!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

19.2.14

UEFA 2014 dan Kedai Mamak

Gol machine pagi tadi.

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan antara Manchester City dan Barcelona. Keputusan menunjukkan yang Barcelona berjaya menumpaskan Manchester city di laman sendiri dengan pungutan mata 2-0

Apa yang gua tengok, perlawanan tersebut memang sengit. Awal game, Man city dah digasak oleh barcelona yang berkefahaman tiki-taka. Gua tengok budak Man City terkejar-kejar bola dengan gigih manakala budak Barca ni main bola macam sambil lewa je dengan tiki-taka.


Gua nampak yang tiki-taka ni memang berkesan bila berlawan dengan tema EPL. Man city Susah nak dapat balik bola dek kerana passing bola yang dilakukan oleh Barca pendek dan tangkas.

Ketiadaan Aguero menyebabkan Man City terpaksa bermain bertahan macam kubu istana Takeshi. Nak harap David Silva dan Negredo? Mereka pun susah sangat nak dapat bola.

 Minit ke-54 menyaksikan Demichelis dilayang kad merah kerana mengasari abang Messi di depan gol Man City. Oleh itu, abang reff bagi sepakan penalti.

Gua faham persaaan Demichelis. Beliau terpaksa tackle setan tu sebab laju sangat. Main macam setan. tahu-tahu je dah ada depan gol. setan betul. Itu lah messi. Skill menggelecek yang padu meskipun terdapat 2-3 orang defend jaga kat depan.

Minit ke 90+4 abang Dani Alves menjaringkan gol beliau. Cantik jaringan beliau. Bola yang ditendang masuk di celah kangkang Hart. Gol 20 sen. Lols. Gua rasa si Hart mesti tengah senak sekarang ni. haha.

***

Macam biasa, kedai mamak jadi tumpuan. Kat tempat gua, kedai mamak tutup pukul 5.00 pagi. Tapi disebabkan ramai sangat tengok bola kat kedai mamak tu, maka bos mamak terpaksa la tutup kedai bila perlawanan bola dah habis.

Gua tengok mamak-mamak yang kerja kat kedai tu macam berbulu je. Mungkin disebabkan mereka lari dari jadual. Mana tak berbulu, order air milo panas segelas, minum sikit-sikit sampai la habis game. Masa minit ke 85, mamak mamak tu dah pakat dengan geng-geng dia buat acah-acah nak simpan meja. Muka mencebik je macam tak puas hati. Haree betul.

Tandanya, nak tutup kedai la tu. Tapi disebabkan ramai kaki bola lepak kat situ, mungkin mereka membatalkan niat ingin menutup kedai lebih awal. Karang tak pasal-pasal kedai mamak kena bakar. 

Nasib la kau. Yang penting gua dan rakan rakan dapat tengok bersama sambil bersembang macam-macam perkara yang tak munasabah. HA HA HA

What a long and lousy night we have.

P/s Gua bukan peminat Barcelona dan Manchester city, tapi gua berharap sangat yang Barcelona ni bungkus awal-awal. Main bola macam setan sangat. Laju woo...


Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

No comments:

Post a Comment

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...