!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

31.12.13

Perihal Kolej Perindu 2013

Sebelum gua cuti khas disebabkan penyakit gua yang melarat, gua sempat lah bermastautin di Kolej Perindu Uitm Shah Alam. Besar! memang besar kolej. Tandas dia besar. DM dia pun besar. Duit belanja pun besar!

Masa daftar pihak pengurusan bagi bilik secara random. Boleh je minta 1 bilik dengan sahabat handai. Kena pandai kawtim Tapi gua ambil alternatif, dan kerana sifat "malas nak tunggu Melayu" gua yang berkobar-kobar, gua gamble daftar masuk secara random. Sahabat handai gua yang lain lambat sampai. Gua yang sampai dulu berpeluh tunggu kat bawah khemah.

Kat kolej Perindu ni bilik dia besar! 1 bilik muat 8 orang. Kalau 8 orang ahli bilik tu semua ahli kariah surau, maka korang bernasib baik dapat bangun subuh pagi-pagi. Subuh Gerenti tak miss. kalau semua ahli 8 bilik engkau menyetan, dengan engkau-engkau sekali lah setan jadinya. Nasib aku tahun 2013 ini macam celake sikit. Dapat budak bilik yang perangai setan havoc, tapi mesra. Subuh pun mereka jaga walaupun setan mereka tu kadang-kadang muncul lepas solat subuh. Semua dari Dungun, budak bisnes stadi. 

Gua seorang je budak dari FSG. 
Dan gua seorang je dari Uitm Perlis dalam bilik tu. 

Dalam post ni, takde melibatkan kemalangan jiwa seperti mati dalam locker okey.

****

Kat sini, gua bukan nak membebel pasal budak bilik gua. Yang tu bab lain nanti gua cerita perihal budak-budak bilik gua dalam satu segmen khas. Kali ni gua nak cerita pasal Kolej Perindu. Gua bukan nak cerita pasal hantu yang bermastautin selama berabad di situ. Engkau orang rajin pergi la google cari kat blog budak-budak lain. Mereka golongan Lagha suka benda-benda tak berfaedah ni. Aku bukan macam tu. 

Oh ya, gua memang nak cerita pasal Kolej Perindu. Tapi bukan pasal infrastruktur serta fasiliti moden yang telah sedia ada. Engkau orang boleh google sendiri di web rasmi mereka. Kejadah apa gua nak cerita pasal fasiliti moden tu, gua duduk pun tak sampai 1 semester. Yang kerap gua guna jamban no 3 dan 4 kat aras 4 tu. Sebab yang tu je ada lock. Yang lain jahanam. Takde lock langsung. Tak secure bila melabur.

 Balik pada cerita asal. Gua nak cerita perihal mesin water filter atau dalam Bahasa Melayu, mesin penapisan air.

Kolej Perindu pakai water filter jenama Delcol.
Gua memang anti sejak azali lagi dengan jenama delcol ni acap kali mendengarnya. Engkau orang tahu tak Delcol water filter ni pembawa malang kepada tekak?

Gua memang ada pengalaman dengan mesin delcol ni. Sewaktu di asrama, delcol merupakan pembekal utama air dikala waktu dahaga. Oleh kerana gua memang kuat jogging masa tu, gua sering ketirisan air. Dahaga baq hang. Memang saban hari, gua telan air tapisan delcol ni untuk memenuhi nafsu haus gua. 

Lama kelamaan, gua rasa sakit tekak. Setelah 1 bulan telan air tapisan delcol ini, gua mula rasa tekak gua macam kena geletek. 

Setan! 

Tuhan je tahu macam mana perit dia gatal tekak. Rasa macam nak toreh dengan pisau rembo. Kau bayangkan. Nak pergi kelas, gua tapau air ni dalam botol mineral. Time rehat gua isi semula. Balik pun gua isi balik dalam botol mineral untuk santapan abang dorm gua yang pemalas. Time lepas jogging gua minum juga. Memang melampau la kan?

