!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

15.2.14

Benda Wajib ada Di Kedai Mamak

Zaman remaja sekarang, banyak perkara yang dihabiskan pada waktu malam dengan melepak kat kedai mamak. Gua tak tahu tangkal apa yang mereka pakai, tapi memang 24 jam mesti ada 2-3 orang kutu lepak. 

Jadilah.

Zaman sekarang, nak lepak kedai Melayu kadang-kadang bosan. Sebab menu yang mereka ada semuanya sama dengan setiap kedai. Jadi gua cadangkan orang Melayu yang nak bukak restoran nanti, buatlah menu french fries. sambil-sambil tengok bola atau tengok awek-awek lepak, boleh menikmati french fries yang ranggup sambil cicah sambal belacan. (kedai melayu mana ada sos cili atas meja. mereka tradisionalist.)

Sebelum kamu semua mula baca, mari tengok sistem hieraki kedai mamak.

Melalui pemerhatian saitifik setelah banyak kali lepak kat Kedai Mamak X

Boss mamak tu satu. Jarang-jarang nampak. Sibuk dengan bisnes lain kot. 


Anne Jaga kaunter biasa sorang. Orang dia mesti sama. Sebabnya, dia orang yang paling kuat ingatan. Semua harga menu dia ingat. Takde lah terkial-kial tengok balik buku menu.

Anne ambil order ni ramai. Kerja mereka jadi pak pacak. Bila mana kastemer datang, mereka jemput duduk dan ambil order.

Tukang masak. Mamak memerlukan ramai tukang masak. Mudah, Cepat, dan tenang. Tak lah kelam kabut nak cari nasi, belacan, bawang tu semua.

Kuli. Cuci tandas, pinggan mangkuk, lap meja dan lantai serta kerja lain yang tak munasabah.

1. Wai-Fai (WI-FI)

Zaman sekarang semua berteknologi canggih. Kedai mamak juga tak ketinggalan. Jadi, untuk menarik perhatian remaja-remaja gojes yang memiliki phone changgih berteknologi terkini ni, Wai-fai dipasang sebagai pengumpan.

Marketing kedai mamak, password letak nama kedai. Nanti bila kau selak bahagian password kat phone, Konon-konon nak delete la pasword, lalu ternampak nama dia. Teringat kat mamak tu. Lepastu terliur.

Ada sekali tu, gua lepak kedai mamak Kashmir. password dia Kashmirnasiberiyanidaging767. 

Password dia macam gampang. Gigih aku menulis.

2. 24 jam sehari.

Mamak mana kenal erti penat. Mamak gigih cari rezeki. baru maju. Tak kisahlah pelanggan sorang dua. Nanti-nanti ramai lah..

3. Mamak cakap Laju

Tiap-tiap kedai mamak yang gua lepak, mesti ada spesis rare yang cakap laju. Boleh lawan pakcik storage wars, Dan Dotson. Mostly, kebanyakkan kedai mamak yang gua lepak, diorang akan mulakan mukadimah mereka.

"Mau minum apa?"

Belum sempat gua nak cakap Milo Tabur kaw-kaw, dia dah potong line. 

"Air Milo, Air teh, nescafe, teh tarik, sirap bandung, yada yada yada yada"- laju cakap dia macam 10x speed guna DVD player.

Jangan bahan dia. Nanti dia ludah air liur dalam milo kamu. Padan muka.

4. Mamak yang kuat ingatan

Bilamana kamu dah lama lepak kat restoran mamak, secara automatiknya, mereka akan ingat nama kamu. Dari sini dah boleh jadi best friend dah.

Kau tambah networking, mamak tambah untung.

5. TV-LCD + Panggung Gergasi

Kalau kau nak tengok pasukan kesayangan kau kena bahan kaw-kaw, marilah ke kedai mamak. Skrin gergasi maa... Sini Ultras-ultras kelab banyak lepak. Pesan air Milo segelas, lepas tu jangan habiskan awal-awal. Kalau habis awal, anne kedai mamak tu datang tanya, 

"adik, mau pesan air lagi ka?"

Masa tu, gua komferm kamu mesti pesan lagi satu gelas. Nak cover malu. Minum slow-slow. Kalau boleh, 90 minit terakhir perlawanan, air milo biar tinggal setengah gelas.

Mamak mana berbulu tengok kau orang semua lepak tak pesan makan. Diorang tahu ni semua marketing nak tarik pelanggan.

6. Rokok bayar dulu

Ingat kawan-kawan sekalian, rokok bayar dulu tu penting. Tak kira lah sekotak rokok, ataupun rokok nan sebatang (jual dalam balang besi). Yang lain nak bayar lewat boleh. Mamak memang suka tengok bangsa Melayu menjahanamkan paru-paru.

7. Bau badan mamak

Kau boleh fikir sendiri bau dia macam mana.



Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

5 comments:

  1. apa kata kalau kau buat review kedai mamak, boleh jugak share mana2 port mamak yang ngam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak idea tu. nanti-nanti saya akan bawa kan idea ni..

      Delete
  2. Betulla tu haha, itulah yang ada pada ciri-ciri kedai mamak..hahahah, tepi kenapa kedai mamak mesti popular ramai orang datang berbanding kedai makanan melayu yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamak tu pakai manderem... haha..
      semua tu marketing... dari susunan meja sampai la ke tandas. nanti-nanti gua buat artikel yang lebih detail... lols

      Delete
  3. Yang membuatkan pengusaha kedai mamak naik angin apabila tibanya musim bola. Mana tidaknya hanya pesan air tapi tak pesan makanan

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...