Gua tak tahu nak cakap apa dengan situasi sekarang ni. Mungkinkah kita akan kembali ke zaman beruk bertelingkah sesama sendiri. Dek kerana sebiji bola, semua orang jadi gila. Rakyat Malaysia dah hilang akal serta timbang rasa agaknya.
Malam tadi, 7 haribulan Febuari menyaksikan tumpasnya pasukan Johor Darul Takzim kepada Pasukan Pahang dengan gol berbalaskan 3-2. Gua akui memang cukup sengit dan hangit perlawanan tersebut kerana banyak aksi mendebarkan berlaku. Tahniah gua ucapkan kepada pasukan JDT. Walaupun kalah, namun gua tetap bangga terhadap pasukan JDT sebab menunjukkan persaingan secara sihat.
Yang gua tak faham sekarang ni, mentaliti penyokong. Tak kiralah penyokong dari negeri mana. Kenapa perlu berbalah sesama penyokong negeri lain? Adakah sukan bola zaman sekarang akan membentuk Malaysia sebagai negara yang berpuak-puak mengikut kawasan arah mata angin?
Pantai Timur,
Pantai Barat,
Utara,
Selatan
Tak lupa juga Singapura, Sabah dan Sarawak.
Yang gua perhati sekarang ni, bola sepak mewujudkan semangat kepuakan. Kenapa perlu berpuak? Kerana sebiji bola yang bergolek, habis rosak mentaliti penyokong bola tanah air. Der, Orang Melayu der. Rata rata beragama Islam. Itulah penangan kerana sebiji bola, semua orang boleh jadi gila.
Adakah ini kerana dendam? Gua syak ini semua angkara perasaan dendam yang terbuku. Gua tak mahu menuduh, tapi gua rasa ada pihak yang otak dia letak di lutut, sengaja mencetuskan perbalahan, provokasi demi provokasi. Jijik perangai kau dan perbuatan kau.
Betul kata orang-orang dulu, dendam itu tak berkesudahan. Benda macam ni akan berulang balik. Bak kata buku sejarah, "Those who can't remember the past shalt condemned to repeat it". Cuba kau selak balik buku sejarah, muka surat depan sekali. Gua rasa tiap tiap buku sejarah ada tulis ayat tu sebagai mukadimah.
Kerana sebiji bola, semua orang bertindak kurang waras. Kurang rasional. Lepas satu insiden, akan muncul satu insiden lagi. Benda ni akan berlaku sampai bila-bila, selagi takde perubahan mentaliti. Tapi yang pasti, mentaliti rakyat malaysia susah nak berubah.
Oh lupa pulak, orang malaysia kan suka langgar peraturan.
Kau tak percaya, pergi je page bola. Semua mau jadi hero. Semua mau jadi pendebat terhebat. Semua kaki wayang. Tapi yang pasti, mencarut, mencaci, memaki dan memacai akan keluar dari taipan papan kekunci mereka. Hina sungguh.
Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.
URL: HTML link code: BB (forum) link code:
betulla tu, bola bukan tempat menyatu padu kan rakyat malah melahirkan puak-puak yang penuh dengan kebencian.
ReplyDeleteye setuju dengan pendapat mu.
Deletesekarang bola sepak digunakan utk tujuan bermusuhan antara satu sama lain.
bila nak maju ntah
pasal bola je pun. alahai deme ni la.
ReplyDeletehaha betul tu. sesuai dengan tema post ni, kerana sebiji bola, semua orang jadi gila
Deleteorang kita memang suka jadi gila kalau bab bola ni. haha
ReplyDeletesebab sifat fanatik menyebabkan diri jadi gilaaa...
Deleteitulah xpyh fanatik sgt smpai nk gaduh.. hmmm
ReplyDeletewow.
Deletenama ohbola.. komferm peminat bola ni haha..
betul! setuju dengan pendapat tu
Inilah yang akan menjadi penyebab orang yang tak minat bola semakin membenci sukan bolasepak. Mungkin bolasepak sudah patut diharamkan..
ReplyDelete