!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

27.1.14

Tak Payah Straight A sangatlah!

Cerpen UPSR, cerpen pengalaman UPSR, Melanjutkan pelajaran ke Jepun
Gua cakap sama lu, gua pakai MS paint je wat natang nim

Dari dahulu lagi saya memasang angan-angan dapat belajar dan merantau ke luar negara. Saya sudah memasang angan-angan ini sebelum kenal erti penjodoh bilangan angan-angan mat jenin lagi. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera yang berkelulusan dari salah sebuah Universiti di Jepun. Hebat tak angan-angan saya? Ke macam celaka?

Untuk pengetahuan saudara sekalian, saya memulakan kehidupan saya dengan menuntut ilmu di sebuah sekolah rendah yang dinamakan sempena Pasukan Polis Hutan. Ya, saya bersekolah di situ kerana jaraknya dekat sangat dengan rumah. Saya hanya perlu mengayuh basikal, dan saya tidak perlu membayar tambang bas sebanyak rm 1.00, sepertimana rakan-rakan saya yang menetap di damansara. Habis je sekolah, boleh singgah beli jajan kat kedai makcik sombong. Inilah rutin harian saya setiap hari hingga tamat sekolah rendah.

Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, saya telah diasuh dan dibasuh otak (brainwash) untuk belajar sampai ke menara gading. Cikgu di sekolah saya pernah berkata, sesiapa yang berjaya menjejak kaki ke menara gading, maka dia adalah di antara golongan yang terhebat. 

WAH! Begitu hebat propaganda cikgu. Teknik affiliate beliau bersama dengan unit kaunseling sekolah sedikit sebanyak membuahkan hasil. Tak cukup dengan propaganda, mereka selitkan lagi dengan kursus-kursus motivasi yang menyeksakan saya. Boring betei jika kena tidur di laman sekolah. Teringat bau stokin Ahmad dengan bau ketiak Rahim. Sorang bau monyet mati, dan sorang lagi bau dia sumpah macam celaka. Sampai sekarang teringat baunya.

yuks!

Yang saya ingat kata cikgu, dengan melanjutkan pelajaran ke menara gading, saya akan perolehi: 

  1. gaji yang lumayan (sekitar RM 20k)
  2. Kerjaya yang hebat dan tidak boleh disangkal (doktor, jurutera, ahli saintis gila dll)
  3. Penghormatan dari jejiran tetangga ( untuk menutup mulut Kak Nam 13 yang tak habis2 jaja gosip)
  4. Teman wanita ( oww yeahhh)

Waktu tu, saya hanya terpaut dengan pilihan no 4 saje. Pergi jahanam la dengan gaji lumayan. Oleh kerana saya budak mentah, maka fikiran saya dapat disuapkan dengan begitu sahaja tanpa usul periksa

Tapi, kata cikgu lagi, untuk merealisasikan angan-angan mat jenin ni, saya perlu belajar bersungguh-sungguh, bermula dengan UPKK, UPSR dan seterusnya ke peringkat PMR, SPM, STPM/Matrikulasi/Diploma, Ijazah Sarjana Muda, serta ke peringkat yang seterusnya yang engkorang boleh namakan sendiri.

Tambah cikgu lagi, kalau nak lagi senang belajar ke luar negara, mohonlah sekolah berasrama penuh ataupun MRSM. Sebab sekolah-sekolah ni lebih cerah peluang untuk dapat belajar ke luar negara.

Jadi, sekarang ni, saya ada 2 matlamat. Nak 5A dan nak bersekolah di MRSM!

Sebenarnya, saya bukan seorang yang genius sangat pada zaman sekolah rendah. Saya hanya pelajar biasa saje yang selalu gagal matematik kertas 1 dan 2. Tiap-tiap tahun pulak tu. Buat malu kerabat je.

Saya masih ingat lagi, markah yang paling rendah yang pernah saya dapat adalah dari kertas 2 Matematik. Ketika itu saya berada di tahun 6. Saya hanya memperolehi sebanyak 5% dari 100%, sedangkan rakan-rakan saya yang lain mencapai tahap Rampage dan Godlike. 3% dari 5% tu adalah markah kesian. Yang lagi 2% tu atas usaha saya sendiri. Hina betul saya pada masa tu. 

Subjek lain, saya berjaya lulus dengan cemerlang. Subjek yang paling saya power adalah subjek sains. Bukan main kepalang saya minat subjek sains. Cuma, entahlah, bab matematik, sayalah yang paling bebal sekali dalam kelas saya. Namun, kebebalan saya tidak dapat mencacatkan visi saya untuk ke menara gading.

Jadi, saya meningkatkan lagi usaha daya saya agar bebal saya dalam matematik terhapus. Usaha saya dilakukan secara beristiqamah dan berterusan.

Ya. Istiqamah sambil bermain solitaire dan minesweeper di rumah.

Alhamdulilah, Matematik saya semakin hari semakin baik, walaupun gred saya hanya mencapai C. Saya yakin, yang saya akan dapat gred A masa UPSR nanti.

