

Celaka apa ada huruf w banyak kat belakang ayat dia. Ni mesti baru lepas main mesej dengan awek beliau. Aku bengang. Namun, aku berjaya mengawal perasan butthurt tu dengan jayanya.

Lantas, untuk kali ni, aku balas

"Biasa la bro, aku tak sihat sekarang ni. Tuhan tarik balik nikmat.  Bulan september ni aku ada medical check-up di Hospital pakar. Yada-yada-yada...". Aku dengan panjang lebar explain bagai nak rak. Penjelasan yang amatlah padat dengan info. Niat di hati nak bagi mamat ni faham betei-betei. Agar ada self-awareness dalam diri.

*klup (bunyi hndphone) Butang Send ditekan.

*15 minit kemudian

"la yekeww...ciannyeww". Pendek dan bermakna. Rasa nak maki je berbakul-bakul. Menyirap gua dengan hurup W kat setiap blakang ayat dia tuh..


Moral Of The Story: Takkan la modal tu je balas. Sekurang-kurang bagilah kata-kata semangat. Pui!

31.8.13

Kriteria Perfect Kapel Untuk Mahasiswa

Acap kali semester berlangsung, selalu juga kawan-kawan lelaki suruh aku promote diri diorang kat kawan-kawan pompuan yang lain untuk dipasangkan. Terasa diri ni macam agent pencari jodoh. Aku memang la rapat dengan budak pompuan. Sebab aku kan kelas rep. So, aku kate:

"Takde..takde"

Orang kata, aku ni kedekut tahi kucing. Perangai serupa buaya. Saving untuk dibaham pada masa depan. Yang korang tak tahu, permintaan korang macam mintak hati nyamuk; setiap kali kawan-kawan suruh promote untuk dipasangkan, mesti ada kriteria-kriteria yang ketat. Leceh dan seksa nak tapis.

Nak yang Perfect
Nak yang Cantik
Nak yang Sporting
Nak yang boleh bawak bergurau

Jilaker, kompom dicemburui oleh rakan-rakan sejagat. Tapi diorang tak tahu, setiap benda baik, ada benda buruknya: 

-Kat dalam dunia ni, takde yang perfect; Mana tau diorang ada 3 tangan. 1 tangan tersembunyi kat blakang.
 
-Takde yang cantik. Cantik fizikal lain dari cantik peribadi. Kalau rupa cantik macam Megan Fox, tapi perangai macam musang ekor 9 baik tak payah.

-Takde yang sporting. Ada masa mesti diorang serious.

- Takde yang boleh bawak gurau; gurau banyak sangat kadang-kadang stress jugak yedak?

Yang nak kriteria perfect macam tu ada satu tempat je dik oi~ 

kat Sims Social.

Haram J betei

30.8.13

Mentaliti Budak U #2: Penyesalan Lepas Peperiksaan


Salam 1 Malaysia. Ya. Sebab atas bumi ni, ada 1 je Malaysia. Jelly? Hari ni gua nak memekak pasal perangai budak-budak yang se-diploma aku. Tak kira lah, dari kos apa. Semua satu fesyen. Benda alah yang aku nak pangsaikan dalam blog ni, adalah mentaliti budak-budak Universiti selepas habis je Finale-Exam yang korang rasa the Ultimatum test. Ultimatum la sangat. Puih.

Tiap-tiap semester masa final exam, mesti ada sekor-dua musibat bagi banyak sangat alasan sebab apa diorang tak perform jawab soalan exam. Musibat-musibat ni la yang buat orang lain especially aku ni, terasa down spirit. Kadang-kadang rasa nak bakar je 1 dewan exam tu. Hambar betei. Mesti korang da biasa dengar perbualan-perbualan seorang yang loser dari segi mentaliti.

The First Fallen

"aduh aku tak boleh jawab langsung la soalan tu. Sial la.."
"subjek tu susah dow"

"soalan takde dalam note' Lecturer tak ajar!"
"kerja banyak sangat, tak sempat nak study"
"Soalan ramalan tak masuk."

Benda macam ni la buat aku macam stress dan tak boleh nak concentrate dalam exam. Walaupun beza 2 paper adalah 1 hari, kadang-kadang, diorang cakap YANG PAPER sebelum ni susah nak mampos macam tu masih boleh flashback balik masa tengah jawab paper lain. Jilaker betei.

Btw, ni bukan SPM ada soalan ramalan dan soalan spot. Jadah haram Universiti ada soalan ramalan? Memang patut la SPM korang power gila, ada yang sampai 9A+ straight. Tapi bila masuk Universiti, result korang berkecai. Masa SPM selalu sangat bergantung pada soalan ramalan. Korang ingat kat universiti ni, lecturer dia tu macam pawang ke? Diorang pun tak hingin nak bagi soalan spot kat korang. Lecturer kat universiti semua satu pesen. Tak kira la universiti mana pun. Yang penting diorang mengajar korang. Korang hadam atau tak, tu korang punya pasal. Janji gaji jalan. Korang je sengsara huhu.

The Answer-Seeker

Ada yang lagi setan, lepas paper habis, tiba-tiba tanya jawapan. Walaupun soalan tu tak tuju kat aku, tapi kadang-kadang bila terdengar diorang tanya jawapan, rasa nak bagi je pelempang 44 selisih.

