!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

1.1.14

My lovely Coursemate #1: Budak Loghat


Gua mulakan segmen lovely coursemate siri #1 ni dengan satu budak yang punyai loghat bahasa Terengganu dia serupa celaka pekat. Benda ni masa gua berkecimpung dalam diploma dulu. Memang tak dapat dinafikan, di Uitm Perlis ni, macam-macam budak datang dari seluruh pelosok tanah air tercinta. Di sini, gua boleh senaraikan;

Yang datang dari Selatan; 
budak Johor, Budak Melaka, Budak Negeri Sembilan

Dari Utagha;
Budak Kedah, Budak Perlis, Budak Polo Penang

Dari Pantai Timur;
Budak Kelantan, Budak Terengganu

Dari Pantai barat;
Budak Selangor, Budak Perak

Tak lupa juga
Budak Sabahan dan Budak Sarawakian.

Semua bawak loghat sendiri. Semua bawak budaya tersendiri. Tidak dilupakan juga semua bawak bangang sendiri. Manusia dengan bangang tak boleh berpisah.

Yang budak Johor kalau jumpa sama budak Johor, mereka mesti sebut perkataan Gerek seyh; iaitu sejenis perkataan yang diorang sendiri tak tahu apa celaka maksudnya. Ada yang lagi advanced, ngomong jowo. dok mengutuk Pensyarah. 

Baik. Itu celaka. 
Sungguh!

Yang Budak Melaka dengan gaya cakap stailo, mereka ubah sesuatu perkataan belakang jadi -au. Sebagai contoh hakiki: 

Gegar jadi gegau,
Lapar jadi Lapau,
Lancar jadi Lancau,
Dan senarai itu berterusan sesuka hati kepala bapak mereka.

Budak Negeri tak habis-habis dengan Lahabau mereka. Itu usah kau peduli.

Budak Selangor tak banyak dalam Course gua. xoxo

Budak Perak banyak jugak. Tapi mereka tak menonjol. Dah nak habis semester 5 baru gua tahu ramai ghupenye ramai budak-budak asal dari Perak. Apekehel tak kabor yop?

Budak Kelantan, kalau jumpa satu negeri, mereka akan mewujudkan satu kumpulan yang dianggotai oleh mereka-mereka sahaja. Prinsip mereka sama macam Gotei 13. Gua tak mahu la cerita perihal Budak Kelantan ni sebab mungkin engkau orang dah tahu Assobiyah mereka macam mana. Nanti-nanti gua cerita.

Budak Perlis, Budak Kedah, dan budak Penang gua jadikan satu grup. Sebab loghat mereka sama pekat.

***

Yang budak satu diploma yang gua nak ceritakan ni, gua gelarkan beliau sebagai Nas (bukan nama sebenar). Nama panjang dia, Nasrullah. Asal dari Terengganu. kali pertama gua jumpa beliau masa minggu pertama masuk kelas. Gua didaftarkan dalam kelas sama dengan dia. 

Masa tu, gua ni bodoh hingus lagi. Maklumlah, orang Johor mana ada loghat. Kalau setakat ada bunyi "ea..ea..." macam sengau kat belakang setiap ayat tu orang lain pun boleh tiru.

Loghat Tengganu mamat ni pekat gila khinzir. Kalau loghat budak Kelantan, boleh gua faham lagi, bila masuk loghat Tengganu, gua mampus akal. 
Gua kelu tanpa nahu.

Kadang-kadang gua nak je tumbuk muka beliau sebab gua tak faham sepatah haram beliau sembang apa. Bunyik je kencang. Kadang-kadang sampai satu tahap gua hanya mampu mengucap nauzubillah Min zalik dan mengangguk kepala sahaja. Namun gua batalkan niat jahat itu kerana gua budak baru lagi kat Uitm Perlis tu.

