!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

4.2.14

Kisah Rumah Sewa 3 Sekawan


Romi, Man dan Hadi adalah 3 sekawan rumah sewa yang tak sama program. Mereka telah menjadi housemate atau budak rumah semenjak semester 2 lagi. Man dan Hadi ditendang oleh kolej gara-gara tidak mengumpul sejumlah stiker yang ditetapkan. Manakala si Romi, dibuang kerana sifat rebelnya. Beliau telah menampal stiker digimon pada kad kolej tanda rebellious yang amat sangat. Oleh itu, rejim kolej menendang beliau kerana sifat rebelliousnya. 

Celaka mana yang buat sistem stiker ni? Macam tadika Kemas pulak dibuatnya.

Rumah sewa mereka merupakan kepunyaan Encik Kordy Alias. Beliau merupakan seorang pemilik rumah sewa yang berjaya. Setakat ni, beliau mempunyai 7 pintu rumah sewa. Kaya baq hang! Dan setiap rumah sewanya mampu generate income sebanyak lebih kurang RM 1200.00 hingga RM 1700.00 sebulan. Akan tetapi, Encik Kordy Alias ni kedekut dia macam lahanat. Pintu jamban yang berlubang dan reput di rumah Romi, Man dan Hadi pun tak ditukar lagi. Katanya, dia takde modal. Tunggu cuti semester, barulah beliau akan tukar. sekarang, sudah 3 semester pintu reput tu tak tukar. Tunggu nak kena terajang je dengan si Romi tu.

Rumah sewa mereka amat berdekatan dengan tempat belajar mereka. "Kalau kau nak berguling ke kelas pun sempat sebelum lecturer masuk kelas." Begitulah perumpamaan tentang betapa dekatnya rumah mereka dengan tempat belajar mereka. Kalau kelas pukul 8.30 pagi, pukul 8.15 pagi baru bangun dan mandi dengan ala kadar.

Mereka bertiga juga amatlah adil. Wang sewa, bil api dan air serta bil unifi mereka bayar dengan sama rata,adil dan saksama. Pendek kata, Kesemua kiraan mestilah tepat untuk dibahagikan antara tiga, walaupun beza jarak hanyalah 0.02 sen.

Romi adalah seorang pelajar jurusan akaun semester 3. Hobi beliau hanyalah menonton K-drama dikala waktu lapang. Dikala waktu tak lapang juga beliau akan menonton K-Drama. Pergi mampuslah dengan Assignment, test dan kuiz, yang penting dia kena habiskan K-dramanya. Dia kena tahu setiap plot dan jalan cerita yang tersembunyi. Beliau beranggapan, menonton K-drama dapat meningkatkan keupayaan instinct serta menguatkan lagi pancaindera. Tabiat buruk beliau, beliau suka makan atas katil. Lepas tu sisa-sisa sampah masyarakat akan dibuang kat bawah katil. Boleh jadi, tumbuh kulat kat bawah katil tu.

Man pula adalah seorang pelajar jurusan Mikrob semester 3. Beliau seorang yang introvent. Hanya berani dalam dunia maya, tetapi menikus di dunia nyata. Sebab tu dia pilih kos mikrob. Kau tahukan apa itu mikrobiologi? Ianya adalah kos yang menawarkan pembelajaran tentang virus-virus serta bakteria yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuailah dengan si Man yang suka menikus tu. Hobi Man hanyalah menjaga keamanan wall facebook beliau, rakan-rakannya, serta page-page sampah yang wujud dalam facebook. Kalau ada haters yang membangkang dan menganjing, beliaulah yang akan mula-mula kebarisan hadapan. Inilah dia Jihad Pesbuk! Tabiat buruk beliau, beliau ni memang liat nak bayar rumah sewa walaupun dah berbuih buih kali diminta wang. 

Hadi merupakan seorang pelajar sains perkomputeran. Beliau aktif bersukan bola sepak, bola baling dan bola tampar. Nasib baik takde bola kocek. Kalau ada mahu jadi dia juara sukan tersebut. Tetapi beliau mempunyai tabiat buruk, iaitu beliau suka menyepah-nyepahkan barang-barang beliau ke merata-rata tempat selepas habis kelas. Bila tak jumpa, mulalah disalahkan si Man dan Romi. Katanya, mereka ingin berkonspirasi untuk menjatuhkan Hadi. Walhal, mereka berdua peduli apa dengan barang-barang Hadi. Hobi Hadi adalah mentelaah buku dikala waktu lapang, waktu tak lapang, lepas balik kelas, lepas makan malam dan lepas pukul 4 pagi. Beliau merupakan seorang yang hardworking dan gigih, walaupun pointer beliau hanyalah suam-suam kuku.


Moral Of The Story:

  1. Sewa rumah memang mahal. Kalau nasib baik, dapatlah tuan rumah sewa yang kedekut dia serupa baghal.
  2. Engkorang akan dapat lihat perangai sebenar mereka bila dah sebumbung rumah sewa. 
  3. Engkorang kena sabar dengan tabiat buruk housemate.
  4. Engkorang bila duduk rumah sewa, komferm liat nak bayar duit rumah sewa, duit bil api dan air.
  5. Engkorang kena ingat, kalau engkorang ni pengotor, kat luar tu, ada lagi teruk sifat pengotor dari kau. Jadi mulalah latih diri agar jadi lebih pengotor (sarcasm lol).
  6. Lelaki ramai yang minat K-drama. Jaga-jaga, kalau engkorang kena jackpot, dapatlah housemate gay yang suka tengok K-Drama.

Kalau ada 3/6 kriteria yang kat atas ni, mohon cari rumah sewa yang lain. Kau satu rumah dengan hantu kat banglo seksyen 2 lagi bagus dari sekampung dengan orang-orang jenis macam Romi,Man dan Hadi ni.



Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

4 comments:

  1. moral of the story....jangan tiru sikap-sikap buruk cam nie...

    ReplyDelete
  2. haha..best cerita ni bro.
    tp part yg letak stiker digimon tu xleh blah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. part yang letak stiker digimon tu gua dapat ilham dari member gua. dia memang rebel orang nya.

      Delete
  3. salam to you..
    cerpen yg tersangat funny+ ohsem. You make my day:) keep it up!

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...