Gua suka menulis. Gua akan menulis mengikut isu-isu semasa, troll-troll, pengalaman hidup dan benda yang tak munasabah. Yang tu semua peberet gua. Kadang-kadang gua ada juga terfikir nak terbitkan buku novel atau cerpen sendiri. Gua sebenarnya sudah muak dan jelik dengan lambakan novel-novel jiwang yang overated. Engko bayangkan tebal buku dia macam Kamus Dewan. Lepastu engko baca 2-3 kali. Kamus Dewan yang sama tebal tak pulak engko nak baca 2-3 kali?
Lagi satu, jadah haram orang Melayu guna nama macam Orang Eropah utara? Mana kau belajar? Abu bin Abdullah Hamid dah lah. Komferm cukup modal.
Jadi, platform blog ni gua ingat gua nak gunakan semaksima yang boleh agar dapat menerbitkan karya-karya cerpen yang lain dari yang lain. Gua tak mau nak tulis jiwang-jiwang sangat (walaupun sambil dok menulis gua dengar lagu jiwang. lols irony.)
Sekarang ni, gua giat bangunkan cerpen-cerpen yang lain dari yang lain. Yang menggunakan lenggok bahasa sarkastik dan jalan cerita dia agak mengarut dan berat 66. Sebab gua suka yang unik dan perkara yang bukan mainstream. Kalau nak baca cerpen gua, bolehlah ke label Cerpen Genius. mungkin minat lebih oriented kepada cerpen kot. Novel panjang sangat. sape nak bace?
Disamping itu, gua akan menulis dalam bahasa Inggeris. Gua pun nak improve jugak bahasa Inggeris gua. Takkan nak biar bekarat je yedak?
Sekarang ni, gua sedang belajar di Uitm Shah Alam dalam bidang Kimia Gunaan. Gua memang suka kimia sejak azali lagi. Sejak cikgu sains gua cerita pasal periodic table. Time tu gua jatuh cinta dengan kimia. I lap u bebeh..
Nanti kalau ade pape benda yang menarik dan mengarut gua tambah kat sini. Lu tekan la selalu.
XoXo
QZ92