!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

22.8.13

Clearance Sebelum Konvo Uitm

Bab ni aku macam malas gila nak buat. Dah la duduk di negeri paling Selatan. Nak pergi ke negeri paling Utara. 845km woi. Duduk dalam bas 12 jam++ menanti, kematu punggung tahu tak? Nasib baik dah biasa naik bas. Sampai termuntah-muntah naik bas tahu tak? tiap-tiap semester naik bas yang sama. No Plat sekali dengan driver die pun bole cam muka. puii.. Aku benci betei dengan driver bas cepat sedia. Muka driver masam je. Lepas tu tanya jawab macam celaka. Memang minta maki berbakul. Tapi nak buat macam mana. Tu je la transport yang ada...

***

Clearance wajib dibuat oleh student UiTM. Sebab nak menandakan korang takde apa-apa hutang dengan pihak Uitm sebelum graduate. Kalau ada hutang, korang tak boleh nak konvo. Erti kata lain korang tak boleh la nak berlagak naik atas pentas ambil sijil diploma/degree korang. 

Borang clearance bole ambil di HEA kampus masing-masing. Tanya la kerani tu kat meja dia. Nanti ambil. Prosedur dia senang je. Kena ambil cop setiap bahagian yang ditetapkan. Perlu di ingat, setiap kampus lain tau. Aku nak cerita pasal clearance Uitm Perlis. Kampus Uitm lain boleh je baca, tapi mungkin tak sama dengan kampus Perlis.

Masa aku clearance senang. Sebab aku buat awal. Selepas keputusan Sem 6 keluar, aku terus buat clearance. Jangan buat sebelum mini-transkrip korang tak lengkap. Nanti nama korang dipotong dan diyakini oleh senat uitm bahawa anda tamat pengajian tanpa sem 6. haa... takut la tu..

Dalam borang Clearance Uitm, ada 7 tempat yang korang kena ambil cop dan tanda tangan. Heh. Tak banyak, tapi memenatkan. Pastikan korang bawa duit lebih. Mana la tau ada saman tertunggak seperti saman buku lewat pulang, saman kolej.. etc..etc...

clearance Uitm Perlis 2013
borang clearance Uitm Perlis

Kat dalam borang clearance Uitm Perlis ada 2 salinan. 1 salinan nanti pihak HEA ambil, 1 salinan lagi korang simpan buat asam perkasam untuk rujukan akan datang. Dalam borang ni, korang diminta untuk meminta cop serta tandatangan pegawai/pensyarah/staff yang bertugas. Ada 7 tempat iaitu:

A. Ketua Pusat Pengajian (KPP) - Di bangunan HEA
B. Asrama (kolej kediaman) - Lelaki: Kompleks Cengal  Perempuan: Kompleks Dahlia
C. Pegawai Ko Kurikulum - Pejabat dia atas HEP tingkat 2 
D. Perpustakaan - Kounter Urusan dalam library tu
E. Makmal/Bengkel Kejuruteraan/Sains Geo- Ikut Fakulti. Kalau program korang takde lab tak payah ngade-ngade nak buat
F. Penolong bendahari- pejabat bendahari tingkat atas sekali
G. Timbalan Rektor HEA- Bole ambil di kaunter HEA

Pastikan korang ambile cop Ketua Pusat Pengajian (KPP) dahulu. Sebab diorang ni selalu sibuk memanjang. Yang lain tu bila-bila boleh buat. Sebab yang lain ada kaunter dia. Ada orang tunggu buat kerja

Aku buat semua natang ni dalam sehari. Sebab masa tu takde orang sangat nak buat. hehe... Like A boss!

p/s: Mitos kad matriks dipatah dua adalah tak benar sama sekali selepas buat clearance. Di ulangi TIDAK BENAR! Kepala bapak la dah belajar 3 tahun lepas tu suka hati ja nak patahkan kad matriks. Woi tu kenangan la woi. Diorang sebenarnya tebuk saja kad matrik korang. Tebuk menandakan korang da setel clearance FTW!

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

4 comments:

  1. salam nak tanye..clearance ni ade tarikh last ke kene buat?
    macam bape ari sblum konvo ke?

    ReplyDelete
  2. Hai sori nk tnye.. ade part tak paham.. part yg ni

    " Selepas keputusan Sem 6 keluar, aku terus buat clearance. Jangan buat sebelum mini-transkrip korang tak lengkap. Nanti nama korang dipotong dan diyakini oleh senat uitm bahawa anda tamat pengajian tanpa sem 6. "

    maksudnya, dah buat clearance semua baru boleh buat mini transkrip ke? tolong, kurang paham laa :(

    ReplyDelete
  3. Salam nk tnye ckit blh x ? Kalo kad matrik hilg mcm mne ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya hea suruh buat report dkt pb. Then, surat y dpt dr polis bantuan tu tunjuk je dkt hea. Tp x pasti kena bayar ke x.. Lupa.

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...