!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

12.2.14

Makcik Pisang Goreng

lawak pisang goreng, troll makcik pisang goreng
pisang goreng

Pada petang yang suam-suam susu, saya seperti biasa ke gerai Makcik Shima yang terletaknya berdekatan dengan tempat tinggal saya. Saya memang suka membeli kudapan di Kedai Makcik Shima tu.

Petang-petang macam ni, elok dibazirkan masa dengan aktiviti mengunyah yang mengenyangkan. Rugi kalau dibiarkan begitu sahaja.


"Makcik, saya nak pisang goreng RM 4.00 dan keropok lekor mini tu saya nak RM 3.00"

"Uh.. orait dik. eh sekejap, kamu ni anak Zai kan?" Makcik Shima bertanyakan soalan itu kepada saya sambil membungkus pisang goreng yang panas dan rangup tu. umm...

"Ha'ah la makcik. Betul lah tu. Makcik kenal mak saya ke?"

"Kenal sangat dengan mak kamu tu. Mak kamu tu selalu ke rumah makcik tiap-tiap hari Ahad. Ala, biasalah, mesyuarat tingkap perdana. kih kih kih". 

Annoying kalau kau dengar ketawa dia tu. Kalau ada tong gas ditepi, memang dah lama saya lemparkan tepat ke muka beliau. Namun sebagai pemuda yang tiada sifat prejudis, saya menahan diri.

"Kamu dah besar dah makcik tengok. Dulu kecik jer. kih kih kih.. Songkok pun pakai senget. Bila nak kahwin?" Sambung makcik Shima. Ketawa sinis beliau terhenti kerana memaculkan soalan serius. Riak muka beliau berubah sama sekali

"Kahwin?"

"Ha'ah kawin...". Sambil memasukkan keropok lekor mini pula ke dalam plastik. 

"Saya nak buat majlis kahwin dalam bulan ni. Kecil-kecil je."

"Wah.. tahniah! bila kamu nak langsung majlis tu?" Nada pertanyaan beliau semakin serius.

"30 haribulan Februari. Jemput datang"

"  Tahniah dikk! Makcik doakan adik bahagia sampai anak cucu. Nanti makcik datang ok. Nah, makcik bagi 3 biji pisang goreng. On my treat!"

"Terima kasih makcik". 

Dengan tenang, saya meninggalkan gerai goreng pisang tersebut. Lepas 50 meter, saya ketawa. Tak tahu sama ada ini adalah jenaka petang untuk saya atau makcik tersebut tidak tahu bahawa 30 haribulan Februari merupakan hari yang tiada signifikan dalam kelendar romawi?

Cuba kau teka, siapa kena troll?

***


Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

2 comments:

  1. kali pertama dengar, mesyuarat tingkap perdana, kesian pulak kat mak cik tu terkena...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih datang berkunjung
      tu semua idea jalan penceritaan. haha..

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...