!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

18.2.14

Luahan Hati Seorang Brader Posmen

Di ambil dan diolah semula dari komen facebook.

pos malaysia, luahan hati pos malaysia, brader posmen bukan hati tisu

"Sedih bila ada yang suruh tukar Poslaju Malaysia kepada Poslembap..
Saya sebagai kakitangan Posmalaysia bhd. ingin menjemput anda menyertai kami..
Mari la jadi posmen macam saya ni..
Dalam pengalaman saya sebagai posmen, kelewatan berlaku disebabkan kesalahan pengirim itu sendiri.
Contoh..

alamat tidak lengkap..
Nak hantar ke Kuala Lumpur tapi poskod Johor Bharu..
Tak ada nombor rumah hanya nama tempat sahaja..

dan banyak lagi.
Posmen yang ditugaskan untuk hantar barang anda adalah manusia macam kamu juga.
Jangan sedap mulut kata posmen lembab..
Nak rasa peritnya tugas posmen..mari lah rasa.
Luahan hati posmen yang tak pernah di hargai oleh masyarakat sekarang....."

***

Rakyat Malaysia mulut lancang. Nak mengutuk tak bertempat. Kadang-kadang jangan salahkan abang posmen sorang je. Salahkan diri sendiri juga sebab:

Cuai sebab tak isi alamat rumah dengan betul
Cuai sebab tak tahu atau tak isi poskod alamat rumah
Cuai sebab tulisan buruk macam cakar ayam

Sebab tu benda yang dihantar tak sampai-sampai ke rumah. 

Contoh situasi:

Nak beli barang secara online, pastikan tulis alamat rumah dengan betul. Jangan pakai shortform atau bahasa rojak. Nanti supplier/penjual pening nak tulis mende kat kertas pos laju tu. Last-last, bantai je tulis. 

Bagi mereka,
Janji tulis. 
Janji duit masuk poket. 
Janji lepas siap semua, ambil screeshot lepastu upload kat pesbuk dan tulis Tracking Code.

Barang tak sampai, maki penjual.
Penjual bengang, maki Pos Malaysia.
Pos Malaysia nak maki sape?Mailbox?

Last sekali satu Malaysia salahkan abang posmen.

***

Adakah anda pernah bertanya kepada abang posmen?
Dalam 1 hari berapa buah rumah posmen kena singgah?

Cuba bayangkan pengorbanan mereka.

Hargailah pengorbanan posmen kepada anda.
Ucaplah terima kasih..

Fikir-Fikirlah kawan...




Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

6 comments:

  1. ada tengok siaran tv pasal posmen di cameron highland, antaran cabarannya masuk kawasan rumah orang asli berbukit dan banyak anjing peliharaan, banyak risiko kerja posmen ni. berapa ramai yang berterima kasih pada posmen bila dapat surat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. risiko kerja posmen ni sebenarnya. tu belum lagi masuk bab2 kawasan pedalaman. ikut jalan sunyi, silap haribulan kena rompak jawabnya

      Delete
  2. hermm kesian posmen.. dorang yg ckp main lepas tu tak penah langsung pikir.
    pada hal kalo posmen perform cemerlang, takde pulak nak puji melambung.
    yg nampak semue yg part kekurangan je.. haissshh ~

    ReplyDelete
  3. Saya faham dengan situasi yang berlaku pada posmen. Banyak pengorbanan mereka demi menghantar sekeping surat.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 pengorbanan mereka tak dipedulikan oleh masyarakat stempat.

      Delete
  4. betul2..tak boleh salahkan posmen je.
    sebab cuaca pun kena fkr jugak.
    kalo banjir camne posmen nak hntr kan.

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...