!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

28.2.14

Beza Filem Melayu Dan Filem Cina

Artikel ni mungkin berkaitan dengan siri beza anak melayu dan anak cina.

aku tak tahu nak letak gambar apa.

Filem Melayu
  • Rempit
  • Mat Kereta
  • Bohsia/Pelacuran
  • Hantu
  • Lawak Bodoh
  • Gangster

Filem Cina
  • Seni mempertahankan diri
  • Sejarah bangsa 
  • Adat-adat kaum
  • Semangat kekitaan/patriotik
  • Kekeluargaan
  • Konflik Famili (antara Anak-ayah/ Anak-Emak)


Kalau Arwah P. Ramlee masih hidup, beliau pasti menangis jika melihat filem-filem melayu yang macam sampah ni berlambak lambak kat wujud kat malaysia.

Pengarah Filem Melayu ni ikut musim kalau nak buat filem. Sepertimana budak-budak darjah satu yang sibuk dengan musim kereta Tamiya, Pengarah filem Melayu juga tak ketinggalan dengan kesibukkan membuat filem berdasarkan musim.


Sebagai contoh, musim rempit.

Macam-macam cerita genre rempit keluar. Balik-balik lumba motor rebut awek. Lepas tu cerita pasal maruah la, semangat kawan motor la, semangat geng la, ubi jaga la. Amende semua sampah ni?

Lagi satu lawak bodoh mat rempit semua macam gampang. Tak lawak dan hambar. Lawak dia macam Jiran aku yang muka dia serius 24 jam cuba buat lawak dan paksa aku ketawa.

Contoh lain, Cuba kau lihat musim hantu,

Mereka pun sibuk nak buat cerita pasal hantu. Kacau betul. Dalam press conference ngan media Mereka boleh kata "Walaupun genre filem kami sama, tapi kami mengetengahkan mesej kepada penonton. Ini adalah hasil kerja lain dari yang lain. bla bla bla..."

Kepala hotak kau lain dari yang lain. Kalau kau cedok genre yang sama je. Jalan cerita pun balik-balik benda yang sama dengan pelakon yang sama memang takde la orang nak tengok.

Hantu dalam cerita tu bukan seram mana. Keseraman cerita hantu akan hilang disebabkan dah banyak sangat filem-filem genre hantu. Babak-babak suspen semua dah boleh teka macam teka kacang.

***

Pelakon kat Malaysia ni aku rasa boleh dibilang dengan jari agaknya. Sebab bila mana aku lihat iklan yang mempromosikan sesuatu filem, tak kira lah dalam kaca tv ataupun surat khabar berbungkus nasi lemak, muka artis tu je yang keluar dalam filem.

"ah biar lah rezeki dia". Eh memang lah rezeki dia. Tapi tak bosan ke setiap kali kau buat filem baru, muka dia je memanjang keluar?

Bila mana pelakon yang melakonkan watak tu asyik muka yang sama je keluar, maka berlaku lah teori Swap Mixing Story. Kau tahu macam mana celakanya perkara Swap Mixing Story ini terjadi?

Teori ni mudah. 
Si Shaheizey Sam yang melakonkan watak Adnan sempit dan Jangan Pandang Belakang Congkak. Kau pun tahu filem yang dibintangi oleh mamat ni banyak dan bersepah-sepah kat luar sana.

Jadi Swap Mixing Story ni berlaku bila kau nak flashback balik filem ini untuk bercerita kat kawan-kawan.

Kau nak cerita pasal satu scene dalam Adnan Sempit tapi kau termasuk cerita kat kawan kawan pasal salah satu scene Jangan Pandang Belakang Congkak. Padahal 2 filem tu berlainan genre. Tapi disebabkan pelakon yang sama, benda ni terjadi. Kat aku pulak tu. 

fak la.

Cukup-cukup lah nak ikut trend. Bila lagi nak berfikir luar dari kotak? Tengok macam KRU. Mungkin mereka kurang keluarkan filem, tapi mereka banyak mencuba idea yang lain dari yang lain. Ramai yang mengutuk, tapi aku nampak lama-kelamaan mereka menyokong idea KRU ni. Nak buat macam mana. Mentaliti Malaysian

 Cuma aku tak pasti,

Si Saiful Apek ni kelakar sangat ke jadi cicak man? Aku tak faham kenapa saiful apek? Kenapaaaa??!!

Kesimpulan

Benda yang menjahanamkan industri filem tempatan:

-Genre cerita yang sama.
-Pelakon yang sama

Kalau ada 2 benda ni, kau orang semua boleh rileks-rileks. Tunggu seminggu dua, tunggu depan laptop nanti-nanti keluar lah link download. Tak payah mengade-ngade nak pergi cinema. Membazir.

Kalau kau malas download, kau boleh tunggu Raya Aidilfitri nanti. Keluar lah kat TV kau tengok ramai-ramai depan TV.

Bila lah pengarah filem nak buat filem stail The Journey? Dalam cerita tu hanya banyak memaparkan kisah kekeluargaan yang konflik sikit. Dalam cerita The journey ni jugak, aku tak nampak benda yang jahil lagi jijik seperti merempit, pelacuran, bohsia, gangsterism dan lain lain.

Yang aku nampak semangat kekeluargaan, cara dan budaya hidup masyarakat Cina. 

Pengarah Filem Melayu mana nak buat cerita macam ni. tak laku katanya.
Orang Melayu kita mana lah nak tengok sangat cerita macam ni. Boring katanya. 

Baik dia hasilkan filem rempit ,racing kereta dan hantu
Baik dia tengok cerita merempit, racing kereta dan hantu. 

Gabung 3 elemen ni, dah boleh jahanam mindset orang Melayu.

Aku ternanti-nanti sampai bila industri perfileman di Malaysia ni bebas dari membuat filem yang memaparkan orang Melayu melakonkan watak:

Jadi pelacur
Jadi Rempit
Jadi bohsia
Jadi pondan

dan

Jadi setan

p.s: Lepas ni ahmad idham boleh dah tweet "kalau rasa diri tu bagus buat filem, pergi lah buat filem sendiri!"

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

5 comments:

  1. genre macam the journey ni banyak kat drama tv je. nak bikin jadi filem, tak berani. tak ikut kehendak pasaran katanya. pasaran my ass...

    ReplyDelete
  2. Emm sebab tu saya lebih suka tengok citer kartoon..macam boboi ke..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa.. boboboi! dengar cerita ada game dia.. hehe tengah tunggu

      Delete
  3. sbb tu mls nk tgk cite melayu.
    balik2 ulang genre sama. phuii ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia spin sikit je cerita tu.. jadi lain sikit padahal genre sama je.

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...