!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

3.9.13

Senarai University Confession Pages


Aku memang suka buka pesbuk. Hari-hari aku buka pesbuk. Tapi tak lama. Sekejap je. Aku buka tengok Notifikasi. Lepas sesi balas membalas komen. Aku blah. gitu.

Hari ni aku nak cerita sikit pasal menjadi anonymous. Boleh je jadi anonymous kat pesbuk. Trend sekarang ni ramai yang meluahkan perasaan melalui page confession. Tak tau la bila jadi trend, tapi trend ni meme dah mula berlaku kat hampir semua universiti. Semua page yang aku jumpa semua diwujudkan atas nama universiti. Aku like page ni pun sebab page ni kadang-kadang boleh jadi idea blogging. Modal kan? 

Amende page confession nih?

Page confession ni ditubuhkan untuk korang jadi anonymous. Pastu korang boleh nyatakan atau luahkan perasaan cinta, hasrat/cita-cita, pengalaman, awkward moment, love story, secret admire korang kat dalam post tu.  Kalau korang nak pedajal/bash insan lain pun boleh sebab kat page-page macam ni telah dinyatakan;

"It will be posted COMPLETELY anonymously, so don't be shy!"

Semua confession menggunakan sistem google form atau google drive. Sistem ni macam "borang online permohonan". Tulis je apa yang terbuku dalam hati. Tak perlu letak nama korang.  Sebaliknya, segala confession akan ditanda dengan  hash tag + nombor giliran. Lepas korang tulis jadah haram korang bebel kat situ, Klik send. Tunggu la konfesi korang muncul kat page tu. Nampak macam student universiti kat Malaysia ni penakut kan? 

Ada juga page-page confession lain yang bangang tak tahu ilmu IT. Diorang menggunakan emel. Jadi, kalau korang nak confess, kena pakai emel hantar. Tak ke bangang? Dah sah-sah kantoi woi. Sebab guna emel boleh detect sapa korang sebenarnya. Copy dan paste je emel korang tu kat kotak search pesbuk. Mesti jumpa punya... Jadi kalo nak berkonfessi, pandai-pandai la buat fake emel. Heh.

Senarai Page-page confession yang boleh dikatakan popular:


Confession Page: Menurut Pandangan Aku (Yang Baik)

Kadang-kadang ketandusan idea nak berblogging. Aku cuba-cuba juga selak page-page ni. Kadang-kadang idea tu mencurah-curah ke ladang gandum. Boleh jadi 2-3 topik aku langsaikan.

Kalau nak feel universiti lain, aku baca la page ni. Baru aku tahu camne diorang belajar, Keadaan universiti tu, tips-tips belajar dan lain-lain. Ambil yang baik-baik je OK?

Baca komen setiap confession pun best. Kadang-kala terasa komen tu lagi bagus dari confession tu sendiri. Boleh belajar perkataan baru. Tak percaya. buka la sendiri.

Personally, page confession yang terbaik dan yang ada admin sporting dan pandai bagi nasihat adalah INTEC confession. Pandai betei admin-admin tu bagi nasihat. Macam dah banyak je pengalaman serta asam garam kehidupan. Kadang-kadang kelakar jugak diorang trolling balik tukang confess tu. Padan muka lols.

Confession Page: Menurut Pandangan Aku (Yang buruk)

Semua benda positif pasti ada negatif. yedak? Bagi aku, Confession ni macam tiru perbuatan sesebuah agama. Aku tak nak nyatakan apa dan siapa dia agama tu, tapi korang boleh teka sendiri, yedak? Dari segi makna, Confession menurut kamus online Merriam-Webster:


1. a written or oral acknowledgment of guilt by a party accused of an offense.


Itu secara umum, bagi yang open minded. Perkataan confession ni sering dikaitkan dengan Agama X. Jadi, dalam kamus online Merriam Webster ni, Confession dari segi agama adalah:


1. a formal statement of religious beliefs

2. a session for the confessing of sins

Nampak tak permainan dia? Ada bau-bau tak agama tu? Agak-agak boleh jatuh murtad ke?

Kadang-kadang, confession diorang nampak tak matang dan mengarut. Ada agama tapi buat macam takde. Yang komen pun satu. Kadang-kadang kata cacian maki hamun semua keluar. Dari atas sampai la ke bawah semua dipertaruhkan. Hoi hoi hoi. Malu la wei. Dah bergelar mahasiswa kat sesebuah universiti, komen la cara mahasiswa. Malu la wei. Bukan budak universiti korang je tengok dan baca page tu. Budak universiti lain pun tengok tau?

Perbuatan bashing/maki lecturer dan student-student lain memang banyak. Sebab admin diorang malas nak tapis mungkin? Mungkin saja nak tengok budak-budak universiti diorang bergaduh sesama sendiri. Mungkin? Dan mungkin juga ini agenda iluminati, yang nak tengok mahasiswa bergaduh sesama sendiri. Dajal tepuk tangan haha..

Gejala LGBT pun ada. Confession bau-bau gay serta lesbo laknat banyak gila. Geli sial. Tak sangka banyak juga gay dalam kalangan student universiti ea? Boleh siap promo lagi. haram betei. Geli tahu tak, geli?  

Secara keseluruhan, Page confession ni menjadikan korang pengecut. Hati tikus serta ada bau-bau pepatah baling batu sembunyi tangan. kalau suka awek/lelaki tu, pi je la tanya single ke double. Kalau tak suka seseorang oleh sebab sesuatu alasan, pergi la tegur sendiri dan F2F. Tegur secara elok dan berilmiah okey. Jangan main serbuk je woi. Ada yang bertumbuk silat nanti. 

p/s: Uitm dah ada page confession. Tak caye pergi la search. Tapi berapa kerat je yang like. Macam hambar serta tak femes. Aku harap sapa yang buat page tu mati kena langgar nanti. Tak perlu buat page macam tu okey? Kita orang yang beragama boleh je ber-konfess dengan allah.

p/s2: selama aku like page ni, aku tak pernah hantar confession okeyys...

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

9 comments:

  1. apsal aku tak tau pasal kewujudan page2 sebegini? huhu.. gila katak bawa tempurung lah haiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relax... gua pun baru tau 3-4 minggu yg lepas... gua perhati je status diorang

      Delete
  2. ohh ada juga page sebegini ke? baru tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x silap, diorang tiru budaya2 budak2 universti kat luor negara...ada confession page gituwww

      Delete
  3. Page macam ni bagi peluang orang bagitahu yang dia perlukan sense of belonging.Tapi sebagai anonynomous,it just end up with ridiculously confusion comments.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dan kadang-kadang, cerita diorang pun x masuk akal

      Delete
  4. aku pon ni first time dengar confession ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, ada banyak lagi kalau nak tahu.. tu tak termasuk lagi kolej swasta, IKBN,ILP, etc etc..

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...