Sekali sekala gua tengok juga keyword yang bermain dalam dada google. Ternyata gua lihat ramai yang google pasal UiTM. Tak sia-sia gua buat blog yang ber'niche'kan University life.
Dan benda yang paling banyak keyword adalah Bilik Kolej Perindu 2014. Fuh. memang banyak juga yang nak tahu macam mana keadaan bilik perindu tu.
Cenggini lah.
Bilik Kolej Perindu tu besar.
Satu bilik memuatkan 8 orang Lelaki. Sebab ni kolej lelaki. Memang setiap intake uitm, pasti ada sorang atau dua nyah yang masuk join dengan engkau orang. Ini memang pakej sebab setiap uitm ada juga mengeluarkan graduan berjantina 2 alam.
Apa yang ada dalam Bilik Kolej Perindu?
Gua tak sempat nak tangkap gambar. Tapi gua harap kau semua boleh bayangkan apa yang gua gambarkan dalam bentuk ayat.
1.Katil double decker. Katil dia kecil je. Sebab gua banyak kali jatuh sebelah kiri.
2.Locker besi. Saiz locker sederhana. Setiap locker ada 2 laci. Setiap locker ada 1 cermin kat dalam
3.Penyidai tuala/sejadah. Kongsi.
4. Ada cermin besar panjang. Bentuk dia macam ads gua yang terapung kat tepi kanan ni. Rajin- rajin la klik sekali :D
5.Meja + kerusi belajar sorang satu. Besar. Ada Laci setiap meja.
6.Rak buku. Kongsi 8 orang.
7.Tempat letak kasut. Kat luar. Tapi tak ramai letak kasut kat luar. Takut hilang.
8.Suiz memang banyak. Tapi mohon bawak extension. Memang tak cukup.
9.Penyapu dan mop beli sendiri.
10. Kipas ada 2 biji.
11.Lantai bukan simen tapi marble.
12. Lif takde. Kolej Mawar je ada lif.
Tu je yang boleh gua nyatakan setakat ni. Nanti-nanti gua post gambar pulak okey
Ramai je yang google pasal Clearance Uitm. Tapi dalam blog gua cuma ada clearance untuk Uitm Perlis je. Uitm lain gua tak amek tahu.
Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.
URL: HTML link code: BB (forum) link code:
No comments:
Post a Comment
Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.