!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

25.1.14

Pengalaman Semasa Speaking Test MUET

Bahagian II: Siri Bercakap dengan Examiner

"Let the battle of speaking begin!"

Itulah yang dicakap oleh examiner MUET sebelum memulakan ujian speaking test. Time tu gua tak gabra dan cuak langsung. Sebab gua dulu ada join kelab debat untuk satu semester. Jadi, secara automatik gua dah biasa dengan permainan bercakap.


Tapi sebelum tu, pastikan bawa kad pengenalan dan juga slip peperiksaan. Ini untuk membuktikan bahawa korang dah mendaftar dengan MPM.

Sebelum mula speaking, korang semua akan diberi taklimat ringkas oleh examiner atau pemeriksa. Dalam setengah jam begitu mengikut keadaan. Beliau akan menerangkan bagaimana proses speaking test MUET akan dijalankan.

MUET Speaking test biasa akan menggunakan 2 bilik. 1 bilik akan digunakan untuk menempatkan korang menunggu giliran.. Yelah, takkan nak bagi korang mengendap orang tengah speaking test. Lepas korang masuk bilik menunggu, korang dilarang untuk keluar dari bilik tersebut, kecuali nak ke tandas. Itu pun kalau diberi kebenaran.

Satu lagi bilik, digunakan untuk korang buat speaking test MUET. Korang akan diaturkan dalam satu kumpulan. 1 kumpulan ada 4 orang. dan korang akan dipanggil sebagai calon A,B,C dan D
Jenuh baq hang gua buat natang nim.

Apa yang Berlaku dalam Speaking Test MUET?

Ada 2 task. Task A dan Task B.

i) Task A (Tugasan perbincangan Individu)

macam budak-budak haha

  1. Kat Task A, korang akan diberi 1 tajuk besar. Semua calon-calon dapat Tajuk besar yang sama. Tetapi setiap calon dapat main point yang berlainan.
  2. Bilamana examiner cakap boleh tengok soalan, korang buka kertas soalan/tajuk besar tu. Tapi jangan tulis apa-apa lagi. Lepas tu, kalau korang rasa tak faham dengan soalan, tajuk besar dan main point, boleh tanya examiner
  3. Kemudian, korang akan diberi masa 2 minit untuk fikir idea sokongan untuk sokong main point korang. Kertas kosong disediakan, boleh conteng idea kat situ. Masa nilah nak perah otak nak bagi idea konkrit. Gua time ni macam nak tercirit memikir idea. Mujurlah masa gua join kelab debat, mereka dah ajar cara berfikir secara kritikal.
  4. Habis 2 minit, tiba masanya untuk pembentangan idea korang untuk menyokong main point yang diberi. Masa diberi hanya 2 minit sahaja. Masa nilah korang kena cakap idea apa yang telah korang fikirkan sebelum ni. Calon A mula dulu. Habis 2 minit, barulah calon seterusnya.
  5. Semasa calon A membebel pasal point mereka, calon lain tak boleh cakap dan bangkang. Calon lain kena dengar je. Tulis point-point penting mereka. Sebab benda ni berguna masa Task B.
  6. Sila PASTIKAN korang catat supporting point yang dikemukakan oleh calon-calon lain. Sebab kita kena berpegang dengan pepatah, "senjata makan tuan". Kadang-kadang supporting point yang mereka utarakan macam tak kena dengan main point mereka. Masa nilah, korang boleh curi idea mereka dan ubah sikit. Pendek kata korang SPIN sikit je.

ii) Task B (Tugasan perbincangan secara berkumpulan)


  1. Masa nilah perbincangan berilmiah secara berkumpulan. Masa nilah nak tunjuk betapa power serta padunya main point korang. Masa nilah nak angkat main point korang tu Penting bagi tajuk besar korang tu.
  2. Korang diberi masa 2 minit untuk berbincang secara berkumpulan. Sesiapa sahaja boleh mula dulu. Korang boleh bincang, sama ada nak sokong main point sendiri atau calon lain, atau nak membangkang main point orang lain. Nak sailang supporting point calon lain pun boleh. Apa yang korang catat semasa di Task A tu memang berguna untuk task B.
  3. Setelah 2 minit gua bertarung dengan mereka, akhirnya main point gua diangkat untuk sokong tajuk besar tu. Best tau! Sebabnya korang dapat markah lebih dalam speaking test MUET. hehe

Kalau korang tak faham lagi, boleh tengok gambar rajah bawah ni. Macam ini cara untuk menang besar.

Good Luck!

Jika kalian suka sama post saya, sila baca bahagian yang seterusnya:

Bahagian I: Pendaftaran
Bahagian II: Speaking Test MUET
Bahagian III: Listening Test Muet

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

4 comments:

  1. Salam and hello, sesiapa yg nak dapatkan tips muet InsyaAllah boleh refer juga https://thejiaalighterain.blogspot.com, di situ ada disertakan tips muet.


    https://thejiaalighterain.blogspot.com/2019/08/malaysia-university-english-test-muet.html?m=1

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...