!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

2.2.14

Mampu Ke Mengembara?

dua tiga hari ni gua tak buat apa-apa kat umah. bangun tidur, lepak tengok tv. 

petang gua pergi jogging 8 kali pusingan trek. Masa gua pusing trek lari untuk pusingan ke-3, gua berhenti sekejap dan berjalan dengan biasa. TIba-tiba, seorang pakcik yang agak senior, juga berjogging di situ, sempat menganjing gua.


"Apa ni dik, baru 3 kali round dah pancit. Tengok pakcik, umur pakcik dah 47 tahun, tapi pakcik dah buat 8 kali round steaddy jekk. Lepas ni pakcik nak buat 8 kali round lagi"

Jilaker punya pakcik. Sempat dia troll gua.

Malam sambung tengok tv. And its keep repeating.

Mak gua tak bagi gua kerja. Sedih betul. Disebabkan illness yang gua hadapi, gua terpaksa terperuk dalam rumah. Peh lu orang bayangkan betapa boring gila duduk rumah. Gua rasa macam nak terjun bangunan je (ni metapora).

Sejak dua tiga hari ni jugalah gua selalu blogwalking. Kebanyakan gua random blogwalk je. Dan gua sempat singgah dan komen jika blog tu ada topik menarik. Tambah lagi menarik, gua follow blog tu. Sebab gua tahu blog dia padu, sebab tu gua follow.

Kalau blog kau ada auto music box, gua tak follow. Dan gua akan pangkah awal-awal. Sebab letak musik kat blog tu agenda iluminati.

Dua tiga hari ni jugaklah gua blogwalk banyak blog yang berkaitan dengan travelling. Kebanyakan blog genre travelling ni adalah dari kalangan blogger-blogger yang dok belajar kat obesi (oversea), blogger-bloggr yang kerja kat obesi (oversea), blogger-blogger yang kaya gile dan suka melancong kat obesi (oversea) dan blogger-blogger yang menumpang kekayaan mak bapak untuk melancong ke obesi (oversea).

Jilaker memang gua jeles tengok diorang pergi melawat ke tempat tempat menarik. Gua pulak sekadar melukut di tepi gantang. Disebabkan gua frust, gua telah menulis sebuah cerpen dengan gaya lenggok bahasa skema.
kalau gua nak melancong, gua nak berselfie skit.

Kebanyakkan dari mereka melancong ke tempat-tempat yang best macam Eropah, Maldives, Afrika, Sepanyol, Carribean dan Hulu Langat. Yang rare sekali pergi melancong kat Amerika Latin, pergi kat Machu Piccu. Lu orang tengok tu. Gua pulak sekadar melancong kat Legoland DT. Daerah yang gua diami ni banyak sangat beruk. Beruk yang suka berkepit berkapel. Lepas isya ramai la berkumpul kat taman rekreasi.

Gua terfikir, lepas gua habis belajar, kemana arah tuju gua? Sudah tentu kerja, tapi dapat ke gua pergi mengembara dan melancong macam depa semua ni? Dengan hutang PTPTN lagi, dengan kos sara hidup yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Gua terfikir juga, bila gua akan berkahwin doe? Duit gua yang ada sekarang semua gua dah habiskan buat rawatan yang macam tak berbaloi tuh. choii

Gua ingat nak kumpul wang. Dan gua akan capai target gua untuk melancong ke luar negara. Gua harap dengan permulaan tahun 2014 ni (walaupun dah masuk bulan 2), rezeki melimpah ruah ke dalam ladang gandum. Hoho...




Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

No comments:

Post a Comment

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...