Akhirnya gua batuk berdekah-dekah, macam orang tua. Sakit bukan kepalang gua batuk serupa batuk TB. Kahak gua berdarah. Gua terpaksa jumpa doktor, mintak ubat sakit tekak. Strepsil pun gua telan juga. Tu pun tak jalan. Doktor nasihatkan gua jangan banyak minum air tapisan Delcol tu. Sebab apa?

Sebab apa?!!

Sebab Mesin tapis air Delcol tu filter dia dah berabad tak servis. Paling malas pun diorang bersih ala kadar. Filter lama yang dah digunakan tak mahu ganti baru. Lepas cuci-cuci terus pasang balik. Gua cabar lu orang la, pagi-pagi buta hari hujung minggu, dari engkau orang duduk melepak main dota, lebih baik pergi check, bukak delcol water filter tu ada amende. Silap haribulan, ada cacing kecik dalam tu tengah menggelupor malu tengok korang. ceit!

Di sini, gua merasakan bahawa pihak pengurusan kolej Uitm seharusnya menamatkan kontrak delcol ni dan digantikan dengan water filter yang baru. Jadi, disini, gua cadangkan pakai sistem tapisan RO water. 

Bak kata lain, mesin yang mintak 20 sen untuk 1 liter penuh. Yang ni lagi bagus dari free delcol yang entah pape ntah tu. buat stok maki bergenerasi je. Kalau bebal tak faham lagi, gua ambil persamaan sebagai contoh, macam mesin air di stadium uitm tu. Dekat dengan trek padang (gua pun bebal-bebal lupa tak ingat nama tempat stadium tu). Mesin macam itu lah yang kami nak! Bukan sebujur kotak delcol yang punyai 2 pili biru dan merah, tetapi dalam perutnya penuh dengan cacing.

Kami, sebagai student memang tak banyak duit. 

Ya benar. Tapi duit syiling memang nokorom banyak. Tak tahu nak buat apa. Balik bilik, kadang-kadang, budak-budak bilik gua main campak je duit syiling tu. Buat berat kocek katanya. Gua sorang je terhegeh-hegeh jadi pencacai syiling ngutip duit syiling. Gua ingat pesan mak. Mak gua selalu pesan;

"Jangan sepah duit syiling! Duit syiling tu la yang tolong kamu nanti!"

Ya benar! memang banyak menolong. Duit yang mereka sepah-sepahkan tu gua kumpul buat lepas beli jajan kat koperasi. 

Jadi. Jikalau AJK/JPK kolej Perindu dan kolej-kolej lain (tidak kira anda dari tahun 2013 mahupun tahun 2034) yang sudi terbaca blog patik yang pacal lagi hina ni, mulakan tanggungjawab anda sebagai AJK/JPK kolej. Ambil tulisan ini sebagai wadah perjuangan engkau orang. Perjuangkan hak kami! Takkan nak goyang kaki je? kata jaga kebajikan? ke engkau orang mohon jadi AJK sebab nak dapat tempat je? ke macam mana?

Gua rasa gua dah bagi cadangan ni masa hari perjumpaan kolej perindu. Siap menjerit lagi sebab masa tu brader sound sistem tak bawak mic lebih untuk para hadirin melontarkan idea bernas. Tapi entahlah. Mungkin cadangan tu tak sampai ke pihak atasan, mungkin sebab atas sangat tu yang tak sampai.

Janji tinggal janji.
Janji jadi debu. 
Berdebu!

Jadi, di sini, gua nak masukkan sikit keyword Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang power lagi retro rambutnya, VC Uitm Se-malaya. Mana tahu, beliau bosan-bosan kat pejabat, lantas dapat idea nak cari keyword nama dia, maka terjumpalah blog pacal ini dengan kuasa-Nya. Inshaa allah dipermudahkan. Wahai Dato! Sila lupuskan Water filter Delcol dan gantikan dengan water filter yang lebih bermanfaat!

Sekian.

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

No comments:

Post a Comment

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...