Laungan "Jepun Aku datang!" makin hari makin bergema di hati sanubari

***

Sampailah saya ke hari dimana saya menduduki UPSR. Semasa peperiksaan dijalankan sepanjang 1 minggu, saya menjawab kertas soalan demi kertas soalan dengan tenang, aman, professional serta tangkas.

Walaupun kertas matematik kelihatan amat susah, namun saya berjaya menjawab kesemua soalan. Kebiasaannya, saya tinggalkan kosong je sebab tak tahu nak sumbat binatang ape.

"Okey, Masa menjawab kertas matematik dah tamat! Semua pelajar sila letakkan pensel anda. Kami akan mengutip semua kertas jawapan" Tegas pengawas peperiksaan.

"Anda semua Boleh keluar sekarang, dan selamat bercuti!" katanya lagi dengan nada sweet-sweet gitu. Nyampah aku, macam minta penampaq. 

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Laung Bob, rakan sekelas saya yang terkenal dengan kepaduan menjawab matematik tanpa menggunakan batang jari untuk pengiraan. Kertas Matematik merupakan kertas yang terakhir sekali. Dengan berakhirnya laungan 3 kali oleh Bob, maka tamatlah hari peperiksaan UPSR. 

Semua orang berasa gembira. Ada yang ketawa terbahak-bahak, ada yang menangis sebab tinggal banyak soalan, ada yang mengoyakkan kertas soalan dan slip peperiksaan, ada yang  datang bertanya kepada cikgu tentang jalan kerja dan ada yang buat-buat tak peduli. Saya tergolong dalam  kumpulan buat-buat tak peduli tu. Persetankan la dengan matematik. Aku dah habis dah.

Semasa menunggu keputusan UPSR keluar, kami bersuka-ria. Biasalah, budak baru lepas UPSR, macam-macam program menarik dijalankan agar murid-murid tak ponteng sekolah. Aktiviti seperti menonton movie di dewan serbaguna, program antara kelas, pertandingan melukis UPSR serta bermacam-macam aktiviti lagi yang berfaedah dijalankan. Unit kaunseling juga tak ketinggalan dengan mengedar borang-borang ke sekolah berasrama penuh dan juga MRSM. Namun, borang itu hanya diedarkan kepada yang layak saje, manakala saya yang tak layak ni cuma dapat melukut di tepi gantang.

Saya tidak mengalah. Saya memberanikan diri untuk meminta borang tersebut dari unit kaunseling sekolah. Permintaan saya ditunaikan. Saya mengisi borang tu dengan girang. Keesokkan harinya, setelah siapkan mempotostat sijil-sijil saya, saya terus hantar borang tersebut ke unit kaunseling.

***

Hari keputusan UPSR telah tiba. Saya tidak berpakaian preman, seperti orang kebanyakan, tetapi mengenakan pakaian sekolah. Maklumlah, kerana konfiden boleh dapat 5A. F yeah!

 Terus, saya menaiki basikal dan menyusur ke sekolah.

Setelah menunggu untuk beberapa ketika, nama saya dipanggil. Perasaan girang, tenang dan nak terberak bercampur aduk di situ. Ya. Saya bakal ke Jepun.

"Konnichiwaa mina-san!"

"Tahniah awak, dapat 2A 3B! Sungguh tak disangka" kata cikgu bertugas.

Mata saya berkaca kristal, dunia kian malap, dikaburi oleh kristal-kristal halus di mata. Saya kecewa! Impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM musnah. Dari situ, bermulalah siri reaksi berantai.

"Tak dapat 5A --> Tak dapat masuk MRSM --> Tak dapat pergi Jepun"

Saya menangis bersama rakan-rakan saya yang lain. Mereka menangis kegembiraan, manakala saya menangis tak dapat pergi Jepun.

bodo.

"Tak payah Straight A sangatlah!". Getus hati kecil saya. Perlahan-lahan saya masukkan slip keputusan UPSR saya ke dalam beg, lalu menaiki basikal dengan tenang menuju ke cyber cafe yang berdekatan.

Headshot!

Saya memang terer bermain counter-strike. Kawan-kawan panggil saya Tangan setan. Misi ke jepun berkecai. RM 2 juga terbang.

Takpe, yang penting, gua layan counter-strike! 2A 3B tu boleh buat cerita bangga dengan auntie india selang 2 buah rumah saya.

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

8 comments:

  1. hahahaha.. boleh pulak macam tu erkk... lawakk.. :p

    ReplyDelete
  2. A skit pun boleh gak bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pikir di kemudian hari, UPSR je pun.. tak ke mana haha

      Delete
  3. Ala, dapat straight A pun bukan dapat g oversea.
    -Based on my experience-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. biasalah kena brainwash dengan cikgu. lagi elok kalau belajar dalam negara. :D

      Delete
  4. hebat cerita ni...boleh pula layah counter strike. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. game yang terbaik sepanjang zaman. wajib tahu main. haha..kalau tak teruk kena troll dgn kwn2

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...