!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

11.2.14

Kisah Ramli Pemain Manchester United Yang Dilupakan

Warning:

Cerpen yang kat bawah ni hanyalah rekaan semata mata. Jangan nak naik angin sangat-sangatlah. Anda mesti tenang dan sabar sebab benda ni berlaku kat semua orang tak kira situasi dan masa. Tapi kalau nak berlaku kat Manchester United memang rare, sebab team ni dari dulu orang nak jatuhkan lagi. Jadi, Inilah masanya!

*************

Ramli dan Man Utd,
Baju aku diantara Rooney dan Berbatov

Nama aku Ramli. 20 tahun. Tak masuk universiti. Universiti bukan untuk budak kaki tendang bola macam aku. Tapi aku ditawarkan untuk bermain dengan Pasukan Manchester United. Tu pun TM taja. Iklan aku berjaya masuk Manchester banyak diwar-warkan dikaca tv Malaysia. 

Syukur.


Aku memang suka dengan hidup aku. Banyak sebabnya kalau kau nak tahu. Antaranya ialah aku dapat bermain dengan Manchester United. Aku memang suka cakap benda macam ni berulang-ulangkali. Lagi puas kalau aku dapat cakap depan muka copot. Barangkali, muka copot mungkin akan merah padam jika aku berbuat begiu. 

Aku tak peduli la kalau kau nak dengki ke apa. 

Aku nak cakap sikit, si Safee Salee yang bantu Malaysia menang masa kejuaraan piala AFF Suzuki tu pun tak dapat peluang nak main dengan kelab Inggeris macam aku ni. 

heh.

Tapi yang paling penting, SAF selalu datang tengok aku training. Lepas je training, selalu jugak dia usap kepala aku. Woof woof..

Rasa macam gampang. Tapi best tau.

woof woof..

Tapi itu dulu. Sekarang ni aku dah balik Malaysia. Jual berger je. Hari-hari kerja tapi duit simpanan tak meningkat sangat. Mana taknya, selang 500 meter dari gerai burger aku, ada lagi seorang peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan yang sama. Selang lagi 500 meter ada lagi seorang peniaga Melayu meniagakan benda yang sama, iaitu gerai burger. Dan benda ni berlarutan sehingga ke 500 meter yang terakhir, iaitu berdekatan dengan sempadan kampung aku. Beza gerai burger aku dari mereka, gerai mereka ada tv. Manakala gerai aku ada radio je. Tu pun kepunyaan abah aku.

Aku benci kerja tu. Sebab nama Ramli kat Malaysia ni sudah disinonimkan dengan burger. Maka jadilah Ramli Burger. Bila pergi mana-mana, orang sering panggil namaku Ramli Burger. Sebab senang nak kenal. Kat kampung aku ramai budak yang namanya Ramli. Tapi cuma aku sorang je yang niaga burger.

"Weh Ngko nampak tak si Ramli?"
"Ramli mana? Ramli tiang ke? Ramli Gitar ke? atau lain lain?"
"Ramli Burger.."
"Cuba kau tengok kat hujung jalan Tiga sana tu. Dia ada kat sana kot. Tengah mengail agaknya"

fak! 
Tapi sedikit sebanyak membantu aku meningkatkan nama perniagaan burger aku. Kat Malaysia ni. Cuba kau fikir balik, mana ada jenama Hanapiah Zalzilah Burger mahupun Aliff Shah Burger. Yang ada cuma Ramli Burger je. The One and Only Ramli Burger

Kuat Marketing dia disitu.

Aku rindu saat bermain dengan Manchester United. Mengelecek bola, memintas hantaran bola tu semua.
Aku rindu dengan hilai tawa rakan-rakan seperjuanganku. Nani, Rooney even waterboy pun aku rindu. 

Aku rindu bau rumput kat Old Trafford. Rasa nak kunyah je rumput kat situ.

Aku rindu bilik persalinan Manchester United. Teringat ketika itu, aku selalu menyorokkan sabun beras kepunyaan Kagawa. Setiap kali habis perlawanan, aku akan cepat-cepat masuk dulu agar aku dapat sorokkan sabun beras si Kagawa tu. Terpinga-pinga jugaklah si Jepun sepet tu mencari sabun beras dia. Sampai locker Rio Ferdinand pun dia pecahkan semata-mata ingin cari sabun beras. 

KAH KAH KAH

Namun, yang paling aku rindu adalah senyuman manis SAF sambil menguyah chewing gum beliau. Aku dengar, lepas beliau bersara dari arena bola sepak Inggeris, Chewing gum yang dikunyah beliau telah dilelong sebanyak $640, 000. Aku tak tahu sama ada Mat Saleh ni memang ada niat untuk memelihara khazanah ataupun suka menjual benda-benda jijik lagi kotor. euww

Fuh siap ada kotak lagi

emm...lagi apa ya nak dirindui? hmmm... ah.. sudahlah! Semua tu kenangan.
Sekarang ni aku nak cerita bagaimana aku dibuang.

Lepas SAF pencen, pihak atasan Manchester United telah membuat keputusan bersama dengan SAF untuk melantik seorang pengurus yang baru lagi berkaliber. Calon tersebut mestilah seorang lelaki Inggeris. Setelah beberapa tapisan, akhirnya yang dipilih adalah David Moyes. Beliau adalah manager dari sebuah kelab liga perdana Inggeris, iaitu Everton.

