Bahagian I: Pendaftaran
Ramai sekarang heboh pasal MUET. Jadi kat sini, gua nak jugak share pasal pengalaman gua ambil exam MUET. gua ambil MUET pada semester 4 ketika diploma di Uitm Perlis. Sebabnya senang, gua malas nak ambil time cuti. Cuti adalah satu perkara wajib dan tak perlu diganggu oleh aktiviti aktiviti berilmiah.
Peperiksaan MUET ni engkau orang boleh ambil di kampus masing-masing ataupun jika cuti semester engkau orang tally dengan musim MUET, engkau orang boleh daftar di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan engkau orang.
Terdapat satu mitos dalam kalangan mahasiswa;
"Siapa yang ambil MUET di sekolah lebih senang untuk score Band 3 dan ke atas berbanding dengan siapa yang ambil MUET di kampus universiti."
Tahukah anda, fakta ini semberono dan tiada bukti khusus? Minta maaflah brader, kalau kau ambil MUET kat planet Pluto pun kononnya boleh dapat grade tinggi, tapi Bahasa Inggeris kau serupa monyet kena belacan, kau takkan dapat grade yang power punya. Point gua kat sini, ambil je MUET kat mana-mana. Yang penting usaha korang power dan padu.
Bayaran untuk ambil MUET di kampus Uitm Perlis adalah RM 100.00 seorang. Bayaran boleh dibuat di pejabat bendahari dulu untuk dapatkan resit bayaran. Kemudian pergi ke HEA untuk isi borang MUET dan kepil sekali resit tu sebagai bukti. Lepas isi borang hantar terus. Borang isi semua pakai Capital Letter. Kalau tulis kecik besar kecik besar memang nak kena makan penampar makcik kaunter HEA tu la ye.
Dalam borang tu, pastikan:
1. Nama diisi dengan betul
2. No kad pengenalan diisi dengan betul
3. Alamat rumah tetap yang valid.
Lepas daftar tu, pastikan engkau orang UP-TO-DATE dengan pihak HEA. Biasa pihak HEA uitm Perlis ni kerja diorang nak senang je memanjang, jadi mereka akan tampal notis di depan pintu kaca ataupun noticeboard HEA tu.
Kampus Uitm Perlis je ok. Kampus lain gua tak amek port.
***
Peperiksaan MUET ni ada 4 bahagian. Semua bahagian ini penting:
1.SPEAKING
2.LISTENING3.READING
4.WRITING
Dan gua ingat gua nak sambung nanti. gua akan cerita 4 bahagian ni. Sebab gua rasa ceritakan pengalaman MUET ni best! Lebih best dan seronok dari tulis cara-cara nak lulus MUET. If you know what I mean.
p/s: you don't have to buy e-book on how to score in MUET. You just have to trust yourself and practice.
Jika kalian suka sama post saya, sila baca bahagian yang seterusnya:
Bahagian I: Pendaftaran
Bahagian II: Speaking Test MUET
Bahagian III: Listening Test Muet
Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.
URL: HTML link code: BB (forum) link code:
Anak saya ambik MUET masa di matrik Pendang dulu. Nasib baik lulus dgn baik, relak sikit masa kat U sekarang...
ReplyDeleteBetul tu. Matriks memang wajibkan student mereka ambil MUET sebagai persediaan untk masuk U. Berbeza dengan pelajar diploma, mereka boleh ambil MUET ketika dalam degree. tapi susahlah sebab takut clash dengan kelas tambahan atau terlupa nak pergi exam MUET. bahaye woo
Deletesekarang pengambilan degree wajib ambik muet dulu ke..ke boleh ambik dlm degree
Deletesekarang pengambilan degree wajib ambik muet dulu ke..ke boleh ambik dlm degree
ReplyDelete