!--JustNaira-Related-Posts-Starts-->

5.2.14

Rasa Bersalah Tengok Kartun

Antara feveret gua ketika masa lapang adalah menonton tv. Gua memang suka tonton tv dikala takde kerja. Kalau ada kerja pun gua tengok tv. 

Jilaker gua memang fail bab-bab pendahuluan ni. Gua tak reti nak tulis intro. Hambar!

Semalam abang sedara gua bersama anak serta isterinya dari Melaka ada datang melawat keluarga gua. Saje-saje bawak femili masa cuti raya cina. Katanya, duduk rumah je memanjang time cuti buat mende? Baik melawat sanak sedara sahabat handai jiran tetangga. Dan senarai tersebut berlarutan sampai Uncle Liow pun disebutnya.


Dan gua tak kenal pun siapa gerangan Uncle Liow.

Nak dijadikan cerita, anak dia umur 5 tahun ni suka tengok cerita kartun. Masuk je rumah gua, tangan beliau dah mula merayap capai remote astro. Gua nak tengok citer Iron Man 3 pun terbantut. Nasib baik gua rakam dah. Itulah untungnya seorang subscriber Astro Beyond. Mohon jeles.

Dora the explorer agenda illuminati
Dora The Explorer yang memikat hati kanak kanak

Lalu beliau menukar ke Channel Nickelodeon. Gua baru nak tengok Tony Stark lancarkan program House Party. Channel yang budak kecik tu tekan menawarkan cerita Dora The Explorer. Cerita kartun ni suka memaksa budak-budak riang bawah umur terpekik terlolong kat depan tv dengan harapan agar si Dora ni dengar. Lebih lebih lagi bila Swiper si Musang datang. Mulalah macam orang gila memekak dia. Semuanya gara gara ingin membendung Swiper si musang dari mencuri. Power betul agenda Illuminati ni. haha

Tapi gua tak salahkan budak kecil tu sebab dia mumayiz lagi.

Anak abang sedara gua pandai tukar audio languages kat astro ni. Gua pun tak tau sejak bila channel kartun menawarkan penukaran suara ke bahasa ibunda. 

"Abang, kalau nak tengok Dora kena tukar suara ke Bahasa Melayu, kalau tak nanti kita jerit dia tak faham"

Genius betul anak sedara gua ni. Gua tak pasti sama ada dia bersikap jujur atau saje nak troll gua time gua tengah rancang nak buat coup d'├ętat. Mohon abang sedara gua hantar anak dia yang sorang ni ke Sekolah yang berprestij agar sel-sel otak dapat berhubung dengan jayanya.

Baru je 15 minit duduk, abang sedara gua mintak chalo dulu. Katanya, banyak lagi kengkawan yang beliau nak jumpa lepas ni. Abang sedara gua ni memang rajin datang melawat orang. Dan beliau juga rajin Chalo awal-awal. 

"Azman Kering, Razin Tebal, Man Tiang, Kak Hasnah, Bang Berahim, Uncle Liow yada yada yada.." Itu antara ungkapan nama yang keluar dari mulut abang sedara gua. sempat gua tangkap sikit. Fuhh, ramai jugak dia nak jumpa. Dan lagi sekali, gua tak kenal pun siapa Uncle Liow. Lepas salam apa semua, dia chalo.

Cerita Dora The Explorer tak habis lagi. Gua duduk menghadap tv dan teruskan menonton cerita kartun tu.

Tak sampai 5 minit gua tonton Dora, dengan tenang, gua bangun perlahan-lahan lalu menuju ke kamar. 

"Menonton Dora The Explorer ketika umur dewasa adalah perkara yang amat syirik lagi tahyul pernah gua lakukan. Macam mana gua boleh lalai menjawab pertanyaan si Dora tu? Dafuqq? Ini semua agenda illuminati!"

Sejak dari hari semalam, perasaan menyesal tu semakin menebal dalam sanubari. Memang gua salahkan illuminati lepas ni!


Kongsi dan creditkan cerita saya dengan copy link ini.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

2 comments:

  1. haha..sampai macam tu sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius bang rasa bersalah kalau tak jawab soalan si dora tu

      Delete

Sejak beribu tahun yang melampau, Manusia sering meninggalkan lagenda dan cerita mereka dengan menulis. Begitu juga anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...