!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->
Showing posts with label Cerpen Genius. Show all posts
Showing posts with label Cerpen Genius. Show all posts

14.2.14

Soalan Klise Bila Meningkat Dewasa

Antara set-set soalan Klise yang bakal ditanya oleh pak dan mak sedara jika kamu meningkat dewasa.

a.Bila kau umur 20-an
1.  Eh eh dah besar dah budak (masukkan nama samaran kau) ni.. Bila nak kahwin?

b.Bila kau dah kahwin
2.  Dah kahwin lama dah. Bila lagi nak timang anak? Mak ayah kau mesti ngidam cucu.

13.2.14

Akhlakhen Si Pesakit Kaya yang Kedekut

Akhlakhen Si Pesakit Kaya yang Kedekut
Mengira wang diwaktu lapang merupakan kerja sambilan TSTA

Tan Sri Tarmidzi Akhlakhen (TSTA) merupakan seorang tokoh koporat yang berjaya lagi kaya raya. Dia merupakan cicit ke-36, generasi yang ke 14 keturunan Akhlakhen yang sangat kaya.

Salasilah keluarganya pun begitu hebat. Ibu bapanya merupakan saudagar minyak gamat yang berjaya. Adik ke-2, telah berjaya membuka rangkaian kedai makanan segera berasaskan huma padi. Manakala, adik ke-3 beliau, merupakan seorang cendikiawan. Beliau telah membuka lebih 5 cawangan universiti. Baru baru ni, salah sebuah cawangan universiti telah dinobatkan sebagai universiti terbaik, setaraf dengan Universiti Chulalongkorn dan Universiti California.

Pendek kata, keturunan Akhlakhen yang membawa nama Akhlakhen pasti akan berjaya tak kira lah dicampak di mana-mana bahagian di dunia yang fana ini.

12.2.14

Makcik Pisang Goreng

lawak pisang goreng, troll makcik pisang goreng
pisang goreng

Pada petang yang suam-suam susu, saya seperti biasa ke gerai Makcik Shima yang terletaknya berdekatan dengan tempat tinggal saya. Saya memang suka membeli kudapan di Kedai Makcik Shima tu.

Petang-petang macam ni, elok dibazirkan masa dengan aktiviti mengunyah yang mengenyangkan. Rugi kalau dibiarkan begitu sahaja.

11.2.14

Kisah Ramli Pemain Manchester United Yang Dilupakan

Warning:

Cerpen yang kat bawah ni hanyalah rekaan semata mata. Jangan nak naik angin sangat-sangatlah. Anda mesti tenang dan sabar sebab benda ni berlaku kat semua orang tak kira situasi dan masa. Tapi kalau nak berlaku kat Manchester United memang rare, sebab team ni dari dulu orang nak jatuhkan lagi. Jadi, Inilah masanya!

*************

Ramli dan Man Utd,
Baju aku diantara Rooney dan Berbatov

Nama aku Ramli. 20 tahun. Tak masuk universiti. Universiti bukan untuk budak kaki tendang bola macam aku. Tapi aku ditawarkan untuk bermain dengan Pasukan Manchester United. Tu pun TM taja. Iklan aku berjaya masuk Manchester banyak diwar-warkan dikaca tv Malaysia. 

Syukur.

4.2.14

Kisah Rumah Sewa 3 Sekawan


Romi, Man dan Hadi adalah 3 sekawan rumah sewa yang tak sama program. Mereka telah menjadi housemate atau budak rumah semenjak semester 2 lagi. Man dan Hadi ditendang oleh kolej gara-gara tidak mengumpul sejumlah stiker yang ditetapkan. Manakala si Romi, dibuang kerana sifat rebelnya. Beliau telah menampal stiker digimon pada kad kolej tanda rebellious yang amat sangat. Oleh itu, rejim kolej menendang beliau kerana sifat rebelliousnya. 

27.1.14

Tak Payah Straight A sangatlah!

Cerpen UPSR, cerpen pengalaman UPSR, Melanjutkan pelajaran ke Jepun
Gua cakap sama lu, gua pakai MS paint je wat natang nim

Dari dahulu lagi saya memasang angan-angan dapat belajar dan merantau ke luar negara. Saya sudah memasang angan-angan ini sebelum kenal erti penjodoh bilangan angan-angan mat jenin lagi. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera yang berkelulusan dari salah sebuah Universiti di Jepun. Hebat tak angan-angan saya? Ke macam celaka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...