"weh, ko jawab soalan 1,3 dan 4 lagi senang"
"jawapan no 3(a) apa dia ea? Boleh gtau tak?"
"Weh, ak syak ko mesti ada conteng kat paper exam ko, meh sini aku nak compare"

Sumpah. Budak-budak jenis macam ni memang mintak kaki kajang. Dah la baru lepas keluar dewan exam, 'sakaratulmaut' lepas exam pun tak reda lagi. tiba-tiba dia tanya jawapan. Jibei. Rileks la dulu. Yakin je jawapan kau tu betul. sekurang-kurangnya boleh jawab soalan dan penuh kertas jawapan. Ada rejeki lulus la..


The Later Blamer

Bila dapat result exam keluar, dan keputusan yang dapat teruk, mula la nak salahkan benda atau orang sekeliling.. 


"aku tak boleh study la kat bilik"
"kos ko senang boleh dohh"
"ko punya pasal la ni ajak aku mendota time study week"
"kalo ko tak request candy crush kat fb pada aku mesti tak jadi macam ni"
"lecturer tu ajar ntah pape. aku tak faham apa pun dia ajar"
"kita sama2 bodoh. tapikan, nape result ko lagi power dari aku"


Sepanjang sem tu, dialah juara main dota, main game sampai pagi buta. Isya ke mana, subuh entah ke mana. buka FB berjam-jam setiap hari main Candy crush, assigment copy paste. Buat semua tu ada masa pulakkan, padahal tu aktiviti sampingan je, bukan tujuan utama kita masuk U..


Ayat Counter 

"takkan nak study je 24 jam. Takde life langsung". 

Tak payah la korang nak buat ayat bodoh tu. Dah muak dah.. Abes tu, dah korang masuk U memamg la kena study, kalo tak nak study jangan la masuk U. Tapi, Realitinya dia pun sekali tak study langsung, masuk dewan kuliah pun mengantuk je. Cis! Jebat Durhaka!

Moral Of the Story: Belajar la dengan niat. Niat nak belajar untuk 1 semester. Jangan lupa niat untuk belajar tiap-tiap hari walaupun dah niat untuk 1 semester. Solat jangan lupa. Belajar kena ikhlas. Jangan asyik nak godek lecturer je. Hambar taktik tu.


29.8.13

Mentaliti Budak U #1: Pertanyaan Minta Maki

Mentaliti student uitm

Sedang gua minum kopi-O cap 434 dihadapan televisyen 42-inci kepunyaan keluarga gua, gua dikejutkan dengan satu panggilan dari kawan yang dah lama tak dengor kabornye bak kata orang Perak.. Al-maklumlah cuti bebenor lamanya. Mungkin rindu, mungkin sahaja hari ni besday dia, tu yang call, atau mungkin juga ada agenda illuminati.

"Assalamualaikum kawan, lama tak dengar khabar berita? Amacam sihat?"- Tanya beliau dengan nada prihatin.

"Aku sihat je bro, Waalaikumsalam. Lama tak dengar berita engko hoho.." aku berbalas pertanyaan.

Sok-sek-yada-yada pasai khabar baik ni lama bebenor. Introduction macam ni penting supaya tak awkward as F. Aku tak gitau pun kat si polan ni pasal yang aku dah kena penyakit ET ni. Malas la nak gitau. Bukan sombong, bongkak mahupun takabur, tapi aku malas nak explain jadah haram semua fakta tu. Semak kepala. Explain panjang lebar bukan dia faham pun...

Sampai satu kemuncak perbualan. Dia bertanyakan aku pasal PTPTN. Disebabkan aku da setel da permohonan PTPTN kat web online tu. Senang je aku explain kat dia. Tapi tak tau la dia alert atau saja buat-buat bongok masa aku membebel explain pasal PTPTN tuh.

"Jadi bro, kau kalau nak mohon PTPTN, kena cek dulu web online PTPTN. Masuk no KP dan password dan klik login. Sebab kau da pernah buat pinjaman PTPTN masa diploma dulu kan? Pastikan dalam profail online kau tu, dah tamat pembiayaan. Bukan sedang dalam pembiayaan. Kalau masih dalam pembiayaan, pastikan kau call PTPTN dan minta dia tukar status jadah tu dengan segera. Jadi, ko kena tunggu la dalam 2-3 hari baru dia tukar status. Nanti dia bagitahu tentang status tu. Erti kata lain dia call kau la nanti"- Gua explain dengan detail sekali. Betapa hebatnya gua explain seperti pidato perigkat piala rektor.

"Oh ye ke? Baru aku tahu. Trimas bro! Lagi satu, macam mana nak beli no PIN PTPTN ea?"-sambung beliau sambil ketawa kecil. Hampeh. Kalau perempuan boleh la aku terima nak giggle-giggle jadah ni. Ni yang call aku ni spesis laki tulen. Berjambang misai serta perut ke hadapan. Geli sial!

"Celaka. Benda simple ni pun tak tau. Baik pergi meninggal..." Bisik hati tikus ku. Tapi gua tabah. Gua layan jugak disebabkan kawan sediploma dulu.

"Beli je no PTPTN tu kat BSN. Kalau ada kad BSN, boleh je beli kat ATM BSN tu. Harga Rm5.00"- Sambung gua sambil menghirup kopi yang masih panas dan pekat.

"OK bro. Trimas. Aku pun ada kerja ni. Nanti apa-apa aku roger kau ea?"- Balas beliau dengan nada nak berambus. Aku dah faham dah dengan nada jenis macam ni.

"Boleh-boleh! Bila-bila masa"- sambungku dengan nada caring.

Esoknya beliau call lagi.

"Wei, kau ada no telefon PTPTN?"

Jilaker
jilake punya member

***
Moral of Story: Lain kali nak tanya apa-apa, buat la kaji selidik dulu. Benda-benda simple dan kacang kuda ni kalau tanya memang minta pelempang halilintar 5 puaka bersaudara tahu tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...