Mulanya aku sangat gembira. Tapi lama-lama aku merasa sedih. 

Mana taknya, aku seperti disisihkan oleh Moyes. Moyes selalu memberi perhatian kepada pemain-pemain lain yang bertaraf bintang, manakala aku pula sekadar dapat memanaskan air teh untuk diminum dan juga bangku simpanan.

Lepas Moyes beli si afro Fellani, lama kelamaan, aku seperti dilupakan dan disingkirkan. Aku tak dapat bermain untuk first eleven. Aku ada dengar jugak, pihak pengurusan serta David Moyes bercadang nak menjualkan aku ke kelab bawahan. Mereka (kelab bawahan) seakan-akan berminat dengan aku. Rumors yang aku dengar setakat ni, kelab yang berminat dengan aku adalah Yeovil Town, Sheffield Wednesday dan Ipswich Town. Celaka mana entah kelab-kelab ni berada? Selama aku duduk di tanah England ini, buat julung pertama kalinya aku mendengar nama kelab yang seakan-akan nama kelab penari bogel.

Untuk menyelamatkan diri aku yang pacal ni dari menyertai kelab yang aku rasa entah ada nama ke tak, aku terpaksa menamatkan perjanjian aku yang berbaki 5 bulan ini dengan Manchester United. Pihak pengurusan Manchester United bersetuju, seakan-akan gembira dengan keputusan aku. 

Celaka betul si Moyes ni. Senyum dia cicah mata ketika melihat aku mengemas barang-barangku. Aku berjanji aku takkan menjejakkan kaki di Old Trafford lagi. Nak jadi apa pun, jadilah. Takde aku, jentera pasukan kau tak menjadi Moyes! Kau ingat tu! Tersungkurlah kau ke tempat bawah lagi hina.

Aku balik Malaysia. Aku terus bukak gerai Burger. Sebenarnya aku pun tak tahu apa motif aku bukak kedai burger, walhal pihak TM ada je menawarkan aku jadi technician wiring kabel bawah tanah mereka. Tapi aku taknak. Amendenye jadi tali barut kabel? Aku ni pemain bola sepak bagilah aku jadi duta TM ke mende. 

bodo

Cerita aku balik Malaysia setelah membatalkan kontrak perjanjian dengan Man Utd tersebar luas dilaman sosial seperti Facebook, Twitter. Di Malaysia misalnya, cerita aku tersebar di media cetak seperti Utusan Meleis, Metro, The Stars, Tamil Nesan, Nyannyan Siangpou, Harakah daily dan macam lagi kalau nak disenaraikan takut melampau pula.

Antara tajuk yang disajikan mereka,

"Ramli keluar Manchester United?"-Utusan Malaysia
"Keluarnya Ramli dari Manchester United Merupakan Suatu Konspirasi"- Metro
" Ramli Out! Moyes In!"- The Star
"நான் பற்றி எழுத என்ன முறையற்ற?"- Tamil Nesan
"私生我写的东西呢?"- Nyannyan Siangpou

Celaka betul. Ni Ramli mana diorang Intebiu ni? Aku belum buat apa apa press Conference ngko tahu tak!!???  Brengset media Malaysia ni. Aku seperti dipandir-pandirkan dalam isu isu semasa. Aku dijadikan bahan jenaka di facebook dan twitter. Peminat bola kat Malaysia dok ngutuk aku depan belakang.  Mereka tak tahu cerita dan hakikat sebenar. Muka aku dijadikan meme. Yang paling femes, meme aku diphotoshop dengan Bad Luck Brian. Memang bad luck!

Tapi lama lama aku dah biasa. Sejak aku balik Malaysia ni, aku tak update langsung dengan keputusan Liga Inggeris. Bak kata lain pergi jahanam dengan keputusan perlawanan.

Sampailah satu hari..

Si Pak Lebai imam tua kampung aku tertinggal surat khabar Berita Harian kat meja gerai aku, Sisipan Berita Sukan Harian. Aku tak pasti sama ada orang tua jengkel tu sengaja nak menganjing aku sebab aku jenis malas nak baca paper atau memang tabiat dia suka sedekah surat kabar buat lapik lauk.

Aku terpandang sekilas surat khabar tu.

"Manchester United?"

Ya. Manchester United tempat ke-7 dan kalah berturut-turut. Aku senyum. Senyum aku tak seperti biasa. Senyum aku bukan seperti senyum copot. Senyum aku lagi indah dari dia. 

Dengan tenang, aku melipat surat khabar itu menjadi bentuk kapal terbang yang futuristik. Dalam kiraan tiga, aku menerbangkan kapal terbang tu sambil menjerit

"Padan Muka Kau MOYES! HAHAHA baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah!"

Malam tu aku puas. Puas dia macam melampias nafsu. Mungkin lebih dari tu. Sejak dari itu, aku nyenyak tidur. Gerai berger aku pun bertambah maju dan ramai pelanggan tetap, mungkin disebabkan Harakah buat liputan tentang aku kot.

-TAMMAT-


Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

2 comments:

  1. Mmg terbaik cite psl Ramli...Tergelak ku baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea membuak buak ke ladang gandum. macam ni lah

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...