!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

10.2.14

Generasi Malaysia Sekarang Lembik

dari http://anizyn.blogspot.com

Kau tahu, saintis yang terlibat dalam bidang saikologi (psikologi/psychology) telah mengenalpasti banyak generasi. Tapi mereka semua memulakan generasi tersebut dari huruf X. dan kemudian kepada Y dan seterusnya Z. Maka jadilah generasi X, Generasi Y dan Generasi Z.

Lepas tu mungkin mereka buntu nak letak huruf apa. Jadi saya cadangkan saintis-saintis yang mengkaji ini menggunakan huruf ijaiyah pula. Mula dari Alif, diikuti dengan Ba dan Ta.

 Lols. Diharap permohonan saya berjaya

***

Siapa Generasi X?

Generasi X adalah mak ayah kita yang lahir dari tahun 1963-1980+. Mereka ini adalah generasi yang survival. Kau tak percaya, tanya orang yang lahir dalam zaman tu. Komferm diorang kata dulu hidup susah, belajar pakai pelita minyak, nak berak pun pakai pelita minyak. Pagi petang tolong  mak bapak lepas sekolah, dan mereka ikut dan tak banyak komplen. Namun, apa yang gua perhati, generasi ni banyak berjaya dek kerana survival of the fit atau dalam bahasa saintifikis nya kemandirian spesies. (ye ke?)

Siapa Generasi Y?


Generasi Y adalah dari golongan yang lahir dari zaman 1981-1994. Golongan ni merupakan golongan yang dapat merasa apa itu teknologi. Sebagai contoh, wujudnya windows 95 dan 98, playstation, gameboy kaler dan Gaban.

Gua tergolong dalam generasi Y. Tapi takdela nak merasa banyak sangat teknologi canggih masa tu. Mak ayah bukan dari golongan berada, Lecturer gua ada cakap, generasi Y ni banyak tanya, banyak cakap, buat kerja kurang. Tapi jangan risau, mereka buat punya. Cuma kerja lambat dan lembab. 


Siapa Generasi Z?

Generasi Z adalah golongan yang lahir dari 1995-2010++. Mereka ni lahir je kat dunia, mak bapak dah beli ifags, samsung, pleystation 2,3, Nintendo dan segala jadah yang boleh dikatakan berteknologi tinggi. Info semua ada dalam tenet. Macam copot kata, Rahsia (insert something) ada dalam tangan saya. Generasi ni paling malas, kuat komplen dengan semua benda, serta cerewet.

Nak kena bitchslap baru nak gerak.

Generasi ni aktif membiak di facebook, twitter, IG dan lain lain.


Toreh Tangan
Benda yang paling logik tapi gua still tak paham lagi, bila budak budak putus cinta. Pasai apa toreh tangan macam toreh pokok getah? Banyak lagi benda kau boleh buat atas dunia ni. Siram pokok mak sebagai contoh. 

Generasi yang suka membazir darah. Cuba kau teka generasi mana?

***

Gajet Canggih
Gajet Mewah. Zaman sekarang banyak sangat gajet canggih keluar. Tunggu nak sambar je bagi yang berkemampuan. Gua pening sebab tiap-tiap bulan mesti gajet canggih keluar. contoh, Lepas je kau beli iphone 5, keluar iphone 5s. Padahal sama je. lu orang mesti pasang niat mintak kat parents nak sambar benda tu.

Tipulah tak pernah buat.

Bila parents tak bagi, mula lah kau nak meroyan dalam pesbuk, twitter, IG mintak simpati like rakan rakan. Bukak pekung di dada je cerita membabi buta dalam pesbuk. Nampak tak? Tak pasal-pasal orang mengata parents kau kedekut.

Generasi yang tak pernah bersyukur. Cuba kau teka generasi mana ?

***

Kuat Komplen


Gua paling bosan bila orang dok komplen kat pesbuk pasal takde duit, mak bapak tak beli gajet canggih terkini, putus cintan dengan pakwe/makwe dan lain lain yang menjengkelkan. Nasib gua takde akaun twitter dan IG.

Gua old skol, gua tak main twitter dan IG, sebab gua bukan geng capub dan selfie scumbags.

Komplen pasal mak bapak cerai, duit takde, Nak gajet canggih, pecah pasu, pecah dara,anak jiran perangai macam setan dan semua benda yang wujud kat atas dunia ni, semua nak dikomplen.

Tak payah la komplen yang bukak aib. fikir dulu sebelum keluarkan status pesbuk.


***

Kuat Melenting
Bila orang sound, mula lah nak rage. Nak wage war. Buat page anti budak tu, anti budak ni. Bermodalkan jumlah liker dalam page, dah tahu siapa yang menang.

Logik kan?

***

Kesimpulannya, Cuba kau teka generasi mana yang lembik?

Gua tak tahu la nanti, bila mereka semua dah tua bangka dan ada anak cucu, perkara yang mereka boleh ingat dan nak cerita kat cucu adalah betapa bebalnya mereka suatu ketika dahulu. Kau nak cerita apa?

Toreh tangan pakai pisau?
Merempit kat highway?
Nak Bangga bagi cucu tengok gambar pakai baju tak cukup kain?

Lepas tu, bangang dia masa muda sebar kat cucu dia. RIP grand-parenting.

Masa gua kecik kecik dulu, arwah atuk gua ada la cerita tentang kegagahan beliau cari duit nak beli vespa, nak takel pak mentua, nak sara hidup. Nak mengadu kat sape? Time tu semua orang susah.

Fuh. Lejen betul arwah atuk gua (al-fatihah). Gua salute sebab beliau menggunakan kekuatan fizikal untuk cari wang.

Zaman sekarang lagi senang cari duit. Kerja kat pam minyak pun gaji RM 900++. Nak lagi senang buat blog, pakai affiliate dengan letak iklan nuffnang je. Tu pun malas nak buat.

People back in the olden days were really tough and hardcore bebeh. Cuba kau bayangkan, takde iphone, takde DSLR dan takde sosial netwek, boleh je survive. Rileks je cari duit sendiri. Contoh macam Ziana Zain.

Come on la young people these days. Don't be such a wimp.




Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

3 comments:

  1. Ya...ada betulnya apa yang dikatakan. Zaman berubah, sudah tentunya kehidupan juga berubah mengikut perkembangan semasa. Cabarannya juga berbeza... Tapi yang penting, Islam tetap tidak berubah, jika agama jadi pegangan, Insyaallah...selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. generasi lembik?
    kesiannya mereka

    harap2 mereka boleh berubah segera untuk manjadi lebih baik dan kuat

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...