!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

13.2.14

Akhlakhen Si Pesakit Kaya yang Kedekut

Akhlakhen Si Pesakit Kaya yang Kedekut
Mengira wang diwaktu lapang merupakan kerja sambilan TSTA

Tan Sri Tarmidzi Akhlakhen (TSTA) merupakan seorang tokoh koporat yang berjaya lagi kaya raya. Dia merupakan cicit ke-36, generasi yang ke 14 keturunan Akhlakhen yang sangat kaya.

Salasilah keluarganya pun begitu hebat. Ibu bapanya merupakan saudagar minyak gamat yang berjaya. Adik ke-2, telah berjaya membuka rangkaian kedai makanan segera berasaskan huma padi. Manakala, adik ke-3 beliau, merupakan seorang cendikiawan. Beliau telah membuka lebih 5 cawangan universiti. Baru baru ni, salah sebuah cawangan universiti telah dinobatkan sebagai universiti terbaik, setaraf dengan Universiti Chulalongkorn dan Universiti California.

Pendek kata, keturunan Akhlakhen yang membawa nama Akhlakhen pasti akan berjaya tak kira lah dicampak di mana-mana bahagian di dunia yang fana ini.

Walaupun beliau seorang yang kaya, sifat kedekut yang amat sangat tidak dapat dikikis dari generasi ke-12 lagi. Perangai kedekut itu seperti sudah sebati dengan TSTA. Mungkin kerana DNA yang membawa sifat kedekut telah melekat sejak dari generasi ke 12.

TSTA adalah seorang yang kuat bekerja, atau dalam bahasa saintifiknya, workhaholic. Buktinya. dia tidak dapat berhenti dari bekerja, kerana beliau seorang yang amat bercita cita tinggi. Jadi dia tiada masa untuk dirinya. Disebabkan ketiadaan masa untuk dirinya, beliau tak kahwin lagi walaupun umur dah cecah 57 tahun. Virgin beb.

Suatu hari, beliau jatuh sakit. Sakit yang amat sangat. Cerpen ni ikut normal storyline macam dalam cerita drama koporat Melayu. Dalam cerita Melayu, tokoh koporat tu mesti ada sakit jantung, jantung berlubang, ataupun paling hina sakit dia pun pedih hulu hati kan?

TSTA dimasukkan ke Hospital Pakar Sinaran Mentari. Dengar kata, TSTA merupakan share holder terbesar dalam hospital tu.

Setelah menjalani beberapa ujian saringan seperti check darah tinggi, kencing manis, lari dalam gelung dan beberapa siri ujian yang menyeksakan, doktor telah mengesahkan bahawa TSTA menghidap kanker (Kanser). Doktor mencadangkan beliau mengikuti segala pembedahan dan rawatan susulan di hospital tersebut, namun doktor tak gerenti TSTA boleh bernafas lagi ke idak.

"Tan Sri. Tan Sri ada setahun lagi untuk hidup. Hari ni 13 haribulan 2 kan? bermakna lifespan Tan sri sehingga 13 haribulan Febuary tahun depan. Oh ya, birthday saya minggu depan. Jemputlah datang ea..". Sempat jugak doktor tu promote majlis besday beliau.

TSTA tidak keruan. Hati dia tak tenang. Fikiran melayang Muka dia keronyok seribu. Sambil-sambil tu beliau makan pisang goreng yang dijamukan dalam bilik doktor tersebut.

"Doktor, saya nak bertanyakan satu soalan cepu emas. Berilah pendapat yang bernas. Pasal birthday doktor tu nanti saya fikirkan."

"Silakan bertanya. Kalau Tan Sri nak tahu, saya ni single tau  xoxo"

"Oh bukan itu soalan yang saya nak tanya. Walhal, saya tak memerlukan doktor yang ada nasi lemak 50 sen"

Muka doktor cemik.

"Kalau doktor diberi peluang untuk hidup 1 tahun, apa yang doktor akan buat? Jangan cakap, nak buat implan payu dara sebab saya tak minat benda lagha camtu."

Sinis.

"Kalau saya diberi peluang untuk hidup 1 tahun je, saya akan dermakan harta saya ke jalan yang sepatutnya. Belanjakan ke jalan yang bener dan diredhai. Kemudian saya boleh mati dalam keadaan yang tenang " Doktor tu menjawab dengan bersahaja. Muka beliau cemik sekali. Mungkin tak tahan dengan troll TSTA gamaknya.

"Oh Good Idea. Bagus doktor. Nanti saya belanja Cikedeies."

TSTA berfikiran positif. Cadangan doktor perempuan tersebut disambut baik. Baik hartanya dibelanjakan ke arah kebajikan, sesuai dengan slogan sebuah parti yang mengamalkan dasar negara kebajikan. Cuma dalam konteks ini, beliau merupakan seorang tokoh koporat. Bukan pemimpin negara.

Lagipun dia takde anak isteri. Virgin.

Langkah dimulakan. Semangat berkobar-kobar. Beliau memanggil peguam yang beliau amat percayai untuk mengaturkan dan membuat sesi dokumen kewangan, membuat iklan menjual share beliau di bursa, menubuhkan yayasan Akhlaken, menyiram pokok dan lain-lain lagi yang munasabah.

Semua ini bertujuan untuk menderma dan membelanjakan duit beliau ke arah jalan yang bener.

****

Satu minggu telah berlalu. Namun dia tak merasa apa-apa kejanggalan pun ke atas dirinya.

KRINGG~ KRINGG~  *Bunyi telefon bimbit

"Hello, TSTA kan? Ni saya doktor dari Hospital Pakar Sinaran Mentari menyinari Menusuk ke Jiwaku bercakap."

"Menjengkelkan betul suara doktor bila menyanyi lagu Sheila Majid. Nasib doktor takde di sini. Kalau tak dah kena rodok dengan kayu golf. Hah, amende call pagi-pagi buta ni?" marah TSTA

"Maaf lah doktor. Perangai masa student tak boleh nak buang. haha.."

"Haha..." TSTA ketawa menganjing.

"Hahaha.."

"Haha.."

"Haha.."

"Cakap je la natang!" jerit TSTA.

"Saya nak la cakap ni, nampaknya, salah seorang staff kita telah silap menilai Tan Sri. Dia silap ambil result. Result yang diambil merupakan result seorang pesakit Kanser. Lalu result tu diletakkan dalam fail pesakit Tan Sri. Pihak kami dah segera memecat pekerja tersebut.. Sekarang ni mungkin sedang meniaga pisang goreng. Tan Sri tak datang ke birtday party...."

*segera matikan panggilan.

TSTA segera menelefon peguam kepercayaan beliau.

"BATALKAN segala benda dan perjanjian yang saya sudah buat. Batalkan semua! Saya tak jadi mati lagi. We gonna party rock tonight bebeh! hoorah...!"

*Lagu party rock anthem berkumandang

Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

2 comments:

  1. Wahh...dia hanya nak buat kebajikan lepas dia tau hayat dia tak lama. Lepas trima berita kesilapan laporan doktor terus berubah ke asal. Ingat betul-betul insaf.

    Sebab tu Allah rahsiakan tarikh mati kita, kan.

    ReplyDelete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...