!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

19.12.13

Cuti Khas UiTM Shah Alam

Cuti Khas Uitm, Bagaimana mohon cuti khas Uitm 2013
Cuti Khas heuheu

Sekarang aku dah pun dapat kebenaran untuk bercuti khas. Rasa amat rugi di situ. ya
Rugi sangat.

Tapi nak buat camne. Dah takde rezeki bro. Kalau teruskan boleh mendatangkan kemudaratan kepada result Final Exam aku. So, aku nekad untuk mohon cuti khas untuk semester ini je (Sep 2013- Jan 2014)

APA ITU CUTI KHAS?
Cuti khas adalah untuk para pelajar bercuti selama 1 atau 2 semester tanpa dikenakan GT atau gugur taraf. 

BAGAIMANA MEMOHON CUTI KHAS UITM SHAH ALAM?

Senang je. Yang borang korang download dari internet tu semua MENGARUT. Kalau korang bercadang nak mohon cuti khas, just pergi ke HEA fakulti masing-masing dan ambil borang di situ. Korang dikehendaki ambil 2 salinan borang dan wajib isi dua-dua borang tu.

Kalau tak boleh datang, korang boleh minta HEA hantar ke emel. Pastikan telefon diorang dulu.

APA YANG PERLU DI ISI?

Macam biasa. Tak kan tak reti isi borang? yedak? Cuma lepas isi butir peribadi tu, dia ada minta sebab dan bukti kenapa mohon cuti khas. 

BUKTI? MAKSUDNYA??

i) Surat Dari Doktor
Alahai. Kalau ada sakit kronik, bolehlah minta surat sokongan dari doktor yang bertauliah. Minta dia buat surat sokongan yang menyatakan korang sakit. Doktor tiada kuasa untuk beri korang cuti khas. Tapi dia boleh tulis kat surat tu yang korang ada penyakit kronik yang korang hadapi.

ii) Surat Dari Pusat Kaunseling.
Bagi yang tiada sakit kronik, boleh je memohon surat sokongan dari unit kaunseling Uitm. Kena buat appointment dulu tau. Time korang jumpa kaunseling tu, bolehlah ceritakan masalah korang, kenapa nak mohon cuti khas. Biasa yang mohon surat dari kaunseling ni adalah:


  • Pelajar yang ada terikat kontrak dengan tempat kerja, dan pada masa sama dapat tawaran belajar di Uitm.
  • Pelajar yang nak kahwin. Seriusly. Benda ni memang ada. Diorang nak tangguh belajar dulu sebab nak     kahwin. Untung la.
  • Pelajar yang kematian ibu/bapa atau kedua-duanya. Pelajar ni biasa nak tangguh belajar dulu sebab nak uruskan adik-adik belajar. Bagus siapa yang ada abang/kakak macam ni :D


iii) Surat Rasmi Sendiri.
Korang sepatutnya mulakan inisiatif sendiri dengan mengarang surat cuti khas. Dalam surat tu, tulis lah mengapa korang perlu diberi cuti khas. Kerani dalam HEA tu cakap dengan aku, surat rasmi ni adalah untuk menjelaskan perkara yang lebih lanjut supaya Dekan Fakulti boleh luluskan cuti khas korang. Pastikan surat rasmi korang tu ada cop sokongan dari PA masing-masing. Lepas dapat cop tu, pastikan korang buat salinan fotokopi surat rasmi tu. 

Borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar ke HEA untuk cop pengesahan. Kemudian hantar ke pejabat Dekan.

Yup. Aku highlight besau-besau sebab aku dari FSG. Kalau fakulti lain tak tau la.

Maksimum untuk memohon cuti khas adalah 2 semester. Tapi kalau nak lebih mereka boleh bagi. Cuma kena minta penjelasan lebih lanjut la kat HEA ya? tak silap tu bukan cuti khas dah. tu dipanggil Penangguhan Belajar. Kalau korang guna 2 semester tu untuk cuti khas, lepas tu dah tak boleh dah mohon, sebab korang dah gunakan 2 semester tu. Kecuali ada sebab.

Kalau korang cuti khas semester ni, Duit Yuran belajar akan dianjak ke sesi yang korang naik. Diorang tak makan duit yuran tu. Tapi korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 55.00 (Kadar terkini tahun 2013) untuk memastikan korang tak digantung dari Uitm. Yang ni bagi yang SUDAH bayar yuran. 

Kalau korang cuti khas semester 3 sebagai contoh, korang akan naik sebagai semester 3 pada sesi berikutnya. Segala markah seperti Carry mark, markah kerja-kerja lab, markah assignment walhal markah test korang yang boleh dikatakan highest mencecah langit tu akan di reset balik kepada kosong. Nasib-nasib.

Kepada rakan-rakan yang mngenali saya, saya doakan korang semua berjaya untuk Final Exam 2013 yang akan berlangsung pada 31hb Disember 2013. Semoga Berjaya~

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam kes sedara, sedara kena call pihak HEA fakulti sedara utk kepastian. Nak lagi senang, datang ke pejabat HEA fakulti tu sendiri. Nanti mereka akan terangkan prosedur. Setiap fakulti seingat saya prosedur dia lain.

      situasi sedara ni melibatkan masalah kesihatan ke? kalau masalah kesihatan, senang nak dapt cuti khas/penangguhan.

