!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

28.2.14

Kenduri Orang Melayu: The Untold Story

berkerut muka aku

Hari ni pukul 9.15 pm lepas solat isya, jiran saya ada membuat kenduri sempena anaknya menikah pada malam hari ni. Majlis nikah dibuat pada hari jumaat sebab hari jumaat Negeri Johor cuti. Hari sabtu pula nak buat kenduri kahwin bersanding. Memang satu kepastian orang Melayu buat majlis akad nikah pada waktu malam dan esok pulak majlis sanding.

Aku rasa Majlis akad nikah cuma berlangsung 15-20 minit saja. Lepas tu boleh setel dah pengantin lelaki bawak  masuk pengantin perempuan ke dalam bilik. 


Tapi kalau ikut adat protokol orang Melayu ni, benda wajib yang perlu ada adalah marhaban/berzanji secara berjemaah, bacaan yassin (sesetengah tempat) dan juga set karaoke untuk nyanyi. Lepas tu baru boleh masuk bilik. Kesian pengantin lelaki tu. hnss...hnss...

Aku tak puas hati sangat dengan benda ke-3 iaitu set karaoke untuk nyanyi-nyanyi. Just what the heck, in the middle of night, people singing like a drunkard? Adakah mengadakan karaoke di tengah malam merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan demi kemaslahatan masyarakat sejagat?

Tambah annoying lagi, bila yang nyanyi tu budak-budak sekolah rendah. Konon-konon budak-budak kecik yang nyanyi ni dapat memeriahkan suasana dan telatah mereka comel. Stress aku dengar budak-budak sekolah rendah ni  nyanyi. Tu nak tarik lagu tapi tak sampai. Mula lah mencungap. Lepas tu Terlepas lirik cepat-cepat nak kaver balik dengan suara garau. Dik, baik pergi siapkan kerja sekolah matematik. Tak payah nak nyanyi tengah malam buta macam ni. 

Aku faham memang mak bapak seronok tengok anak-anak dah besar dan nak kahwin. Tapi aku rasa set karaoke tu tak payah la nak ngada-ngada letak kalau majlis akad nikah tu dibuat waktu malam. Jiran nak tidur la woi.

Set karaoke tu patut letak bila majlis kahwin sanding untuk keesokkan harinya. 

Ni, tak habis lagi orang nyanyi depan rumah aku pulak tu. Yang nyanyi tu pulak orang tua umur 60-an. Tengah tarik lagu Salem- Airmata kasih tapi tak sampai. Dah boleh dengar dah antara bait-bait lirik lagu tu ada nafas tercungap. 

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

5 comments:

  1. Aku dulu akad nikah biasa jaa... lepas smbhyang jumaat...

    ReplyDelete
  2. Wahhh ok apa wka karaoke tenagh2 malam..paling teruk pun kena kutuk ngn jiran2 je..hahaha

    ReplyDelete
  3. huuhu...ke tersalah planning tu.yer pun nak karaoke esok la..cian kat jiran sebelah nak tidur...

    ReplyDelete
  4. aku terus terbayang video yg ada pakcik tua nyanyi tarek kemain lagu :

    "sejujurnya.... ku tak bisa.."

    siap action dgn tgn2 + kaki + bdn. hahaha

    ReplyDelete
  5. ko gi tegur tak pakcik tu?

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...