Nak dijadikan cerita, masa subjek CTU 101 atau dalam bahasa mudahnya subjek yang berkisarkan agama Islam. Seingat aku, Ustazah yang mengajar subjek ini nama beliau Ustazah Ain (bukan nama sebenar). Muka beliau gebu bak putik kapas. Bibir nipis. Ayu mukanya. Tak gemuk tak kurus. Memang taste gua. AUMM! Tapi sayang beliau dah berumah tangga. Anak dah dua. Sekarang gua dengar dari junior gua, ustazah ni dah ada 4 orang anak. Syukur rejeki tuhan bagi 2 lagi anak. Projek Megalodon berhasil.

Ok. Projek Megalodon tu gua bohong. 

Ustazah Ain dah setting kumpulan kaw-kaw punya. Tak boleh kawtim mahupun pilih bulu. Kata-kata ustazah itu adalah absolute. Kalau dibantah, maka dengan tidak semenanya, markah bawaan (carry mark) akan dikurangkan tanpa belas kasihan. Tugasan kali ni, kami kena buat folio dan slide pembentangan.

Gua dapat satu kumpulan dengan si Nas ni. Engkau orang bayangkan perasaan gua gusar macam mana tahap dia? 

" Jilaker! Gua satu grup dengan Bangsa Elien!"- itu yang gua mampu lafazkan.

***

Walaupun loghat dia macam nokhorom, beliau memang rajin buat kerja. Petang lepas kelas CTU, beliau lantas mencari maklumat dengan berbekalkan tajuk yang diberi oleh Ustazah Ain. Draf kasar mula mencorak. Kami berbincang. Perbincangan kami diselang-seli dengan kudapan. Begitulah setiap kali gua jumpa beliau untuk buat assignment. Walaupun gua tak faham idea bana apa yang beliau cuba lontarkan semasa perbincangan. Gua hangguk sahaja kepala tanda faham. Mujur beliau boleh menulis. Perasaan Faham tu mulalah menyusup sikit demi sedikit.

Tempoh diberi untuk siap adalah 2 minggu sebelum study week. Gua dengan Nas setel buat dalam 2 bulan je. Engkau orang bayangkan, budak semester pertama rajin dia tahap bana mana? Grup lain pun leka, tak mula lagi, kami dah siap folio dan slide pembentangan. Bana tak?

Tiba masa pembentangan. Gua mula dulu. Bab-bab pembentangan ini, memang kesukaan gua. Gua memang suka bercakap masa pembentangan. Bagi gua, ini adalah forte. Gua Petah berbicara, macam abam Jibby kincing lu orang.

"Aku dah setel bahagian aku. Sekarang giliran engkau pulak Nas! Ganbatte." Ujarku dengan memberi kata semangat yang membara.

Ucapan beliau dimulakan dengan;
"Assalamualaikumng!" 

Belum sempat beliau menghabiskan bait-bait ayat permulaan, Para hadirin termasuk Ustazah Ain ketawa. Mungkin kerana loghat beliau. 

Mungkin.

"Saya Nasrullah. Hari ini, saya mahu tekangkang......"

Budak-budak kelas gua ketawa terbahak-bahak. 
Yang menahan ketawa terus terburai ketawanya. 
Yang senyum-senyum anjing terus berdekah ketawanya. 
Hiruk-piruk. Kelas gua gamat dengan alunan suara ketawa.

Ustazah Ain pun turut ketawa. Namun, beliau ketawa dalam iman. Beliau menutup mulut dan ketawa untuk melindungi gigi beliau. Entah apa fungsi ketawa tutup mulut gua pun tak tahu. Apa yang dapat ku katakan dalam benak fikiran gua adalah;

"Babi!"

Sepanjang semester berlangsung, Group gua dijadikan modal bahan oleh rakan-rakan kelas gua dan kelas lain. Kau bayangkan perasaan gua macam mana? Namun, gua tetap bersyukur. Carry mark gua tinggi disebabkan folio dan pembentangan gua dengan Nas menepati cita-rasa Ustazah Ain. Syukur gua lanjutkan ke hadrat.

No comments:

Post a Comment

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...