!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

22.2.14

Tabiat Menghidu Buku

Post Ini adalah sebahagian dari label My lovely Coursemate.

Gua design sendiri banner ni. Potosop jewww

Gua ada sorang member. Nama dia Ayies (bukan nama sebenar). Dia ni suka buku. Tiap-tiap bulan pasti beli buku. Gelaran ulat buku tak sesuai diberi kepada dia sebab macam gua, dia tak minat sangat novel-novel yang mempunyai ketebalan kamus dewan. Jadah haram nak baca semua sampah itu, katanya.

Beliau lebih suka buku yang berunsurkan motivasi, fakta-fakta, buku indie, buku lawak dan komik. Buku ilmiah untuk rujukan belajar kurang digemari. Beliau membeli buku itu hanya untuk mencukupkan syarat sahaja.

Antara buku kegemaran beliau adalah majalah PC. Meskipun nak install MS office pun panggil gua untuk setelkan masalah pass-key, tapi beliau adalah juga mempunyai pengetahuan sikit-sikit pasal PC ni. Contohnya Alienware. Kalau boleh, tiap-tiap bulan, lepas beli Majalah PC, beliau pasti menceritakan angan-angan beliau untuk membeli Alienware. Hebat kan Fantasi beliau?

"Lepas habis finale exam aku ingat aku nak beli alienware lah wehh. Aku nak kerja dulu. Dah dapat gaji barulah beli laptop alienware."

Ayat macam ni beliau ulang setiap bulan, setiap semester. Dan bila balik je dari cuti semester, bila "gua tanya mana alienware kau?"

 beliau hanya menunjukkan Tupperware sahaja. Untuk tadah gula pasir katanya.

Jilaker

Ayies ni ada tabiat buruk. Bila mana selesai membeli sesebuah buku, beliau akan menghidu buku tersebut. Beliau memang suka bau bau buku. Terutama sekali bau buku yang baru dibeli. 

Seperti Mat gian, beliau akan membelek-belek buku dahulu. Kemudian beliau akan menghidu kulit buku. Katanya, kulit buku tu adalah mukadimah untuk memulakan sesuatu. Bau kulit buku akan dihidu dan digomol-gomol oleh beliau sepuas-puasnya sambil berkata 

"Wangi nyerrr....wangi nyerr...wanginyer...". Kemudian, beliau akan menghidu san menggomol pula kertas buku sambil mengucapkan ayat yang sama. Kalau kau lihat dari dekat, kau boleh nampak ada sedikit palitan air liur keluar dari mulut beliau. Jijik sial.

Bila mana kau tengok gelagat beliau untuk kali pertama, gua pasti kau orang akan labelkan mereka mat gian yang tengah high.. Gua dah biasa tengok beliau macam tu. Kadang-kadang, gua rasa nak simbah je dengan air kopi bagi bebal dia hilang sikit.

Perkara hidu-menghidu buku sebegini akan berlanjutan untuk 3 hari seterusnya. Jika gua nak pinjam buku beliau, gua akan pastikan 3 helai tisu tersedia di tangan gua. Gua akan lap dulu kulit buku dengan tisu. Takut-takut air liur beliau terpalit kat tangan gua.

Nanti kena wabak hidu buku memang susah. 

Oh ya, si Ayies ni ada cakap dengan gua, bau buku feveret beliau adalah buku-buku lama. Kalau boleh bau dia macam kitab Fekah sekolah agama kepunyaan bapak dia.

Kau orang boleh agak dah high dia macam mana.

hnnssss....hnnnsssssss.....





Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

6 comments:

  1. tudia aih ayies ni. kronik gila tahap amek bau buku tu.
    gua ada sorang kawan ni. dia pulak jenis suka ciom duit.
    tak kira la duit baru ke. duit lama ke. bila tiap kali nk byr,
    dia akan amek bau duit tu dlu.pastu baru dia hulur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peh...ada jugak member camni.. tapi takpa lain kali boleh ceritaa...

      Delete
  2. hahaha.. ni dah tahap kritikal dah ni.. tapi cakap kat dia bahaya buat macam tu.. sbb kita tak tahu bahan kimia apa yg ada dalam dakwat dan dalam kertas tu.. x elok untuk kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camne bang.. lagi satu kami ni kos kimia. yang dia cium bau buku tu pun ada bahan kimia..

      mungkin dia sedang menganalisis agaknya

      Delete
  3. Ohhh bahaya gak ekk tabiat macam ni..memang pelik ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya. dalam dakwat print selalunya ada trace element. walaupun sedikit tapi kalau dah hidu selalu memang sakit la..

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...