      Delete
    2. Saya dah habis semester 3, semester 4 ni saya nak kerja dulu so sem 4 ni saya nk tangguhkn pada masa yg sy sepatutnya sem 5

      Delete
  2. Kalau mcm saya ada 1 subjek je lg boleh x apply cuti xnk hadir lecture sbb keje part time, utk byr yuran..hujung sem pergi buat consultation dgn lecturer n ambil final exam

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Sy mohon cuti khas sem mac-july 2014.
    Dlm week 6 mcm tu sy mohon.
    Mmg sy dah dpt pt la awal sem tu kan.
    Cuma yg sy keliru skrg, adakah sy xkn dpt pt utk current sem ni?
    Mohon pencerahan.
    tqvm...

    ReplyDelete
  4. Kalau mohon cuti khas ni, alasan apa yang boleh pakai eh? And betulke yuran boleh dianjak ke depan? Sebab ada yang kata tak boleh.

    ReplyDelete
  5. Salam..tumpang tanya..byran 55ringgit tu kena msukkan dkt akaun bank islam yg mana?

    ReplyDelete
  6. Salam, nak tanya.. Berapa lama masa diambik utk dapat tau lulus je tak permohonan kita tu? Mohon jwb

    ReplyDelete
  7. salam, saya pun nak tanya masa utk lulus permohonan cuti tu berapa lama? saya dah hantar permohonan dan sedang menunggu kelulusan. sementara tunggu kelulusan boleh ke kalau saya terus shj bekerja? mohon sangat penulis dapat balas soalan saya ini, sbb tak nak buang masa menunggu keputusan shj, tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Mohon tanya macam mana kes cuti khas awak? Berjaya ke? Sebab saya ada bebrapa persoalan penting berkenaan hal ini. Harap dapat membantu reply asap.TQ

      Delete
  8. Salam,boleh tak saya tanya kalau saya nak tangguhkan intake bulan september nih atas alasan ada masalah kesihatan n perlu jumpa pakar dgn kerap...perlu ke saya tarik diri n mohon next year tu pon kalau boleh guna result yg sama or it is better if i postpone?sorry kelam kabut sikit soalan��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Mohon tanya macam mana kes cuti khas awak? Berjaya ke? Sebab saya ada bebrapa persoalan penting berkenaan hal ini. Harap dapat membantu reply asap.TQ

      Delete
  9. Salam... Mohon tanya macam mana kes cuti khas awak? Berjaya ke? Sebab saya ada bebrapa persoalan penting berkenaan hal ini. Harap dapat membantu reply asap.TQ

    ReplyDelete
  10. Lepas kita hntar borang permohonan cuti khas tu kat HEA, lepastu apa tindakan yg kita perlu buat? Drop course di ilearn or what?

    ReplyDelete
  11. Kalau nk mintak tangguh sebab tak sedia lgi nk sambung, boleh ke?

    ReplyDelete
  12. hi saya x pasti klau saudara masih aktif di blog ni tpy bleh sy bertanya?..memang klau minta cuti khas untuk sem 2, result final sem 1 x diberi ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..awk baru apply cuti khas ke? Sebab saya ada nak tanya tentang ni

      Delete
    2. Hi..awk baru apply cuti khas ke? Sebab saya ada nak tanya tentang ni

      Delete
    3. Hi..awk baru apply cuti khas ke? Sebab saya ada nak tanya tentang ni

      Delete
  13. Hi, nak tanye kalau mohon ck ni, di akan effect pada kita punya ptptn ke?

    ReplyDelete
  14. hi nak tanya, macamana ya nak tahu proses ini. sbb saya kena buat report utk process for Special Leave application Student UiTM. tq

    ReplyDelete
  15. Hai nak tanya, kalau kita nak extend sem sebab dapat tawaran kerja boleh ke, tetapi sy sudah di sem akhir, boleh ke nak mintak buat pjj dari sepenuh masa

    ReplyDelete
  16. hi nak tanya, saya sekarang sedang dalam sem 3 tapi dah week 13, so jadi masih boleh ke saya nak apply cuti khas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last boleh apply 14 hari sebelum peperiksaan akhir bermula

      Delete
  17. Assalamualaikum nak tanya,
    1) boleh ke apply cuti khas sebab kerja?
    2) berapa lama keputusan permohonan
    3) kena daftar sem baru dulu baru boleh apply cuti khas ke?
    4)boleh ke apply pc untuk sem yang kita confirm kita tak nak apply cuti khas dah ( maksudnya, sepatutnya masuk sem 2 kalau apply pc, tapi sebab mohon cuti khas, boleh ke intake next baru apply pc?
    Terima kasih..panjang soalannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak if dh dpt jawapannnn, i need that answerrr
      Sy sedang memikirkan jugak, ingatkan nk berhenti or minta cuti khas ni utk carik kerjaaaa
      Ig : @iam.fitri1

      Delete
  18. Dan nak tanya, kalau sebab bekerja, bukti dokumen yang macam mana yang nak dilampirkan sekali ya, tq

    ReplyDelete
  19. hello nak tanya, kalau saya nak apply cuti khas untuk menjaga ayah yang sakit tenat, boleh ke? sebab saya sekarang ni baru start cuti sem 3, bulan 3 baru masuk sem 4, degree di puncak alam.

    saya nak apply cuti untuk sem seterusnya. macam mana ya?

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...